Pages

Subscribe:

28 August 2009

Macam Macam Perkara Pelik Berlaku Sejak BN hilang sedikit kuasa.


Salam bloggers

Pada awalnya saya malas nak ulas isu isu politik di bulan Ramadhan ini, tapi oleh kerana banyak peristiwa pelik berlaku maka hati saya tergerak juga untuk membuat sedikit ulasan berkaitan politik negara kita.

Semalam kita dikejutkan dengan tindakan sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO melayu mengarakkan kepala lembu ke bangunan Setaiausaha Kerajaan Negeri selangor sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu di kawasan mereka. Mereka marah dengan tindakan YAB MB Selangor, Exco Kebajikan Rodziah dan Exco Kesihatan Dr A Xavier jaya Kumar.

Mereka marah kerana kawasan tersebut merupakan kawasan majoriti melayu islam. Kenapa Kuil hendak didirikan Kuil, Sepatutnya kawasan orang islam didirikan masjid. Kawasan orang India didirikan kuil , baru lah betul. Kalau bawa kuil ke kawasan orang islam, seluruh rakyat Selangor harus bangkit menentang dasar ini. Inikah dasar kerajaan islam di Selangor.

Namun apa yang menjadi kemarahan orang india ialah mereka membawa kepala lembu, kerana lembu dianggap binatang yang mulia oleh agama hindu. Sebab itulah mereka tidak makan daging lembu. Pada pandangan saya, sepatutnya mereka tidak membawa kepala lembu kerana kita menghormati kebebesan agama lain di Malaysia ini. Mereka yang bersalah dalam ini adalah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang tidak peka terhadap isu isu sensitif seperti ini.

Isu yang mendapat tempat juga dalam politik negara ialah tindakan YB. Radzhi yang keluar dari PKR dan menyertai Bebas. Apa yang tidak menarik untuk didengar ialah PKR menuduh ia merupakan angkara UMNO. Kalau begitu semua kesalahan dalam negara ini adalah angkara UMNO. Senangnya mereka membuat tuduhan.

Akibatnya beliau dilucutkan jawatan Exco oleh Menteri Besar Pas, Azizan Abdul Razak dan oleh sebab PKR tidak lagi ada Adun Melayu maka kerusi Exco Radzhi diberikan kepada Adun PKR Kulim, Lim Soon Nee. Kesemua empat Adun PKR yang masih tinggal di negeri majoriti Melayu ini adalah Cina dan India. Pelik , sudah tidak ada wakil PKR yang berbangsa melayu di sebuah negeri yang mana 95% rakyatnya adalah melayu. Bagaimana ini boleh berlaku.

Yang terbaru adalah penyingkiran Dr Chua Soi Lek, Timbalan Presiden MCA daripada parti itu atas alasan DVD skandal seksnya mengotorkan imej parti.

Yang peliknya Dr Chua, bekas Menteri Kesihatan itu, baru saja menang pertandingan jawatan Timbalan Presiden dan cerita DVD seks beliau bukan cerita baru. Hakikatnya Dr Chua adalah duri dalam daging kepada Presiden MCA, Ong Tee Keat. Kenapa baru sekarang nak pecat Soi Lek, sedangkan peristiwa ini telah lama berlaku.

Terlintas di fikiran saya, adakah Dr Chua akan mengikut jejak musuhnya, Chua Jui Ming menyertai PKR . Bagi saya ini akan memberi kesan terhadap BN untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 nanti. Adakah dengan isu ini, masyarakat cina akan berpaling ke DAP? atau adakah ia hanya mainan politik MCA bagi melemahkan BN . Ia haruslah diselesaikan segera bagi mengukuhkan BN.

Di Selangor juga, Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Hassan Ali bercadang menggunakan pegawai masjid bagi menangkap orang Islam yang meminum atau menjual arak di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 . Saya pun tak pasti sama ada mendapat perkenan Istana atau tidak.

Saya rasa lebih elok jika kuasa itu diamanahkan kepada agensi-agensi penguatkuasaan yang sedia ada seperti Jabatan Agama Islam, polis dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Semua ini berlaku semasa BN tidak lagi mendapat majoriti 2/3 di Dewan Rakyat. Politik dilihat kurang stabil. Oleh yang demikian seluruh rakyat Malaysia harus lah memberi kepercayaan kembali kepada BN agar negara kita terus aman dan makmur.

Fikir fikirkanlah


4 comments:

Lambo said...

Salam...

Benar, hak dan perasaan perlu dijaga. Kukuhkan perpaduan, khususnya sesama bangsa.

Itu baru sedikit melayu hilang kuasa, Jika masih lagi berlagak ayam laga, (Sila Klik) sampai telanjanglah melayu dikerjakan sebelum dijadikan sup.

Menarik dengan barisan exco PP pada ulasan “PAS kekal di Permatang Pasir”. Semoga ianya memeberi kesedaran. Tak perlulah nak ambil alih kerja pegang kunci syurga.

Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-52

Zaki said...

Inilah masalah apabila seseorang itu menolak Islam walaupun mengaku muslim. Apabila syaitan berikrar untuk menyesatkan manusia maka penyakit no satu yang akan ditularkan oleh syaitan kepada manusia ialah 'aku lebih baik dari dia, dia dijadikan dari tanah sedang aku dari api'. Inilah penyakit palinbg merbahaya yang menyebabkan seseorangf itu menolak kebenaran dan berlaku zalim terhadap orang lain iaitu assobiyah. Seperti syaitan dia menolak kebenaran kerana 'aba wastakbara' wakanaminal kaafirun' Dia takbur maka dia termasuk golongan yang kafir'.

Perangkap paling bahaya ialah ketuanan melayu. Ketuanan melayu bukan berdasarkan sebarang landasan rasional tetapi sentimen melulu. Kita mesti hati-hati jangan terjebak dengan tipu-daya 'ketuanan melayu' ini. Bukankah golongan munafiqun berjaya melagakan kaum ansar dengan mengembalikan sejarah hitam lama yang berlaku di antara Aus dan Khazraj. Akhirnya mereka menghunus pedang sesama sendiri dan hampir sahaja berbunuhan kalau tidak dihalang oleh Rasulullah SAW.

Amat penting orang melayu tahu tentang sejarahnya, asal-usulnya, bagaimana Islam merevolusikan orang melayu, mesti juga tahu peranan bangsa lain yang berinteraksi dgn orang melayu termasuk orang Cina, India, Arab, Portugis, Belanda, Inggeris sehingga mewariskan apa yang ada pada orang melayu pada hari ini.

Orang-orang yang menebal sifat kemelayuan nya ini sehingga menzalimi orang lain di atas dasar yang batil perlu melalui satu proses 'pemulihan' .

Ahmad Belia said...

"Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan.Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan."

- Surah Al An 'aam ayat 108

lain kali tak payah laa bawak kepala lembu tu. kepala lembu tu buat sup lagi baik...

Anonymous said...

Salam Dato YB,
Mintak komen berita ini sikit macam mana?

http://www.malaysiakini.com/news/111935

kemaskini 6.25pm Sembilan orang wakil rakyat Terengganu mahu tuntutan mereka ditunaikan sekiranya Umno mahu mengelakkan mereka melompat kepada PKR....

Contributors