Pages

Subscribe:

25 August 2009

52 Tahun Merdeka

Salam bolggers

Dalam kesibukan kita berpolitik yang dihuru harakan oleh pembangkang, kita seakan akan lupa dengan kedatang hari yang bersejarah kepada iaitu Hari Kemerdekaan negara yang ke 52. Alhamdulillah kita masih dapat hidup sejahtera dalam Malaysia merdeka tanpa dihimpit masalah yang besar besar.

Negara telah dihimpit oleh kuasa penjajah selama 446 tahun. Ia adalah satu jangka masa yang sangat lama. Pelbagai pengajaran telah kita perolehi semasa era penjajahan tersebut.

Namun demikian jika kita tidak berwaspada dan bermain main dengan isu sensitif, adalah tidak mustahil kita akan mengundang padah dan membawa kedurjaan serta kehancuran masyarakat kita.

Dengan nikmat kemerdekaan kita dapat bergerak bebas. Orang tidak mengahalang kita. Setiap warganegara ada haknya. Kita tidak takut walau pun dimalam hari.

Kita dapat bekerja dan mendapat gaji. Ada yang berpendapatan lumayan dan ada juga berada diperingkat miskin. Semua itu bergantung kepada usaha dan ilmu yang ada.

Kita dapat berkeluarga dan beranak pinak sampai ke cucu malahan lebih daripada itu jika kita dikurniakan umur yang panjang.

Kita dapat makan minum dengan banyak sekali. Oleh sebab itulah tidak kedengaran ada rakyat Malaysia yang mati kerana kelaparan tetapi yang banyak kita dengar ramai rakyat Malaysia yang mati kerana terlebih makan dan dihujani dengan pelbagi jenis penyakit seperti kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dan sebagainya.

Kita juga bebas mengamalkan ajaran agama masing masing. Islam sebagai agama yang syumul tidak pernah memaksa seseorang untuk meninggalkan agamanya dan memeluk agama islam tanpa kerelaan hatinya sebagaimana Firman allah dala surah Al Baqarah (256) yang bermaksud

" Tidak ada paksaan dalam beragama. Sudah nyatalah yang mana benar daripada yang palsu"

Ibadah semua umat dapat didirikan dengan bebas tanpa rasa takut dan bimbang. Masjid dan surau dibina dimerata tempat oleh kerajaan. Begitu juga dengan Kuil dan gereja panganut agama lain. Semua ini tidak akan dapat dicapai tanpa semangat toleransi dan kemerdekaan negara negara.

Begitu juga halnya dalam bidang pendidikan dan keilmuan. Terdapat 9844 buah sekolah dalam negara bagi memberi pendidikan yang terbaik kepada rakyat. Jumlah pelajar sekolah pula mencecah 5,416,924 orang. Keperluan pendidikan tinggi pula dipertingkatkan dengan kewujudan 20 IPTA , 24 buah Politeknik dan 456 Kolej swasta diseluruh negara. Jawatan guru dan pensyarah pula mencecah 400 ribu orang. Inilah kesungguhan kerajaan menjana ilmu untuk rakyat dinegara Malaysia Merdeka. Hasilnya rakyat telah dapat menikmati kesenangan dan kemehawan hidup hasil daripada ilmu yang diperolehi ini. Alhamdulillah.

Dalam bidang politik adalah penentu segalanya. Mana mungkin segala perancangan dapat dilaksanakan jikan suasana atau iklim politik negara tidak stabil. Dulu suasana politik negara stabil. Oleh sebab itu perancanagn dapat dilaksanakan dengan baik. Kita dapat lihat dengan jelas bagaimana suasana sekarang. Jika suasana politik dahulu seperti sekarang, saya yakin kejayaan yang kita kecapi tidak akan wujud.

Suasana ini berlaku apabila BN tidak dapat majoriti 2/3 di dewan Rakyat. Kita bayangkan jika dalam pilihanraya akan datang BN hanya menang hanya melebihi 1 kerusi sahaja dari pembangkang. Bagaimana rupa bentuk politik pada masa itu. Suasana kucar kacir akan wujud dalam Malaysia merdeka ini.

Kita mengamalkan konsep perkongsian kuasa dari dulu himgga sekarang. Melayu, Cina, India dan semua bangsa diberi tempat yang sewajarnya bagi membangunkan negara Malaysia merdeka. Kita bersatu dibawah komponen Barisan Nasional. Hasilnya kita telah berjaya sepanjang 52 tahun mentadbir negara ini dengan begitu cemerlang.

Dalam bidang ekonomi pula kerajaan terus giat membantu golongan Bumiputera di arus perdana. Kita semua tahun bahawa ekonomi negara diungguli oleh orang orang cina. Maka tidak hairan lah dari 10 orang yang terkaya di Malaysia, 8 daripadanya adalah orang Cina, 1 melayu dan 1 india.

Pelbagai langkah telah dilaksanakan untuk merapatkan jurang ekonomi diantara kaum di negara kita. Pelbagai agensi diwujudkan untuk meningakatkan bumiputera dalam ekonomi dan perniagaan seperti PNB, Bank Rakyat, SME Bank, UDA, Tekun MARA dan lain lain lagi.

Bagi kita rakyat Malaysia, semua perkara yang disebutkan itu mungkin biasa bagi kita. Kita tak merasai kehebatan itu bahkan kita tidak pernah mensyukuri nikmat tersebut. Kita lahir ke dunia ini dalam keadaan negara yang sudah dilimpahi dengan nikmat. Namun bagi mereka dinegara miskin, perang saudara, pemerintah zalim, bencana alam yang banyak akan terimpi impi untuk berada di sebuah negara seperti Malaysia ini.

Contohnya kita berada di Putrajaya. Bagi Orang Putrajaya, mereka tak merasai kehebatan Putrajaya kerana mereka berada disitu setiap hari. Setiap pagi mereka bangun , mereka akan melihat Bandaraya Putrajaya. Bagi mereka Bandaraya Putrajaya sudah biasa . Tidak ada peliknya berada di Putrajaya.

Namun bagi orang kampung yang baru pertama kali sampai di Putrajaya, Mereka akan rase pelik dan terpegun dengan kehebatan Putrajaya. Kalau boleh di setiap sudut meraka nak ambil gambar sebabagi kenangan kerana mereka tidak pernah berada dialam itu.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan malaysia ke 52.

Fikir fikirkanlah

2 comments:

TUPAI said...

Sempena menyambut kemerdekaan negara Malaysia tercinta mari kita memahami erti kemerdekaan yang sejati dan hakiki. Semoga kita benar-benar jadi bangsa yang merdeka mengikut erti kemerdekaan mempunyai definisi yang banyak sekali. Berlainan sudut dan aspek berlainan pula erti, di antara pengertian itu, untuk pengetahuan kita ialah:

KEMERDEKAAN BANGSA , mengikut politik terlepas daripada penjajahan lain-lain bangsa. Bangsa kita itu dapat berkuasa dan menentukan hala tujuan mereka dan bebas bangsa kita daripada ideologi buatan manusia. Yang mendapat tempat dan menjadi sistem hidup adalah sistem Tuhan Yang Maha Pencipta, yang dunia ini adalah milikNya dan kita juga kepunyaanNya.

KEMEERDEKAAN EKONOMI bermakna tidak ada monopoli oleh seorang atau satu golongan. Tidak ada penindasan, tidak ada sekatan, tidak ada penzaliman. Pengagihan kekayaan diratakan kepada semua rakyat jelata mengikut kebolehan, kemampuan serta keperluan.

KEMERDEKAAN FIKIRAN bermakna semua rakyat boleh memberi pendapat dan fikiran, tidak ada ketakutan dan kebimbangan untuk memberi pandangan.

KEMERDEKAAN KEBUDAYAAN bermakna setiap bangsa ada identiti yang tersendiri dari sudut pakaian, pergaulan dan lain-lain lagi. Corak hidup mereka mengikut bentuk dan patent mereka bukan ditiru dari budaya luar yang asing sekali.

KEMERDEKAAN PENDIDIKAN bermakna semua orang diberi peluang untuk menerima pelajaran dan setiap orang diberi galakan untuk menerima pengetahuan mengikut bidang yang diminati.

KEMERDEKAAN AGAMA bermakna setiap orang bebas amalkan agama yang diyakinkan.Masing-masing tidak boleh menghina tidak boleh memusuhi antara satu sama lain kerana agama.Tetapi tidak salah membuat penjelasan mencari kebenaran agar setiap orang dapat menganut agama yang jelas lagi terang kerana kebenaran itu hanya satu yang datang dari Tuhan.

Ada satu kemerdekaan yang amat penting dilupakan orang di mana kemerdekaan itu orang tidak ambil kira bahkan melupakan. Padahal dia penentu kebahagiaan dan keharmonian hidup dalam pergaulan manusia, bahkan penentu seseorang apakah ke Syurga atau Neraka. Kemerdekaan apakah yang dimaksudkan?

MERDEKA DARIPADA HAWA NAFSU YANG JAHAT yang merosakkan manusia yang merosakkan diri sendiri dan merosakkan orang lain bahkan harta benda iaitu merdeka daripada mazmumah yang memusnah kepada mahmudah yang indah dan membahagiakan.

Bebas daripada hasad dengki, sombong, pemarah, jatuh menjatuhkan yang memusnah. Merdeka daripada dendam kesumat, bakhil, tamak, penakut, pemalas dan culas. Ria, megah, mencari nama, ingin glamour, yang ramai orang tersinggung dibuatnya.

Diganti dengan kasih sayang, merendah diri, lemah lembut yang digemari dan jadikan pemurah, rajin, berani, bekerjasama, maaf bermaafan sebagai budaya. Ikhlas, lapang dada, bertolak ansur, hayati hati. Cintakan Tuhan, takutkanNya, dekatkan diri kepadaNya jadi sebati Inilah dia yang dikatakan Kemerdekaan Sejati.

mannmusa said...

setiap kali sambutan kemerdekaan aku insaf bahawa umur aku juga mengikut kematangan negara kita....sudah 52 tahun umur aku...kalau dikira purata umur manusia 65 tahun bermakna aku cuma ada 13 tahun lagi untuk hidup beramal....persoalannya adakah sempat aku hidup sehingga 13 tahun lagi..kerana ajal maut ni kerja Dia yang Maha Menentukan. Kalau pun sempat aku hidup 13 tahun lagi apakah amalan yang akan aku kerjakan mampu meraih redha ALLAH dan pengampunannya serta anugerah Nya.

Sekadar mengingatkan diri sendiri...bukan apa2

Contributors