Salam blogers.
Firman Allah: (maksudnya) Dan sesungguhnya Tuhanmu (Wahai Muhammad) sentiasa melimpah-ruah kurnia-Nya kepada umat manusia tetapi kebanyakan mereka tidak bersyukur. (Surah al-Naml: 73).
Sebagai org politik, macam macam tuduhan dan adu domba terpaksa ditempuhi. Saya ucap terima kasih kepada yang memberikan komen dan pelbagai tuduhan keatas saya. Semuanya saya ucapkan terima kasih banyak banyak terutamanya kepada saudara Ahmad. Semasa saya dipilih sebagai Calon BN Bukit Payong baru baru ini saya sudah nekad akan mengharungi kehidupan dunia politik dengan tabah dan sabar. Ini lah yang dinamakan takdir Allah yang maha kuasa keatas saya. Ianya bukan saya pinta, bukan saya mohon dan tidak saya duga, tp Allah lebih mengetahui disebalik pemilihan saya sebagai calon BN. Kita jangan melihat bahawa , ia adalah kerana org nak mencantas karier Dato' Dr. Latif. Selain menyalahkan org lain yang sudah menjadi kerja kita , kita kena juga muhasabah diri kita. Kita ni hamba , dan sebagai seorang hamba sudah pastilah kita kita lemah walaupun kita ada PHD sekali pun. Jangan pula kita hina org yang cuma ada SPM. Kadang kadang org yang ada SPM ini lebih cerdik dan mulia dari kita. Inilah hakikat seorang hamba yang mesti kita terima. Mungkin jugak ada hikmah tertentu yang berlaku disebaliknya. Jasa dan sumbangan Dr. Latif tetap akan dikenang oleh seluruh rakyat Bukit Payong. Beliau telah banyak membantu dan menjadikan Bukit Payong sebagai lambang kebanggaan org Bukit Payong. Kita berdoa semoga jasa beliau akan mendapat ganjaran pahala yang besar disisi Allah s.w.t. Insyallah
Namun demikian ,sebagai manusia biasa, kita mengalami badai kehidupan bagaikan gelombang. Ada masa kita berada diatas, ada masa kita dibawah. Ada masa kita jadi pemimpin , ada masa kita jadi pengikut. Ini hakikat yamg mesti kita terima. Oleh sebab itu masa kita diatas, hidup jangan lah sombong sesama manusia kerana semua yang kita miliki adalah bersifat sementara. Jawatan sementara, pangkat sementara, isteri pun sementara. Saya Menyeru kepada diri saya sendiri dan semua pemimpin supaya kita tidak sombong dan bongkak dengan jawatan kita. Sebagai seorang islam juga kita mesti menerima hakikat ini. Kita mungkin kecewa pada akhir hayatnya. Namun yang berbuat jasa kerana Allah Yang Maha Esa lalu mengharapkan ganjaran-Nya tidak akan merana jiwa. Biarlah manusia melupakan, namun Tuhan tidak pernah mengecewakan hamba-hamba-Nya yang jujur. Maka seorang pejuang mestilah terlebih dahulu membetulkan titik tolak ini dalam hidupnya.
Nabi s.a.w. apabila ditanya: “Seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, seseorang yang berperang agar dipuji dan seseorang yang berperang untuk memperlihatkan kehebatannya, siapakah di antara mereka yang berada di jalan Allah?” Rasulullah menjawab: Sesiapa yang berperang untuk meninggikan kalimah Allah (tertegak), maka dia berada di jalan Allah.(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Jika titik tolak ini tidak dibetulkan, hidup kita akan dipenuhi kekecewaan. sedangkan kita cukup yakin bahawa pemimpin itu pergi dan datang. Janganlah mengaggap kita saja yang terbaik, org lain semuanya tak baik dan ada kekurangan. Kita saja yang hebat sedangkan org lain semuanya dok rok. Kalau fahaman ini ada pada pada pemimpin maka akan rosak lah umat. Justeru, bagi para pejuang , atau pemberi sumbangan jasa kepada umat manusia, ubat paling utama untuk dibekalkan dalam jiwa adalah keikhlasan dengan mengharapkan pahala dari Allah dalam semua gerak kerja. Saidina Abu Bakar pun pernah berkata ketika Mula mula dilantik sebagai khalifah bahawa aku bukanlah yang orang yang terbaik dikalangan kamu.
fikir fikirkan lah
wallahuaklam.
10 months ago
4 comments:
Saudara Zaidi,
Sememangnya Allah lebih mengetahui. Sebab itu lah Idris Jusoh ditakdirkan Allah untuk tidak lagi menjadi MB selepas mencantas Dr Latiff pada PRU yang lepas. Bukankah Allah maha berkuasa, cash juga dibayarnya kepada Idris Jusoh....dan bala terus menimpa beliau dengan kes SMS Ramzi dan kuncu-kuncunya. Sebab itu saya katakan, walaupun rezeki saudara dipilih saudara janganlah berasa hasad dengki kepada orang lain. Walaupun Dr Latiff kecewa, adakah beliau menyuruh penyokonya pergi berarak dan berhimpun bantah depan rumah MB tahun lepas, sepertimana yang man bakar, pak rosli buat? Tidak kan? Bukankah itu menunjukkan kemulian hati seorang pemimpin. Bukankah Dr Latiff juga membantu saudara berkempen, pergi ke seluruh DUN untuk berkempen bagi saudara. Apa yang Man Bakar buat untuk Ramzi? Cuba tanya orang Bukit Payung yang tak berkempentingan, sudah pasti jawapannya YA, Dr Latiff memang bukan busuk hati orangnya.
"Namun demikian ,sebagai manusia biasa, kita mengalami badai kehidupan bagaikan gelombang. Ada masa kita berada diatas, ada masa kita dibawah. Ada masa kita jadi pemimpin , ada masa kita jadi pengikut. Ini hakikat yamg mesti kita terima. Oleh sebab itu masa kita diatas, hidup jangan lah sombong sesama manusia kerana semua yang kita miliki adalah bersifat sementara. Jawatan sementara, pangkat sementara, isteri pun sementara. Saya Menyeru kepada diri saya sendiri dan semua pemimpin supaya kita tidak sombong dan bongkak dengan jawatan kita. Sebagai seorang islam juga kita mesti menerima hakikat ini. Kita mungkin kecewa pada akhir hayatnya. Namun yang berbuat jasa kerana Allah Yang Maha Esa lalu mengharapkan ganjaran-Nya tidak akan merana jiwa. Biarlah manusia melupakan, namun Tuhan tidak pernah mengecewakan hamba-hamba-Nya yang jujur. Maka seorang pejuang mestilah terlebih dahulu membetulkan titik tolak ini dalam hidupnya." - Saya setuju dengan saudara, apa yang saudara cakap tu dan tulis di atas ini memang betul. Boleh saudara jelaskan surat kepada Jabatan Agama mengenai tauliah khutbah Jumaat itu? Tak payah la cakap berbelit di sebalik hadis dan benda2 yang baik, sedangkan saudara pun busuk hati kepada orang lain. Apa isi khutbah Dr Latiff yang menjadikan saudara takut betul? Adakah dia cakap dalam khutbah itu yang saudara ni sekian-sekian. Selalunya penyebar berita fitnah itu lebih jahat yang selalu mengadu domba akan orang. Nasihat saya, perbaiki dulu betul-betul. Ya, Dr Latiff ada PhD, boleh saudara katakan dan namakan siapa yang dihina Dr Latiff dengan pendidikan SPM sahaja? Bukankah Dr Latiff yang banyak memberikan sumbangan membangunkan pendidikan di Terengganu? Jangan tanya saya - tanya la pelajar-pelajar universiti atau pun yang dah tamat belajar...semuanya pasti akui jasa dr latiff kepada pendidikan trg. Yang jelas saya memang nampak bahawa beliau tidak patut dicantas, dan beliau lah sepatutnya menjadi MB terengganu. Tanyalah orang2 lain yang rasional (bukan puak-puak umno yang bodoh sombong yerr), even PAS member also admitted that Dr Latiff is the right choice to be MB of Trg. maybe dah sampai masa untuk Dr latiff masuk PAS dan saya yakin insyaAllah beliau akan diterima dengan baik. Bukan macam UMNO layan pemimpin berhemah tinggi seperti beliau. Saya doakan DUN bukit payung kekal di tangan PAS selagi saudara sebagai calon.
inilah yang dinakamkan perjuangan..
inilah juga ynag dinamakan politik...
teruskan perjuangan saudara zaidi berlandaskan asas yang betuk dan benar...
insya Allah...perjuangan yang tulus dan ikhlas akan dibalas dengan balasan yang setimpal...
selagi keikhlasan dan kebenaran di pihak kita,perjuangan perlu diteruskan...
tidak perlu ambil pusing tentang titik bengit yang sudah mendarah daging dalam masyarakat ini Zaidi..biarkan kudis tu sembuh sendiri...perbanyakan doa.. tetapkan ikhlas dalam perjuangan...'let do our best and let Allah do the rest...InsyaAllah..
Post a Comment