Salam bloggers
Alhamdulillah , hari ini hari ke 6 kita berada dalam bulan Ramadhan. Moga moga sepanjang 6 hari yang lalu, kita dapat melaksanakan ibadah puasa dan ibadah yang lain dalam keadaan yang sempurna. Insyallah.
Ramadhan bulan yang penuh rahmat dan keberkatan. Hasil dari keberkatan bulan Ramadhan ini juga seramai 4136 rakyat DUN Bukit Payong akan mendapat rezeki bagi kegunaan bulan berkat ini dan untuk persiapan Idul Fitri yang akan menjelang tiba.
Pertamanya kita bersyukur ke hadrat Allah dan kita berterima kasih kepada kerajaan khususnya Kerajaan Barisan Nasional Terengganu kerana mengurniakan rezeki tersebut. Bermula 1 - 3 September ini Pejabat DUN Bukit Payong akan mula mengagihkan bantuan khas sempena menyambut Idul Fitri pada tahun ini.
Bantuan ini akan diberikan kepada 5 kategori iaitu Orang Miskin, Golongan Warga Emas berumur 65 tahun keatas, Orang Kurang Upaya dan Ibu Tunggal atau Duda. Mereka pula mestilah berpendapatan RM 1500.00 ke bawah. Kesemua mereka akan menerim bantuan sebanyak RM 300.00 hingga RM 400.00 seorang.
Kesemua 22 buah kampung di DUN Bukit payong akan mendapat manafaat ini. Jumlah penerima pada tahun ini ialah seramai 4136 orang. Kerajaan akan mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM 1.2 juta untuk DUN Bukit Payong sahaja.
Bagi daerah Marang pula seramai 15,637 orang akan menerima agihan dana hari raya ini dengan perbelanjaan lebih kurang RM 4,807,600 juta, manakala bagi seluruh negeri Terengganu seramai 165,883 orang akan menerima rezeki Idul Fitri dengan kos keseluhuran lebih kurang RM 50,572,200 juta.
Dengan bantuan ini , adalah diharapkan ia akan mengurangkan beban mereka yang susah yang yang tidak bernasib baik. Sekurang kurangnya ia dapat digunakan untuk membeli pakaian anak anak kita. Sebagai ibu bapa, kita mahu melihat anak anak kecil yang masih belum mengerti kesusahan ibu bapa bergembira dengan pakaian baru menyambut hari raya ini. Selain itu bantuan ini juga boleh digunakan untuk lain lain keperluan untuk kebahagiaan keluarga masing masing.
Inilah kesungguhan nasib kerajaan meringan beban rakyat. Kerajaan Barisan telah melaksanakan segala galanya untuk faedah rakyat Terengganu. Kerajaan tidak ajak rakyat pergi berperang menggalas senjata dengan bantuan ini. Hanya satu sahaja pinta kerajaan supaya rakyat mengundi Barisan Nasional dalam setiap kali pilihanraya.
Insyallah jika rakyat terus memberi keprcayaan ini, rakyat akan terus mendapat pembelaan dari kerajaan.
Fikir fikirkanlah
10 months ago
3 comments:
Tapi ramai yang mengaku susah tuan. Ini masalahnya bila kita tidak banga menjadi manusia yang berdikari.
salam ramadhan..
moga-moga tahun dipenuhi keberkatan dan keredhaan dari Ilahi.
sesungguhnya hari-hari 1/3 bulan ramadhan kian akan berlalu namun apakah kita semua mempunyai cita-cita untuk menemui satu malam dalam seribu bulan itu...pada yang fakir dan miskin berterima kasihlah diatas sedikit sumbangan dan bersyukurlah atas nikmat Tuhan.Tapi bagi yang mereka segar megar ,hidup mampu berkerja dan berdikari kenapa harus mengaku miskin kerana sedikit sumbangan itu.lihatlah ..cermin-cermin lah akan sebuah kehidupan itu
salam maju jaya buat tuan.
Tahniah!
hebat kerajaan negeri terengganu kite! habis beratus juta bbagi duit kat rakyat. negeri2 lain mana ada!? bagus lah. cumanya dok payoh la YB nok peringat2 sangat pasal berterima kasih kat Kerajaan BN tuh. Sekadar bersyukur kepada Allah taala telah cukup saya rasa.Ke guane YB? Lagipun, bukannya duit BN, duit royalti minyak- duit rakyat jugak pung!
tapi bakpe dengar khabar Dato MB ada komplen pasal kurma dgn air zam-zam dok sapa ke rakyat?
--------
Pertamanya kita bersyukur ke hadrat Allah dan kita berterima kasih kepada kerajaan khususnya Kerajaan Barisan Nasional Terengganu kerana mengurniakan rezeki tersebut.
---------
Post a Comment