Pages

Subscribe:

07 August 2009

Selamat Bersidang UMNO Bahagian Marang.


Salam bloggers

Hari ini 08 Ogos 2009, sekali lagi UMNO Bahagian Marang akan Bersidang di dewan IKBN Wakaf Tapai. Kepada semua perwakilan cawangan yang terpilih ke Persidangan Bahagian, saya ucapkan tahniah kepada mereka. Persidangan ini akan di rasmikan oleh YB. Dato' Husni Hanazlah Bendahari UMNO Malaysia merangkat Menteri Kewangan 1 Malaysia.

Bagi UMNO Bahagian Marang, Persidangan hari ini harus menjadi titik mula untuk perjuangan yang lebih mencabar. Kita akui kekalahan kita bagi Parlimen Marang sendiri dan 2 DUN iaitu DUN Bukit Payong dan DUN Rhu Rendang. UMNO / BN hanya menag di kerusi Alor Limbat dan Pangkalan Berangan sahaja.

Tugas untuk merampas DUN Bukit Payong dikira lebih cerah kerana kawasan ini, BN hanya kalah tipis iaitu sebanyak 115 undi sahaja. Begitu juga bagi Parlimen Marang kerana pada pilihanraya 2004 BN melalui calonnya iaitu Dato' Hj. Abdul Rahman Bakar berjaya mengalahkan Presiden PAS. Manakala bagi DUN Rhu Rendang agak sukar kerana sudah 5 penggal PAS menguasai DUN ini.

Semua ahli dan kepimpinan bahagian sudah sepatutnya kembali bersatu dalam saf agar usaha untuk menawan kerusi tersebut dapat dimudahkan. Pilihanraya ke 12 telah banyak memberi pengajaran kerana kita dikejutkan dengan kekalahan yang teruk dan kehilangan beberapa buah negeri.

Pada asasnya walaupun BN masih lagi berkuasa tetapi kita sudah ketinggalan sokongan yang agak ketara. Dalam pilihanraya tersebut, BN menang 140 kerusi parlimen dan 305 kerusi DUN, manakala Pakatan Rakyat telah mencapai kemenangan yang besar iaitu 82 kerusi parlimen dan 196 kerusi DUN.

Akhirnya, kita menaruh harapan yang tinggi supaya kebersatuan antara kita semakin padu bagi memastikan kita menang dalam pilihanraya ke 13. Jangan ada dintara kita yang sudah berkira siapakah calon dalam pilihanraya akan datang. Sekarang adalah masa untuk kita tumpu kepada usaha untuk menaruh keyakinan rakyat terhadap perjuangan UMNO.

HIDUP UMNO , HIDUP UMNO , HIDUP UMNO

Selamat Bersidang

wassalam

No comments:

Contributors