Pages

Subscribe:

22 August 2009

Selamat Datang Ramadhan Al Mubarak



Salam bloggers

Hari ini 1 Ramadhan 1430H merupakan hari pertama umat islam di Malaysia menunaikan ibadat puasa. Kita ucapkan rasa syukur ke hadrat Allah kerana kita masih dipanjangkan umur untuk berjumpa kembali dengan Ramadhan tahun ini.

Persediaan bagi menghadapi Ramadhan ini, sudah tentu dibuat oleh anda semua. Dengan berbekalkan ilmu ini, sudah pastilah Ramadhan pada tahun ini disambut dengan penuh kegembiraan dengan azam untuk menunaikan sebanyak mungkin ibadah ibadah wajib dan sunat.

Bagi warga DUN Bukit Payong saya telah menggerakkan beberapa program khas sempena Bulan Ramadhan ini. Bagi menghadapi Ramadhan pada tahun ini, beberapa siri Ceramah Perdana dan Forum Perdana telah dilaksanakan bagi memberi kefahaman yang jelas kepada masyarakat setempat untuk menerima bulan yang mulia ini.

Ceramah Perdana Ramadhan dan kelebihannya telah dilaksanakan Di Masjid kg. undang pada 14 ogos 2009 dan penceramahnya ialah Y.Bhg UstazMahmud Mat seorang pendakwah yang tidak asing lagi. Kita juga telah melaksanakan Forum Perdana Ihya' Ramadhan pada 20 Ogos 2009 di Dataran Futsal Bukit Payong. Antara ahli panelnya ialah Y.Bhg Ustazah Dato' Siti Nobahyah Mahmood dan Ustaz Kamaruddin Omar manakala pengerusi panel ialah Y.bhg Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid. Forum ini mendapat sambutan yang luar biasa dari masyarakat setempat. Dianggarkan lebih dari 6000 orang hadir. Ia dimeriahkan lagi dengan kehadiran YAB Dato Menteri Besar Terengganu sendiri.

Bersempena Bulan Ramadhan juga , Kerajaan Negeri telah menyumbangkan sebanyak
RM 1000.00 setiap Masjid manakala bagi Surau pula Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 300.00 sebuah surau. Bantuan ini adalah bagi tujuan aktiviti yang akan dianjurkan oleh masjid dan Surau tersebut.

Selain itu pihak kerajaan juga menusun jadual kuliah subuh disemua masjid dalam Bukit Payong. Kuliah subuh ini akan diadakan pada setiap pagi jumaat dan sabtu. Adalah diharapkan para jemaah akan memenuhi ruang masjid dan surau bagi mengikuti kuliah berkenaan.

Bagi menandakan rasa syukur kerajaan negeri , YAB Dato' Ahmad bin Said Menteri Besar juga telah mengagihkan buah kurma dan air zam zam ke setiap rumah dalam negeri Terengganu. DUN Bukit Payong telah mengagihkan ke semua rumah yang berjumlah hampir 8000 buah. Agihan telah dibuat melalui JKKK kampung masing masing.

Umat islam sudah pastilah akan berlumba lumba menegrjakan ibadah dibulan yang mulia ini. Banyak lagi program program yang telah diatur oleh masjid di seluruh DUN Bukit Payong seperti Tadarus Al Quran, Qiamullail, Majlis Berbuka Puasa, Khatam Al Quran, Sambutan Nuzul Quran, Program ziarah dan sebagainya lagi.

Inilah nikmat yang kita kecapi dalam sebuah negara merdeka seperti Malaysia. Kepada seluruh Umat Islam khususnya warga DUN Bukit Payong, saya ucapkan selamat menjalani ibadah puasa
Ramadhan. Bagi warga Bukit payong yang berada di per

antauan saya juga ucapkan selamat berpuasa. kalau berkesempatan tu pulanglah berpuasa bersama ibu bapa dan sanak saudara tercinta. Mudah mudahan terubat juga rindu mereka terhadap anak anak.

Kita juga panjatkan doa semoga Allah terus merahamati kita di bulan yang penuh berkat ini.

wassalam

No comments:

Contributors