Salam bloggers.
Rakyat DUN Bukit Payong amat bertuah kerana di ambang Ramadhan dan selepas itu kita akan menyambut Hari Raya Idul Fitri, sekali lagi kerajaan Barisan Nasional Terengganu mengotakan janjinya kepada rakyat. Janji BN bukan janji kosong. Rakyat yang miskin dan susah akan mendapat pembelaan dari Barisan Nasional.
Pejabat Pembangunan DUN Bukit Payong melalui kerjasama JKKK telah mengenal pasti 110 buah rumah dalam DUN Bukit Payong yang mana atapnya bocor (Org Terengganu panggil tiris). Atap rumah mereka akan ditukar dengan atap asbastos bewarna biru untuk menambahkan keceriaan. Gerakan menukar atap ini akan bermula minggu ini dan dijangka akan selesai sebelum Idul Fitri menjelang.
Kita juga akan menggantikan kayu yang reput dengan kayu baru agar atap yang dipasang benar benar selamat kepada penghuni rumah. Adalah dijangka dalam masa 5 tahun akan datang tidak ada lagi rumah rumah di DUN Bukit Payong dan di Terengganu yang bocor dan uzur. Kepada yang tidak terpilih pada tahun ini harap bersabar. Insyallah kita akan gantikan pada tahun hadapan.
Dengan atap baru ini, kita harap rakyat akan selesa untuk menyambut bulan Ramadhan yang akan menjelang tidak berapa lama lagi. Disamping itu, Hari Raya Idul Fitri juga akan disambut dengan lebih ceria. Apa yang lebih penting lagi ialah kita kan menghadapi musim tengkujuh hujung tahun ini dengan senyuman kerana atap sudah tidak bocor lagi.
Insyallah, selagi rakyat Terengganu memilih Barisan Nasional, kita akan terus membela nasib rakyat. Kita ucapkan terima kasih kepada YAB Dato' Ahmad Said diatas keprihatinan beliau terhadap rakyat.
Alhamdulillah syukur pada Allah, Terima Kasih Kerajaan Terengganu.
3 comments:
moga usaha gigih tuan dapat merapatkan saf......
Gerakan menukar atap ni perlu bagi menggantikan mana-mana atap yang dah uzur dalam erti kata tirihlahh...ini adalah untuk kebaikan penghuni agar terus berada dalam keadaan yang selesa.
Atap lama yang ditukar itu, jangan dibuang...masih boleh digunakan lagi, umpamanya buat pagar kebun kita misalnya...
Sebagai ingatan pada atap yang baru, apabila duduk mengantikan atap yang lama, kena bersedia menghadapi apa juga yang akan menimpa seperti atap yang lama pernah lalui...panas, hujan adalah asam garam yang perlu didahului....silap-silap hari bulan ada burung terbang lalu sekali-sekala ikut tu pun akan "berak" di atas atap...belum diambil kira gelagat penghuni yang berteduh dibawah atap tu...masa atap berkeadaan baru, puji melambung sangat pada atap....bila saat-saat atap dah lama, tirih pulok tu....bersedialah hadapi sumpah seranah yang kadang-kadang tak terjangka oleh atap. Habis menatang dalam bukit yang tak bersalah dijadikan sumpahan kepada atap...Inilah "peel" perangai sesetengah penghuni yang tidak tahu bersyukur kepada allah dan berterima kasih pada yang telah buat jasa....
Nota Kaki:- Sebagai kiasan untuk dijadikan iktibar.
Tahniah!!!
Menyelesaikan sebahagian permasalah dalam masyarakat di bawah naungan tuan menunjukkan tuan adalah prihatin terhadap permasalahan yang dihadapi oleh rakyat khususnya dalam DUN jagaan tuan.
Menurut Nadel (1953) Masyarakat adalah satu kumpulan manusia yang terikat dalam sesuatu kesatuan, iaitu bertindak secara berintegrasi dan tetap, bersifat agak kekal dan stabil. Kajian sosiologi diperkenalkan untuk membantu masyarakat dalam memahami kehendak dan keperluan organisasi dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk fizikal dan emosi. Ia juga diketengahkan untuk mengatasi permasalahan dan persoalan yang wujud antara masyarakat dan organisasi. Semakin besar saiz sesebuah organisasi maka semakin kompleks permasalahan yang wujud dikalangan masyarakat.
SEMEMANGNYA TUAN ADALAH ANTARA ORANG YANG DIGAMBARKAN OLEH NADEL (1953)
Post a Comment