10 months ago
03 August 2009
Tingkatkan Amalan Di Bulan Syaaban
Salam bloggers
Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah kerana masih lagi memberi kekuatan kepada saya melontarkan idea dalam blog ini. Rasanya sudah banyak pandangan saya berkaitan dengan politik negara dan masyarakat kita. Semuanya berlaku juga dengan kehendak yang maha kuasa.
Hari ini ( selasa) kita telah melangkah ke 13 Syaaban 1430H. Masa begitu pantas berlalu meninggalkan kita. Pepatah arab ada mengatakan, " Masa itu ibarat pedang, Jika kamu tidak memotongnya maka dia akan memotong kamu".
Bulan Rejab telah berlalu meninggalkan kita. Ini bermakna latihan pertama untuk memasuki Ramadhan telah pun berlalu. Mungkin ada dikalangan kita telah berjaya melatih diri dengan pelbagai amalan seperti memperbanyakkan bacaan Al Quran,Qiamullail, Berzikir dan sebagainya.
Sebahagian dari kita terlupa dengan bulan bulan penting ini. Kadang kadang kita lebih peka kepada tarikh lain seperti mega sale/ jualan murah dan sebagainya. Ada juga dikalangan kita yang telah siap sedia dengan baju raya sedangkan Ramadhan bulan mulia yang kita akan sambut tidak berapa lama lagi , kita buat endah tak endah sahaja.
Begitu juga di bulan Ramadhan, Minggu pertama sembahyang terawikh penuh dengan jemaah, alhamdulillah. Apabila tiba minggu kedua masih dapat bertahan, namun minggu terakhir sebahagian jamaah tersebut telah hilang sedangkan 10 terakhir ini lah seharusnya kita berebut rebut melaksanakan amal ibadah kerana adanya malam Lailatul Qadar. (Malam yang lebih baik dari 1000 bulan)
Syaaban adalah bulan yang mulia dan sentiasa dinanti natikan oleh insan yang mempunyai mata hati. Allah memberi jaminan bagi orang yang bertaubat dalam bulan Syaaban bakal meraih kejayaan pada bulan Ramadhan. Oleh kerana itulah bulan ini dinamakan Syaaban kerana terpecah daripadanya kebaikan yang banyak.
Antara peristiwa penting berlaku dibulan Syaaban ialah pertukaran arah kiblat umat islam dari Baitul Maqdis ke Makkah Al Mukarramah. Inilah peristiwa yang sentiasa ditunggu oleh Rasulullah yang amat mengharapkan pertukaran arah kiblat ini. Perubahan kiblat ini berlaku pada hari selasa 15 Syaaban.
Pada bulan ini juga ditentukan segala umur makhluk Allah, Sabda Rasulullah yang bermaksud ,
" Sesungguhnya Allah mencatat pada bulan syaaban bagi setiap jiwa yang akan mati pada tahun tersebut. Maka aku suka ajalku datang kepada ku ketika aku sedang berpuasa" Oleh sebab itu Rasulullah banyak melakukan ibadah puasa sunat dalam bulan syaaban".
Demikianlah istimewanya bulan Syaaban kepada kita. marilah kita sama sama berdoa moga kita dipanjangkan umur dan diberi kekuatan untuk melaksanakan ibadah dibulan yang mulia ini.
Wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Hidup zaidi muda!
WAWASAN 2020 akan tercapai apabila RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN maka....barulah CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG
Post a Comment