Pages

Subscribe:

07 June 2009

PERAK , sudah sudah lah tu

Salam bloggers.

Hari ini saya tertarik dengan ucapan dan desakan seorang perwakilan Perak dalam Muktamar PAS ke 55 yang mendesak agar ditubuhkan Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat apa yang dikatakan rampasan kuasa di Perak oleh Barisan Nasional. Saya nak menyeru kepada PAS, sudah sudah lah tu. Kita terima lah hakikat bahawa PAS telah kehilangan majoriti di Perak. Biarlah BN Memerintah di Perak. Kalau selepas ini ada ADUN yang istihar masuk PAS/DAP/KEADILAN maka PR ambil alihlah kuasa di Perak tu.


Percayalah sahabat sahabat sekalian, Nanti bukan sahaja UMNO hilang kuasa, malah PAS sendiri pun belum tentu akan berkuasa di Perak. Mungkin kalau pilihanraya umum berlaku, DAP akan memenangi lebih banyak kerusi, UMNO mungkin semakin kurang kerusi. Apa akan jadi kalau PR menang 2/3 majoriti dan dari 2/3 itu DAP adalah parti yang paling banyak kerusi. PAS pula mempunyai kerusi yang paling sedikit. Apakah PAS akan terus diberi jawatan Menteri Besar, Apakah perlembagaan Perak yang menyatakan hanya org melayu islam yang boleh menjadi MB boleh dipinda jika PR mendapat majoriti 2/3. Sekarang ini PR tidak boleh meminda undang undang negeri kerana PR tidak memperolehi majoriti 2/3 di DUN Perak. Cukuplah PAS menjadi kuda tunggangan DAP di Perak. Berkemungkinan juga DAP akan meletakkan calon melayu islam mewakili partinya jika diadakan pilihanraya nanti. PAS jangan lah nak berangan angan jadi MB dengan jika jumlah kerusi yang ada dikekalkan. Inilah mainan politik DAP yang berhasrat untuk berkuasa di Perak. Calon yang paling sesuai, ialah Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim. Dengan pengalamannya bersama Guthrie Corporation Ltd.

Kita yakin DAP akan tetap dan terus mendesak Nizar untuk minta perkenan Sultan Perak untuk membubarkan DUN Perak. DAP akan terus menekan sepupunya itu (Nizar) untuk terus menderhaka kepada Sultan Perak. Kita berpolitik kena faham situasi sebenar. Janganlah kita menyokong secara membuta tuli. Kita perlu berfikiran waras sebelum mengambil sesuatu tindakan.

Buat rakyat Perak…tidak kiralah yang menyokong UMNO, PAS mahu pun KEADILAN….fikir-fikirkan masa depan anak bangsamu. Jangan sibuk berpolitik hingga boleh mengadaikan masa depan anak bangsa, agama, bangsa dan tanahair kita sendiri.

4 comments:

MaMiN said...

Saudara 'YB' Zaidi Muda,

Saya beranggapan bahawa saudara seorang yang baik, berhemah dan tidak dengki dan khianat kepada orang lain. Ini kerana sebagai bekas pegawai belia, (S41 ke S44?), saudara sepatutnya menunjukkan kematangan saudara. Selepas kalah dalam PRU yang lepas, saudara dilantik sebagai penyelaras DUN Bukit Payung. Saudara dikira sebagai 'YB' BN di kawasan yang telah diwakili PAS. Saya ucapkan tahniah kerana Mat Said melantik saudara. Apapun, saudara sepatutnya menghormati orang lain apatah lagi pemimpin yang terdahulu. Jikalau pemimpin ADUN yang terdahulu boleh berkhutbah Jumaat, kenapa saudara iri hati dan dengki kepada beliau. Apa salahnya beliau menyampaikan khutbah jumaat di mana-mana masjid di Bukit Payung, hatta di seluruh Terengganu pun. Beliau mendapat tauliah daripada Jabatan Agama Islam Terangganu, beliau menyampaikan khutbah pun bukan berbaur politik sepertimana orang lain. Jadi kepada saudara Zaidi, kalau rasa saudara pun nak jadi macam Dr. Latiff, belajar la baca khutbah. Saudara jangan busuk hati iri hati pada orang lain. Saudara boleh tolong beritahu kepada saudara Zaidi Ibrahim bahawa tindakan korang berdua memang sangat teruk. Kenapa dengki kepada orang lain sampai sanggup beri surat kepada Jabatan Agama? Nasib baik pegawai Jabatan Agama tidak bodoh macam saudara berdua. Zaidi Ibrahim tu jangan anggap beliau berkuasa. Jadi Pengerusi Masjid Surau Haji Mat Zain pun, apa contribution dia? Selama ni dia hanya nak kan projek, sebabtu jadi orang kuat Dr. Latiff. Sekarang ni orang kuat saudara pula. I wonder la apa akan jadi dengan dunia ni, sebab orang baik macam Dr Latiff akan sentiasa dicantas dan dipijak2 oleh insan2 rakus macam saudara dan kawan2. Pesan pada Zaidi Ibrahim tu, jaga rumahtangga beliau dulu. Jaga anak bini dahulu di rumah tu. Jaga bekas ketua puteri bini muda lagi ke?...Kepada saudara, jalankan tanggungjawab anda dengan baik. Dengan izin Allah kalau Dr Latiff dijadikan calon UMNO PRU 13 nanti, anggap sahajalah saudara ada peluang lain yang akan datang. Janganlah kita anggap orang itu ada peluang lagi, kita cantas dan pijak orang lain. Saya rasa perkara itu tidak diajar oleh Islam. Amanah dan tanggungjawab itu Allah yang berikan kepada kita, gunakan sebaik2nya. Sekarang saya lihat saudara pun tiada beza dengan politikus2 lain di Terengganu....Derih, rosol derhaka, man bakar, alias, yahya...semuanya mengarut.
Patutla....belajar pun semua tak tinggi. Saudara Zaidi pun hanya lulusan sastera USM, masa saudara beringus2 belajar, Dr Latiff dah jadi pensyarah dan professor disegani di USM tu. Sama la dengan masa derih dan mat said belaja di usm, dr latiff dah completed his PhD in Physics. Patutlah saya lihat ada IQ dan intelectual gap di situ. Kesimpulannya, birlah UMNO Terengganu ke Marang ke dipimpin oleh oarang2 tidak intelek dan berilmu, semoga rakyat dan pimpinan UMNO pusat buat keputusan yang tepat kemudian hari. Wallahualam.

Anonymous said...

Assalamualaikum...
kepada pemberi komen satu biar apa pun yang berlalu tetap akan berlalu lipatkan ia dalam satu berita sejarah hari ini.
tidak cukup kah lagi dengan 3 penggal yang diberi dikatakan hebat sehingga 'pah habis darjah' namun cuma hanya tinggal kenangan belaka seumpama kolej matrikulasi sampai 4 kali keluar surat khabar...akhir tak jadi-jadi juga.
kalau setakat buat satu cawangan universiti swasta dijemput orang kampung mohon doa sembayang hajat tapi sayang yang kini hanya belajar semua orang antarabangsa...apakah tuan fikir.
ok lah apa pun semoga saudara Zaidi tetap tabah dan bersemagat dalam apa jua laluan hidup ini.
sesungguhnya yang terjadi itu telah ditentukan.
apa pun semua ini rezeki Allah s.w.t .
syabas kawan ku...

MaMiN said...

Sudah tentu apa yang terjadi telah diaturkan Allah s.w.t. Kolej Matrikulasi di Marang apa statusnya tuan? Tuan tak tahu ke, lobi melobi punya banyak nak bawa Kolej Matrikulasi ke merata-rata tempat di Terengganu, ke Besut la dan lain-lain. Habis bila nak siapnya kalau di peringkat Kementerian Pelajaran pun tak selesai akibat lobi melobi pemimpin politik Terengganu? Sedaya College, projek yang dibawa untuk dibuat di Terengganu. Kita menyediakan tempat sebagai penggerak pembangunan, dalam masa yang sama kita cuba bangunkan human capital, janganlah disalahkan orang lain kalau kita sendiri tahu bahawa setiap usaha yang ingin dibangunkan oleh Dr Latiff disabotaj oleh pemimpin-pemimpin UMNO korup di Terengganu.

Anonymous said...

jika perjuangan berlandaskan nawaitu dan keikhlasan...takkan berlaku sabotaj mensabotaj...cuba kita fikirkan apakah disebalik kegagalan itu...jangan kita menyalahkan org lain di atas kegagalan kita...
apakah benar niat dan usaha kita...
renung-renungkanlah wahai saudara ahmad...
apakah betul Dr. Latiff berjuang dengan ikhlas...?????

Contributors