Pages

Subscribe:

10 August 2009

PR Selangor tidak layan PAS

Salam bloggers

Saya terkejut besar apabila YAB Menteri Besar Selangor menolak tuntutan PAS Selangor agar menggugurkan YB Ronnie Liu sebagai Exco Kerajaan Tempatan Selangor. Apa yang berlaku sebaliknya ialah MB mengarahkan semua pihak agar tidak mengeluarkan apa apa kenyataan terhadap isu berkenaan.

YB Ronnie Liu dikatakan telah mencampuri urusan Majlis Bandaraya Shah Alam dengan Mengarahkan MBSA memulangkan kembali 70 tin bir yang dirampas daripada sebuah kedai runcit di Seksyen 8 dan mengarahkan MBSA memohon maaf kepada kedai terbabit. PAS mendesak agar bir ini tidak dijual dikawasan majoriti Orang Islam.

Dalam hal ini nampaknya PAS hanya mampu berkokok sahaja, sedangkan tidak berkuasa menghalang walaupun berada dalam perkongsian kuasa dalam Pakatan Rakyat. Kalau masa sebelum menang dulu PAS kata, kita akan tutup kilang arak, haramkan penjualan arak. Nah,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, sekarang sudah ada kuasa, ayuh lakukan segera. Kalau setakat 70 tin arak pun tak boleh nak hapuskan, ini kan pula sebuah kilang arak.

Saya juga cukup terkilan kerana nampaknya hanya PAS Selangor sahaja yang bersungguh sungguh dalam soal ini. Mana perginya Tuan Tuan Guru pimpinan PAS yang lain. Tidak ada ulasan langsung. Masing masing membisu seribu bahasa. Mungkin mereka takut. Entah lah..........................

Percayalah rakyat Malaysia sekalian, Islam tidak akan tertegak selagi PAS saing (Berkawan) dengan PKR Dan DAP kerana kedua dua parti ini anti kepada islam. Bayangkan kalau mereka menang pun. Bagaimana PAS nak tegakkan islam. Contoh yang paling ketara ialah soal arak 70 tin ini pun tak boleh selesai. Inikan pula soal yang lebih besar.

Saya kurang yakin, MB Selangor berani melucutkan jawatan Ronnie Liu dan menghadkan penjualan arak walaupun kerajaan negari berkuasa keatas perlesenan permis arak, judi, hiburan dan lain lain lagi. PAS terima lah hakikat bahawa ia adalah rakan terkecil dalam PR Selangor dengan hanya 8 kerusi berbanding PKR 15 dan DAP 13. Lagi pun Wakil Rakyat beragama islam PR lebih kecil daripada bukan islam iaitu - 17 islam lawan 19 bukan islam.

Nampaknya PAS akan terus terpinggir dalam hal ini dan akan terus mengalah. Ini lah nasib PAS.
Saya cabar PAS kalau ia betul betul perjuangkan islam mereka mestilah keluar dari Pakatan Rakyat yang tidak akan memperjuangkan islam. Sedarlah wahai umat melayu islam. Mari kita pakat sokong UMNO lah pulakkkkk.

Fikir fikirkan lah

1 comment:

Anonymous said...

salam bos..
dulu pas acah-acah kini terlePAS lagi namun apa kan daya siang malam kini melayu seolah-olah hilang tari hanya sibuk berpolitik sahaja.
kini PAS Perak Tinggal kenangan namun matan MB masih terasa diri nya MB so datang nye ke Dungun Bagai hebat berjuang..
sedar tak sedar sama-sama Pegang Lilin u..
apa pun bila mahkamah kata menang dia ucap dengan buang pegawai negeri lucut jawatan yang serasi dengan nya tapi....bila mahkamah kata kalah maka diajak seluruh pelusuk negeri bangun berjuang...berserah diri..aduh..aduh pening sudah nya..
apa pun doa ku agar tuan mampu mengubah minda ke dunia yang lebih benar dan ikhlas dalam perjuangan ..sesunguhnya biar kan kita menari dengan cara kita..
salam maju jaya..
dulu kini dan selamanya..
dalam terang bukan cahaya yang menumpang....

Contributors