Pages

Subscribe:

01 August 2009

Pahlawan, Jasa Dan Pengorbanan Mu Amat Dihargai

Salam bloggers

Saya mengambil kesempatan ini ini ucapkan terima kasih kepada yang memberi komen terhadap tulisan dan pandangan saya dalam blog ini.

Dalam kekalutan politik dan demontrasi yang berlaku di sana sini, kita seakan akan lupa kepada jasa dan peranan yang dimainkan oleh pasukan keselamatan dalam memastikan keamanan sentiasa terjamin. Sebagai rakyat Malaysia, saya cukup kesal dengan demonstrasi pemansuhan ISA yang berlaku kelmarin (2 Ogos 2009). Insan yang berdemontrasi ini seolah olah lupa bahawa ia telah menyusahkan warga kota lain yang ingin menggunakan masa hujung minggu untuk bersiar siar bersama keluarga tercinta.

Kebetulan pada petang kemarin saya menelefon rakan lama saya , semasa saya bekerja di Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia, beliau beritahu saya yang beliau dan keluarga terperangkap dalam Pasaraya Sogo kerana pasaraya itu ditutup akibat demonstrasi yang berlaku. Beliau juga memberitahu saya , banyak pusat perniagaan lain sekitar Sogo ditutup. Tindakan orang yang tidak bertanggungjawab ini telah menyusahkan orang ramai.

Saya sebenarnya tidak mahu membicarakan tentang demontrasi tersebut. Pada kali ini saya nak mengajak sahabat sahabat sekalian untuk merenung sejenak bahawa keamanan yang kita kecapi sehingga hari ini adalah kerana pengorbanan dan jasa para pahlawan kita. Angkatan Tentera dan Polis telah banyak berjasa kepada rakyat Malaysia. Ramai dikalangan mereka telah terkorban, cedera parah dan ada yang mengalami kecederaan kekal sehingga saat ini berjuang demi rakyat dan negara tercinta.

Oleh sebab itu rakyat cukup marah apabila Ketua Pembangkang saudara Anwar Ibrahim, menyarankan agar Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia. Perasaan para pahlawan cukup terguris kerana Chin Penglah yang menyebabkan mereka, anggota keluarga mengalami kesengsaraan hidup . Mereka bertarung dengan maut untuk menghapuskan komunis di dalam hutan demi menyelamatkan negara tercinta jatuh ke tangan komunis durjana.

Begitu juga dengan polis yang bertungkus lumus siang dan malam bagi menghadapi jenayah yang semakin hebat pada hari ini. Ada juga diantara mereka mati ditembak penjenayah, ada yang mengalami kecederaan semasa menjalankan tugas dan macam macam lagi dugaan yang mereka alamai. Semua ini dilakukan demi rakyat malaysia tercinta.

Tahniah kepada Kerajaan kerana sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan yang mereka laksakan. Baru baru ini seramai 97 anggota pasukan keselamatan yang dikurniakan pingat kebesaran negara menikmati kenaikan elaun mulai 1 Julai lalu sebagai menghargai pengorbanan mereka mempertahankan negara.

Bagi penerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P) akan menerima RM2,000 sebulan berbanding RM400 manakala penerima Pingat Gagah Berani (PGB) menerima kenaikan daripada RM300 kepada RM1,500 sebulan.

Langkah kerajaan menaikkan kadar Elaun Kenangan ini semata-mata untuk menghargai jasa dan pengorbanan mereka walaupun ia tidak boleh dinilai dengan wang ringgit.
Selain penerima pingat S.P dan PGB, kerajaan juga tidak melupakan anggota-anggota keselamatan yang dikurniakan pingat oleh kerajaan British.

Kenaikan kadar Elaun Kenangan sebanyak 500 peratus adalah hadiah paling berharga kepada bekas anggota pasukan keselamatan yang dikurniakan pingat kebesaran negara sempena Hari Pahlawan tahun ini.

Beginilah sikap prihatin kerajaan di Bawah Pimpinan YAB Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak. Tahniah YAB Dato' Sri.

Saya dan seluruh kepimpinan UMNO & BN DUN Bukit Payong mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pahlawan .

Wassalam

No comments:

Contributors