Pages

Subscribe:

27 August 2009

Al Fatihah Buat Allahyarham Dr. Ismail Salleh

Salam bologgers

Malam Ramadhan yang mulia ini marilah kita sama sama sedekahkan bacaan al Fatihah dan takziah ke atas ahli keluarga dan sanak saudara pakar Ekonomi, Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh yang telah kembali ke rahmatullah.

Allahyarham dilaporkan meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura dan disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Singapura sebaik tiba di hospital itu pada kira-kira pukul 8 pagi.

Allahyarham Dr Ismail, 61, telah mencipta sejarah sebagai Senator pertama dilantik daripada kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan di Malaysia meninggalkan enam orang anak.

Allahyarham juga ialah bekas Timbalan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS) dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.

Beliau yang dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 2 September 1947 pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya di bidang pengajian antaranya anugerah Guiness Book of Records sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat ijazah Doktor Falsafah.

Sesungguhnya sumbangan Allahyarham kepada Negara tidak ternilai biarpun dikategorikan dalam kategori OKU. Justeru, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas Allahyarham dan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman – Al-Fatihah.

No comments:

Contributors