Pages

Subscribe:

12 August 2009

Rezeki Melimpah Di Ambang Ramadhan.


Salam bloggers

Pagi ini saya banyak menyelesaikan kerja kerja dan bertemu rakyat di Pusat Khidmat Masyarakat Bukit Payong. Seperti biasa rakyat yang memerlukan bantuan akan datang ke pejabat ini saban waktu. Mana yang boleh diselesaikan, kami di Pusat Khidmat Masyarakat akan cuba selesaikan dengan seberapa segera. Inilah piagam pelanggan kami di Pusat khidmat Masyarakat DUN Bukit Payong.

Dalam kesibukan bertemu rakyat, saya terlihat senarai penerima bantuan zakat sempena kedatangan bulan Ramadhan dan Idul Fitri tidak berapa lama lagi. Dalam hati saya terdetik, ohhh, sesungguhnya terlalu banyak nikmat yang dikecapi oleh insan diatas muka bumi ini ya Allah, kadang kadang hamba mu sahaja yang kurang bersyukur. Ini lah kesan dari kemakmuran dan kestabilan politik negara Malaysia. Mungkin nikmat ini tidak dapat dirasai oleh sahabat handai kita negara lain.

Alhamdulillah, kedatangan bulan Ramadhan yang berkat ini, memberi rahmat yang cukup besar kepada Faqir dan orang orang miskin khususnya di DUN Bukit Payong. DUN Bukit Payong akan mengagihkan bantuan zakat ini pada 18 Ogos 2009 di Masjid Pekan Bukit Payong mulai jam 9 pagi.

Insayallah seramai 532 orang yang dikategorikan sebagai faqir akan menerima bantuan tersebut dan seramai 809 orang yang dikategorikan sebagai miskin juga akan menerima bantuan zakat pada hari yang sama. Ini bermakna seramai 1341 orang akan menerima bantuan wang tunai sebanyak RM 250.00 seorang. Pihak MAIDAM akan membelanjakan sebanyak
RM335,250.00 untuk DUN Bukit Payong sahaja.

Bantuan ini sudah pastilah memberi kelegaan kepada orang org miskin. Mereka akan menggunakan bantuan zakat ini sebagai perbelanjaan sepanjang bulan puasa dan Hari Raya Idul Fitri. Insyallah dengan bantuan ini, tidak ada insan di kampung kita yang akan merasa tersisih kerana kemiskinan, tidak ada yang akan rase susah hati kerana tidak cukup wang untuk berpuasa dan berhari raya tahun 1420H ini.

Selagi kudrat kerajaan BN masih ada, rakyat akan terus dibela.

wassalam

7 comments:

TUPAI said...

Salam Tuan....

Terbukti tuan dan Kerajaan Barisan Nasional adalah cakna rakyat... Teori Fungsionalisme sememangnya tepat digunakan oleh tuan dan Kerajaan BN...

Teori fungsionalisme merujuk kepada fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat. Berdasarkan Teori fungsionalisme struktur-struktur sosial akan menentukan perjalanan dan kesejahteraan kelompok masyarakat yang berkenaan. Pengkaji Teori fungsionalisme berpendapat bahawa untuk melihat masyarakat dari perspektif Teori fungsionalisme, maka seseorang itu dikehendaki faham tentang kaedah memerhati fenomena sosial, selain itu seseorang itu juga hendaklah mengetahui fungsi struktur berkenaan dan peraturan serta kawalan keatasnya. Teori ini pula akan mengkaji bagaimana sistem sosial tersebut berfungsi dan menjalankan peranannya, ia juga turut menekankan perjalanan sistem berkenaan yang mempunyai kaitan dengan keharmonian dalam sesebuah masyarakat. Apabila keadaan ini wujud , maka kita boleh menilai sama ada proses berkenaan Berjaya seperti apa yang dirancang atau sebaliknya.

Fikir-fikirkanlah!!!

mannmusa said...

Salam Boss,
Selamat berkhidmat dengan jayanya. Biarkanlah tenaga muda kita berbakti pada masyarakat. InsyaAllah negara kita kian makmur. Selagi kudrat pikulah tanggungjawab membela rakyat.

Ahmad Belia said...

hidup fakir-fakir DUN Bukit Payung!

Mat Yie said...

salam bos,
hakikat yang harus diterima..
tidak semua rakyat tahu bersyukur..

Bestari said...

Semoga yang miskin terbela yang berharta terjaga.

mother k pen said...

selamat malam bos ,,,
semuga pengagihan kini tidak lagi seperti dulu..
biarkan kita dengan cara baru dan berhemat,
sesungguhnya dalam yang mewah itu dalah hak yang miskin

Lambo said...

Salam...

Selamat menjalani ibadat ramadhan

Maaf dipohon jika ada keterlanjuran

Contributors