Pages

Subscribe:

15 June 2009

YAB Menteri Besar Melawat Bekas YB ADUN Binjai (kini dikenali DUN Bukit Payong)

(YAB MB bersama En. Mohd Khan , Pengerusi JKKK Atas Tol)
( YAB Dato' Ahmad Said bersama Tuan Hj. Abdul Rahman)



(YAB MB Bersama PPD Bukit Payong)


Salam bloggers.


Dalam mengharungi kesibukan tugas sebagai Menteri Besar Terengganu, YAB Dato' Ahmad bin Said bersama isteri sempat meluangkan masa untuk melawat bekas ADUN Binjai ( Sekarang dikenali DUN Bukit Payong) Tuan Hj.Abdul Rahman bin Ali yang diserang stroke pada 21 April yang lepas. Beliau adalah bekas ADUN Binjai ( Sekarang Bukit Payong) selama 2 penggal iaitu bermula tahun 1974 hingga 1981. Tuan Hj. Abdul Rahman juga adalah bekas Presiden Persatuan Parajurit Malaysia Cawangan Terengganu selama 20 tahun. Tuan Hj. Abdul Rahman kini berumur 74 tahun. Semasa menjadi Wakil Rakyat di DUN ini, beliau telah banyak menabur jasa dan bakti kepada masyarakat di DUN ini.


Ini lah komitmen dan kesungguhan seorang Menteri Besar yang sentiasa dekat dihati rakyat. Saya difahamkan sebelum beliau melawat Tuan Hj. Abdul Rahman , beliau juga melawat Dato' Hajjah Rogayah Sulong , Bekas Qariah Antarabangsa yang pernah mengharumkan nama negara dan negeri Terengganu pada suatu ketika dahulu yang kini terlantar sakit tua dirumahnya. Ini amat bersesuaian dengan motto pentadbiran YAB MB iaitu ' Merakyatkan Pembangunan dan Pentadbiran'.

Alhamdulillah kesihatan Tuan Hj. Rahman sudah beransur pulih jika dibandingkan dengan lawatan saya ke rumah beliau pada bulan lepas. Tuan Hj. Abdul Rahman sempat juga menyampai ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada YAB Menteri Besar kerana datang melawat beliau. Marilah kita sama sama berdoa semoga Tuan Hj. akan cepat sembuh dan dapat meneruskan khidmat baktinya kepada masyarakat DUN Bukit Payong.
wassalam

4 comments:

mannmusa said...

Ya Allah Tuhan Yang Maha Besar Kau kurniakan kesihatan kepada bekas ADUN Binjai ini dan Kau kurniakanlah ketenangan, keamaman, kemakmuran kepada negeri Terengganu di bawah pinpinan YAB Dato' Ahmad Said Menteri Besar Terengganu ini....Amin Ya Rabbialamin.

Anonymous said...

Sama-samalah kita menyokong pucuk pimpinan atas semangat Perjuangan UMNO. Jangan Kusutkan lagi teraju yang ada sekarang. _Nasron KL.

Bestari said...

Didoakan semoga kesihatan bekas YB Adun Binjai pulih seperti sediakala.

Anonymous said...

assalamualaikum..
semoga terus sukses dan ceria buat ppp dun dan semoga bertambah baik akan kesihatan bekas YB Rahman atau pun yang saya kenali pak man tablil.
amin..
dri ..song peng mk

Contributors