Pages

Subscribe:

25 August 2009

Ramadhan Bulan Muhasabah Diri & Menunduk Hawa Nafsu

Alhamdulillah, hari ini 5 Ramadhan 1430H. Ini bermakna sudah 5 hari kita menunaikan ibadah puasa. Sepanjang 5 hari yang lepasa saya juga sempat mengunjungai pasar pasar ramadhan. Kelihatan begitu ramai peniaga peniaga dan pembeli yang membeli juadah berbuka puasa .

Waktu iftar atau berbuka puasa adalah satu daripada dua masa yang menggembirakan setiap umat Islam yang berpuasa. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan. Pertama, kegembiraan ketika berbuka dan kedua, kegembiraan ketika menemui Tuhannya." Dalam kegembiraan kita berbuka puasa berasa keluarga, kita tidak seharusnya leka dan boros semasa membeli makanan.

Ibadah puasa yang kita jalankan ini banyak hikmahnya. Walau pun kita tidak makan sehari suntuk , tetapi bila berbuka ia cukup hanya dengan sekadar air, tamar dan sidikit kuih. Hikmahnya kita sudah terasa kenyang. Jika kita fikir memang tidak cukup dengan kita berlapar satu hari, makan sedikit sahaja sudah terasa cukup.

Ibadah puasa sebenarnya boleh menjimatkan pebelanjaan harian keluarga. Memang pada siang hari, kalau boleh semua benda kita nak makan. Itu hanya hawa nafsu kita sahaja. Allah berfirman yang bermaksud, "Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada tuhannya" – (Surah Al-Isra, 27). Ini suatu gambaran yang amat keras kerana syaitan itu makhluk yang paling ingkar terhadap perintah Allah.

Berhubung larangan pembaziran ini juga, Rasulullah SAW bersabda di dalam hadisnya yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah telah mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, enggan memberi sedekah miliknya tetapi meminta-minta milik orang lain dan ditegah ke atas kamu tiga perkara, iaitu mengada-adakan cerita, banyak bertanya dan membazirkan harta." (Riwayat al-Bukhari)

Selepas berbuka, kita akan dapati berlaku pembaziran kerana banyak lauk pauk yang tidak habis dimakan akibat pemborosan yang dilakukan pada siang hari. Keinginan untuk membeli pelbagai jenis kuih, lauk dan minuman kadangkala agak keterlaluan. Bagaimana ruang perut manusia yang begitu sempit dapat dimasukkan semua jenis makanan dan minuman yang dibeli itu sekali gus.

Maka baki atau lebihan makanan dan minuman yang dibuang sebab tidak terdaya dimakan itulah yang dikatakan pembaziran. Kalau kita makan terlalu banyak maka kita dok rok (Letih). Akibat dari itu kita akan meninggalkan solat terawih. Maknanya kita sentiasa dalam keletihan dalam bulan Ramadhan ini. Siang hari letih kerana lapar, manakala malam hari pula letih kerana kenyang. Ini lah yang perlu dielakkan.

Perkara penting harus diingat ialah, ada sahabat sahabat dan rakan taulan kita yang mungkin tidak mampu untuk menyediakan juadah berbuka puasa. Mereka juga ingin berbuka dengan makanan yang enak dan lazat, namun oleh kerana kesukaran dan kedhaifan hidup mungkin mereka berbuka dengan ala kadar sahaja. Ingatlah kepada mereka. Dengan itu mudah mudahan kita menjadi manusia yang sentiasa berfikir dan bersyukur.

Fikir fikirkanlah

2 comments:

mannmusa said...

semua maklum bahawa pada bulan Ramadhan syaitan dirantai dibelenggu. Tapi ramai yang alpa dalam diri mereka ada nafsu yang perlu dididik yang perlu ditundukkan. Yang ini yang hendak dididik melalui amalan dan fardhu puasa yang di perintahkan Allha s.w.t., melalui firma Nya dalam surah Al-Baqarah ayat 183: yang bermaksud; Wahai mereka yang beriman diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajib atas umat sebelum kamu agar kamu bertaqwa.

Nabi besar kita Muhammad s.a.w. juga bersabda agar kita makan sekadar meluruskan tulang belakang kita. Yakni cukup sekadar memberikan kita tenaga untuk membolehkan kita mengerjakan amalan-amalan lain khususnya solat. Paling banyak pun baginda s.a.w menyarankan sekadar satu pertiga untuk makanan, satu pertgiga untuk air dan satu pertiga lagi untuk pernafasan.

Semoga Ramadahn tahun ini mendidikan warga kita lebih bijaksana dalam berbelanja. Infakkanlah harta kita kepada jalan Allah.

TUPAI said...

Imam Ghazali dalam kitabnya ‘Ihya Ulumiddin’ menyebut : “Puasa ada tiga kedudukan: puasa al-umum, puasa al-khusus dan puasa khusus al-khusus.
Puasa al-umum ialah menahan perut dan kemaluan dari memenuhi kehendak syahwat. Puasa al-khusus pula ialah menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan dari melakukan dosa. Manakala puasa khusus al-khusus ialah menahan hati dari keinginan yang buruk dan dari memikirkan sesuatu selain dari Allah secara total. Puasa akan terbatal pada tahap ini lantaran memikirkan perkara-perkara selain dari Allah dan hari akhirat. Demikian juga akan terbatal puasa dengan memikirkan dunia kecuali urusan dunia yang kepentingannya untuk agama kerana itu termasuk dalam bekalan akhirat dan bukan urusan dunia.

Arbab al-Qulub (orang yang prihatin dengan hati mereka) berkata: sesiapa yang pada siang Ramadhan tergerak keinginannya mencari apa yang akan dimakan ketika berbuka puasa, maka ditulis satu kesalahan, kerana ianya lahir dari sikap kurang percaya kepada pemberian Allah dan kurang yakin terhadap rezekinya yang telah dijanjikan. Tahap puasa seperti ini ialah tahap para nabi, al- Siddiqin dan al-Muqarrabin. Puasa seperti ini ialah tahap para nabi, al-Siddiqin dan al-Muqarrabin. Puasa seperti ini tidak mungkin dapat digambarkan dengan perkataan tetapi boleh direalisasikan dengan amalan.”

Contributors