Pages

Subscribe:

20 June 2009

"Telaga Raya"






Salam bloggers,

Semalam 20 Jun 2009, Banyak program yang saya hadir dari pagi sampailah ke malam. Bukan saya sahaja tetapi ini lah jadual kerja pemimpin UMNO yang lain untuk terus berbakti dan bersama rakyat jelata besesuaian dengan konsep yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri ' 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan'. Insyallah.

Lebih jam 9.30 pg , saya ke Kg. Mak Kemas, salah satu kampung dalam Dun Bukit Payong bagi menyertai aktiviti gotong bersama masyarakat setempat. Kelihatan ramai warga kampung yang hadir dalam aktiviti gotong royong tersebut. Objek yang menjadi perhatian saya disini ialah kewujudan satu paip air besar yang berada dalam semak samun. Mengikut warga kampung tersebut paip air ini dipasang oelh kerajaan sekitar tahun 1960an . Maklumlah pada masa itu saya masih belum lahir ke dunia ini. Paip air besar ini lebih dikenali oleh orang kampung dengan panggilan ' Telaga Raya".

Pada zaman tersebut tidak wujud paip air ke rumah kita sebagaimana yang ada sekarang. Oleh sebab itu Kerajaan Barisan Nasional telah membuat satu paip besar untuk kegunaan orang kampung. Kebanyakan penduduk pada masa itu menggunakan air perigi sebagai sumber air. Apabila tiba musim kemarau, air perigi akan kering. Pada masa itulah penduduk akan bertumpu ke " Telaga Raya" ini sama ada untuk membasuh pakaian, mendapatkan minuman dan sebagainya secara percuma

Konsep 'Telaga Raya' ini sama macam Balai Raya iaitu untuk kegunaan dan kemudahan masyarakat setempat. Namun ia telah menjadi kenangan dan sejarah kepada penduduk disini. sesuai dengan peredaran zaman, Kerajaan Barisan Nasional telah melaksakan amanah yang diberikan denagn cemerlang. Kini hampir 95 % penduduk disini telah pun mempunyai paip air ke rumah masing masing sama ada dipasang oleh mereka sendiri, bantuan dari kerajaan dan melalui lain lain cara. Ini lah nikmat yang kita kecapi dari Allah s.w.t. Mudah mudahan kita menjadi insan yang bersyukur dengan nikmat ini dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan.

fikir fikirkan lah

3 comments:

Anonymous said...

Di awal 80an dulu, sebut je gotong-royong org kg keluar ramai2 dan bawa juadah sekali makan ramai2. sekarang susah nk jumpa,taksub ke parti."Kerana itu ramai org melayu sekarang sudah lupa jasa melayu". Nas_KL.

Anonymous said...

Komen sikit pasal tujuan mentor Sigapura dgn deligasi yg besar jelajah malaysia. Nas_KL

Bestari said...

Yang banyak sekarang Pilihanraya. :).

Contributors