Pages

Subscribe:

28 August 2009

Kemeriahan Ramadhan Di Bukit Payong

Salam bloggers

Hari ini hari jumaat penghulu segala hari. Alhamdulillah kita sudah berada dihari yang ke 8 pada bulan yang berkat ini. Jam menunjukkan pukul 2.15 pagi semasa saya menulis coretan ini. Sambil sambil itu saya sedang melihat siaran live Solat Sunat Terawih dari Masjidil Haram. kelihatan di Masjidil Haram dipenuhi dengan jemaah yang menunaikan solat terawih.

Puasa di Bukit Payong juga tidak kurang meriahnya. Hari ini saya sempat berbuka puasa di Masjid Kg. Belukar Jambu. Hari ini sahaja ada 3 buah masjid/ surau yang mengadakan majlis berbuka puasa. Konsep berbuka puasa di Masjid Belukar Jambu ialah para jemaah akan membuat juadah berbuka di rumah masing masing. Mereka akan membawa lauk yang sudah dimasak ke Masjid. Pihak masjid hanya menyediakan pinggan dan air sahaja.

Selain itu ada banyak cara yang dibuat bagi majlis berbuka puasa ini. Ada sesetengah kampung menyembelih lembu di masjid dan dimasak secara bergotong royong di masjid masing masing. Selain itu terdapat juga tempat hanya menyembelih lembu di masjid tetapi daging tersebut diagih kepada jemaah. Jemaah akan masak dirumah masing masing dan dibawa ke masjid.

Disamping itu ada tempat yang hanya memberi duit kepada jemaah. Terpulang kepada jemaah berkenaan untuk masak apa yang dia suka untuk dibawa kemasjid. Itu adalah cara sebahagian kampung di DUN Bukit Payong mengadakan majlis berbuka puasa.

Pada malam tadi saya bertarawih di Surau Alor Guntong. Surau ini berada dalam Kg. Mak Kemas. Solat terawih disini dilaksanakan 8 rakaat dan 3 Witir. Saya perhatikan dalam DUN Bukit Payong, Solat Sunat Terawih dilaksanakan bergantung kepada masjid atau surau masing masing. Ada tempat yang melaksanakan solat ini 8 rakaat dan ada yang melaksanakan 20 rakaat dan 3 witir.

1 perkembangan yang menarik saya lihat pada tahun ini ramai anak anak muda datang untuk menunaikan solat terawih. Harapan kita agar jemaah ini akan terus mengimarahkan masjid dan surau selepas Ramadhan ini. Masjid dipenuhi dengan jemaah untuk bersolat terawih. Ada juga masjid yang menjemput imam hafiz untuk mengimamkan solat terawih. Suasana malam di Bukit Payong amat indah kerana sebahagian besar masyarakat berada di masjid untuk menunaikan solat berkenaan.

Selepas solat terawih pula jemaah akan bertadarus al Quran saban malam sehinggalah tamat juzuk ke 30. Pemuda UMNo juga tidak ketinggalan menganjurkan tadarus di Masjid Kg. Surau Hj. Daud. Begitu juga dengan wanita UMNOyang juga mengadakan aktiviti tadarus di beberapa masjid terpilih pada setiap pagi Jumaat dalam bulan Ramadhan ini.

Suasana malam bertambah damai dengan kehadiram Imam dari Arab Saudi pada hari yang ke 3 puasa bersama sama YAB Menteri Besar ke Masjid Bukit Payong. Disamping itu juga aktiviti keilmuan tidak dibaikan pada bulan yang mulia ini. Setiap masjid akan dihantar penceramah selepas solat subuh pada pagi jumaat dan pagi sabtu setiap minggu.

Kutipan derma selepas solat jumaat juga naik mendadak. Ini membuktikan kesedaran masyarakat DUN Bukit Payong bagi merebut sebanyak mungkin pahala dibulan ini. Sebagai contoh di Masjid Hj. Yaacob, Biasanya kutipan di masjid ini sekitar RM 100.00 sahaja setiap minggu. Namun pada Jumaat minggu pertama Ramadhan ini, kutipan meningkat sebanyak sebanyak RM 260.00 . Alhamdulillah

Ada sebahagian dari masjid disini yang menyediakan jamuan ringan selepas solat terawih. Perkara ini juga dilaksanakan dengan pelbagai cara mengikut kesesuaian tempat masing masing. Ada masjid yang mengutip derma Ihya' Ramadhan dan AJK Masjid sendiri membeli makanan untuk dimakan selepas solat terawih.

Disamping itu terdapat juga masjid yang meletakkan satu jadual kosong giliran menyediakan jamuan tersebut. Para jemaah mengisi nama mereka dijadual berkenaan secara sukarela tanpa paksaan. Terdapat juga masjid yang telah membuat jadual giliran dan JK masjid telah menetapkan nama jemaah sebagai giliran menyediakan jamuan selepas solat terawih.

Biasanya bagi satu malam telah ditetapkan 3 orang . Mereka akan berkongsi bagi meyediakan makan tersebut. Contohnya kalau kos membeli kuih RM 30.00 maka mereka akan mengeluarkan RM 10.00 seorang. Antara makanan yang popular disediakan selepas solat terawih ialah pulut panggang, otot otot, ketupat, lemang, buah dan buah limau.

Disamping itu terdapat juga masjid/ surau disini yang melasanakan majlis berbuka puasa lebih dari sekali. Ada yang mengadakan majlis sehingga 3 kali dalam bulan Ramadhan ini. Ianya bergantung kepada kewangan dan sumbangan orang ramai untuk melaksanakan majlis berkenaan. Kerajaan negeri juga memberi sumbangan kepada setiap masjid sebanyak RM 1000.00 . Bagi surau pula sumbangan yang diberikan oleh kerajaan negeri ialah sebanyak RM 300.00 bagi setiap surau.

Itu lah suasana 8 hari Ramadhan di Bukit Payong yang dapat dikongsi bersama. Suasana sungguh meriah dengan masing masing berlumba lumba mengerjakan amal ibadah di bulan yang penuh berkat ini. Insyallah 21 hari Ramadhan lagi akan lebih ceria dan bermakna kepada kita sebagai hamba Allah, insyallah.

Wassalam

No comments:

Contributors