Pages

Subscribe:

24 June 2009

Panggilan Ilmu


Salam bloggers

Saya mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan Tahniah dan syabas kepada semua adik adik yang telah berjaya melanjutkan pelajaran sama ada di Universiti dalam dan luar negara, politeknik, Kolej komuniti, Institut Perguruan, Kolej Kejururawatan dan sebagainya. Sekalung tahniah juga kepada ibu bapa yang selama ini tidak jemu jemu memberi sokongan kepada anak anak mereka.

Saya percaya semua ibu bapa ini sedang sibuk membuat segala persiapan terakhir menyediakan keperluan anak masing masing sebelum mereka berangkat ke destinasi masing masing. Tiada kata yang boleh digambarkan apabila anak anak mendapat surat tawaran dari institusi terbabit. Mungkin ada dikalangan kita yang bergilanangan air mata kegembiraan dengan kejayaan anak anak ini. Ada ibu bapa sanggup bergolak bergadai demi memastikan masa depan anak anak terjamin.

Kepada ibu bapa yang agak susah, mereka akan menyewa van atau kereta untuk menghantar anak kesayangan ke Universiti. Mereka ingin melihat dari dekat tempat anak anak mereka belajar. Maklumlah ada dikalangan orang kampung yang tidak pernah merantau jauh. Mungkin ada juga dikalangan ibu bapa yang sangat sedih apabila berpisah dengan anak masing masing kerana sebelum ini anak anak ini tidak pernah berpisah dengan mereka.

Pada tahun ini seramai 128,295 tempat disediakan untuk kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA), politeknik dan kolej komuniti bagi sesi Julai 2009 ditawarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Jumlah tersebut bersamaan dengan 32 peratus daripada sejumlah 400,996 permohonan bagi mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana muda, program diploma dan sijil.

Ini bermakna 68 peratus atau 272,701 calon yang gagal mendapat tempat perlu mencari alternatif lain seperti kolej swasta atau mencuba nasib mencari pekerjaan. Ada juga dikalangan mereka yang akan melanjutkan pengajian ke Institut kemahiran diseluruh negara. Kepada yang gagal , jangan berputus asa. Kita mestilah terus mencuba. Saya percaya dan yakin kejayaan akan bersama kita akhirnya jika kita bersabar.

Kepada warga DUN Bukit Payong yang berjaya melanjutkan pelajaran, sekali lagi saya ucapkan TAHNIAH DAN SYABAS. Gunakanlah kesempatan yang diberikan ini dengan sebaik yang mungkin. Kita mestilah tunjukkan bahawa kita mampu mencipta kecemerlangan dan jangan hampakan harapan tinggi kedua ibu bapa kita. Insyallah

" SELAMAT MAJU JAYA"

2 comments:

Lambo said...

Salam;

Bersama mengiringi ucapan tahniah kepada yang berpeluang melanjutkan pengajian ke menara gading.

Ibu bapa bertanggungjawab menyedarkan bahawa anak-anak penyambung warisan, tidak angkuh dan bertanggapan lebih bijak, lalu tidak tahu menghormati.

Yang belum perpeluang, mereka belum gagal... masih banyak peluang tersedia yang perlu diceburi.

Tiada jalan pintas untuk berjaya!

mannmusa said...

Syabas dan Tahniah kepada yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Garap peluang ini sungguh-sungguh kerana peluang untuk maju ini bukan semua orang yang dapat. Berusaha bersungguh-sungguh, harga pengorbanan semua pihak.

Kepada yang belum berjaya, kegagalan kali ini bukan kegagalan muktlak. Ianya adalah ingatan dan langkah pertama kearah kejayaan yang menanti.

"Let Do Our Very Best, and Let God Do The Rest"

Contributors