Pilihanraya kecil di Permatang Pasir telah berlalu. PAS mengekalkan kerusi DUN Permatang Pasir apabila calonnya, Salleh Man menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman dengan majoriti 4,551 undi. Salleh berjaya memperolehi 9,618 undi manakala Rohaizat pula meraih 5,067 undi.
Pada pilihan raya kecil kali ini, seramai 14,832 atau 73.1 peratus pengundi daripada 20,290 pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab masing-masing. Pada kali ini didapati jumlah yang keluar mengundi adalah tidak mencapai sasaran SPR iaitu 80 % keluar mengundi. Dengan kemenangan ini ia tidak memberi apa apa perubahan kepada kerajaan negeri dan juga kepada PAS. PAS akan kekal sebagai dengan 1 kerusi di Pulau Pinang. PAS juga akan kekal sebagai wakil rakyat biasa yang tak punyai apa apa kuasa di Pulau Pinang. Rakyat nampaknya masih terpukau dengan janji janji manis pembangkang walaupun kita lihat mereka tidak mampu untuk berbuat apa apa. Walau pun PAS menang disini tetapi segala dasar kerajaan negeri terus dimonopoli oleh DAP. Berikut adalah senarai EXCO Kerajaan Pulau Pinang: Ketua Menteri : YB Lim Guang Eng (DAP) Tim Ketua Menteri1 : YB. Tuan Mansor bin Othman (PKR) Tim.Ketua Menteri 2 : YB. Dr. Ramasamy AL Palanisamy (DAP) EXCO : YB. Tuan Chow Kon Yeow (DAP) : YB. Tuan Lim Hock Seng (DAP) : YB. Tuan Law Heng Kiang (DAP) : YB Tuan Phee Boon Poh (DAP) : YB Tuan Law Choo Kiang (PKR) : YB Tuan Wong Hon Wai (DAP) : YB. Paun Ong Kok Fooi (DAP) Bagaimanapun , terdapat sedikit perubahan dan penambahbaikan sokongan kepada BN di beberapa peti undi kerana sokongan terhadap pembangkang kian merosot. Jika jumlah keluar mengundi melebihi 80%, saya yakin BN akan banyak dapat mengurang majoriti PAS. wassalam
Berbanding 16,803 pengundi yang keluar pada pilihan raya umum DUN Permatang Pasir dalam pilihan raya umum Mac 2008. PAS ketika itu yang diwakili Allahyarham Datuk Hamdan Abdul Rahman memperolehi 11,004 undi mengatasi calon BN, Ahmad Sahar Shuib yang mendapat 5,571 undi. Majoriti pada ketika itu ialah 5,433.
Keputusan telah pun dibuat oleh rakyat. Wakil Rakyat yang dipilih mestilah melaksanakan amanah ini dengan baik. Kepada pimpinan UMNO , dengan keputusan pilihan raya kecil berkenaan, semua pihak mesti mengukuhkan parti. Segenap lapisan UMNO di Permatang Pauh mestilah memahami sikap masyarakat, kukuhkan hubungan akrab sesama kita.
2 comments:
PAS mengekalkan kedudukan di DUN Permatang Pasir N 11 Pulau Pinang. Pengundi telah memilih untuk mengekalkan status quo. Keputusan pengundian ini menunjukan pengundi muda masih lagi memihak kepada calun pembangkang tanpa mengira parti. Banyak faktor yang menyebabkan calun BN ditolak.
1. Kegagalan media konvensional memainkan peranannya. Pendekatan media menyerang Dato' Nik Aziz.
2. Keceluparan Tun Mahathir yang mengundang kritikan terbuka ramai pihak mengundang simpati golongan pengundi muda.
3. Media yang mengekal pola pemberitaan yang berbentuk memihak yang keterlaluan tidak membantu calun BN.
4. Peribadi calun BN sejak hari pertama terpaksa bertindak defensive dan faktor ini menyebabkan kegagalan mengunakan masa berkempen yang terhad memainkan isu-isu yang boleh membantu kemenangan calun BN.
5. Pemilihan calun BN sepatutnya menjalani search commintee yang sepatutnya berperanan menilai segala aspek calun yang terbaik untuk di tonjolkan sebagai calun yang terbaik.
6. Calun sendiri seharusnya jujur. Bila di calunkan sepatutnya beliau berterus terang tentang kedudukannya. Mengutamakan parti, kemenangan parti dan perjuangan seharusnya diutamakan dari agenda peribadi kita.
Semoga apa yang terjadi di Permatang PAsir seharusnya dijadikan ikhtibar dan pengajaran di masa depan.
Betulkan calun pembangkang yang berada dipenjarapun boleh menang tetapi kenapa calun BN yang digantung firma guaman nya tidak menjadi pilihan pengundi. Itu seharusnya di nilai dan dikaji.
Salam perjuangan.
kekalahan "7-0" dalam semua PRK oleh UMNO dan BN haruslah dijadikan iktibar dan sama2 muhasabah tidak kira pucuk pimpinan, ahli, penyokong serta pendokong UMNO/BN....
Dengan kekalahan 7-0 ini dalam PRK....ianya mengandungi ilmu dan pengajaran untuk dikaji kenapa dan bagaimana kekalahan demi kekalahan menimpa...belum terlambat lagi untuk buat research kenapa keadaan ini berlaku....kalau nak jadi doktor terpaksa bedah satu mayat untuk buat kajian dalam ilmu perubatan....inikan pulak UMNO yang mempunyai pengalaman yang banyak dalam pemerintahan...malah telah dihidangkan dengan 7 "mayat" (Maaf secara kasar) untuk dijadikan bahan research dan post mortem kenapa kekalahan demi kekalahan dialamai oleh UMNO.....
Dimana pakar2 selidik UMNO yang selama ini diketahui kehebatannya....dimana pejuang2 yang bergegar suaranya dalam memperjuangkan sesuatu agenda....dimana bijak pandai UMNO yang pandai mengambil hati masyarakat agar mendekati UMNO sebagaimana yang dilakukan dimasa2 dulu....Dimana dan ke mana keberanian kita untuk menangkis serangan pembangkang sebagaimana keberanian yang ditunjukkan melalui lambang keris pada logo UMNO???
Atau keris yang kuat itu adalah keris pada permulaan UMNO dulu pada tahun 1946-1987 sahaja....atau keris sekarang ini hilang waja nya setelah keris keramat ini berpecah pada 1987 dan yang tinggal duplicate saja keris yang baru ini??? Dan keris duplicate ini baru sahaja nak timbul waja dah terjadi pulak serpihan pada 1998???
Tidak kira samaada asli, duplicate atau tiada waja....keris tetap keris....Semangat Hang Tuah Lima Bersedara...semangat Tok janggut...semangat abd rahman limbung...semangat tok bahaman...semangat dol said...semangat mat kilau...tok gajah harus ada pada pendokong dan pencinta sejati UMNO untuk dijadikan semangat dalam memperjuangkan survival parti keramat ini....Patah sayap bertonggkatkan paruh...pandang maut sebelum ajal....biar putih tulang jangan berputih mata....agi idup agi ngelaban....no pain no gain.....
ayuh wahai pencinta sejati UMNO....tunjukkan semula kebangkitan parti keramat ini....lupakan segala sengketa sesama kita...carik-carik bulu ayam....akhirnya bersatu kembali.....KITA SUDAH TIADA MASA...MAJULAH DENGAN MAHA PERKASA...JANGANLAH TERLALAI TERUSKAN USAHA....MELAYUKAN GAGAH DI NUSANTARA....HIDUP UMNO....DIRGAHAYU UMNO KE-63
Post a Comment