Salam bloggers
Sempena tibanya bulan puasa ni , saya teringat berpuasa zaman kanak kanak dan zaman remaja. Puasa zaman kanak kanak ni memang seronok. Saya masih teringat , suasana Kg. Surau Hj. Yaacob dalam tahun 80an. Jalan masih lagi jalan tanah merah. Bila musim kemarau ia berdebu tapi bila musim boh (tengkujuh) ia lecah ( Becak). Inilah masalah utama jalan pada waktu itu.
Biasanya apabila balik sekolah, saya dan mak akan ke pasar Kedai Buluh untuk membeli lauk nasi . Kami akan pergi dengan basikal yang sudah agak buruk. maklumlah rumah kami tak punyai motosikal atau pun kereta.
1 perkara yang saya tidak lupa ialah semasa memproses air tebu di rumah. Oleh kerana nak jimatkan perbelanjaan, ayah saya telah mereka cipta satu alat lebih kurang mesin air tebu lah. tapi sayang saya tidak ada gambar alat tersebut. Petang sebelum berbuka kami adik beradik akan perah air tebu dengan menggunakan mesin ciptaan sendiri. Nak boleh ke satu kole air tebu tu ambil masa 1 jam. Meletihkan tapi cukup seronok.
Solat Terawih juga menyeronokkan pada zaman kanak kanak. Suasana malam pada itu gelap. Masih tidak lampu jalan. Lebih lebih lagi dengan jalan yang sempit dan disekelilingnya dipenuhi dengan rok ( semak samun). Agak meyeramkan jugak bila nak balik ke rumah. Apabila sampai disatu kawasan yang memang gelap iaitu Kg. Tua namanya, Saya akan pecut basikal sekuat kuatnya sambil membaca ayat quran dengan kuat. Bila lepas saja Kg. Tua, Alhamdulillah.
Pada kebanyakan petang Ramadhan, mak pula akan minta saya hantar makanan ke rumah Tok Wan (nenek). Saya pun jalan jalan bulan puasa ni sebab sambil sambil tu kita boleh melencong jumpa kawan kawan. Kalau tak pergi rumah Tok Wan maka payah lah kita nak pergi jumpa kawan kawan. Pada masa tu tak seperti sekarang. Semua kawan kawan pakai basikal je.
Antara peristiwa yang tidak dapat diupai ialah semasa pulang berterawih malam last sekali dengan basikal. dalam susana gelap saya terlanggar seekor lembu yang berada atas jalan. Kebetulan pula lampu basikal tak ada. Lepas langgar lembu terus jatuh dalam baruh ( sawah padi). Yang sedihnya baju melayu yang dipakai pada malam itu ialah baju raya dan baju itu jugalah carit (koyak). Hari Raya tahun tu beraya dengan baju melayu lama lah.
Ayah adalah amil zakat. Apabila hampir dengan Hari Raya, ramai orang datang rumah bayar zakat fitrah . Orang akan bertambah ramai apabila tiba malam raya. Bayar zakat fitrah pada masa itu bukan dengan pitih seperti sekarang. Pada masa itu orang bayar zakat fitrah dengan beras. cuma ada sorang dua je yang bayar dengan wang. Kerja saya pada malam hari raya ialah angkut beras zakat fitrah. memang tak boleh buat kerja lain malam raya ni. Kerjanya angkut beras sahaja. namun suasana dah berubah. kini ramai orang bayar zakat fitrah dengan wang. kini ayah saya pun tidak menjadi amil lagi
Itu sebahagian dari nostalgia berpuasa 25 tahun yang lepas.
Kepada muslimin dan muslimat ; SELAMAT BERPUASA
10 months ago
2 comments:
woi menarik cerita ni...
Cerita menyambut ramadhan diperantauan ketikan masih bujang terang tang-tang memang seronok. Aka kalan yang berbuka direstoran, ada kalanya di hotel, ada ketikanya di dalam kereta dengan cuma air sejuk...padan muka....masa tu lah teringat nak cepat-cepat tamatkan zaman bujang tu....bila dah kahwin dan terpaksa juga berpuasa ramadhan dari keluarga suasana yang lebih kurang sama juga tetapi agak suram bila tiba waktu berbuka ingatan pada keluarga.......isteri, anak-anak....inilah penagang PJJ (bukan Pengajian Jarak Jauh) tapi.....perkahwinan jarak jauhan......heh...
Salam perjuangan.
Post a Comment