Salam bloggers |
"Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau tidak mahu PAS berpecah dalam isu perbincangan kerajaan perpaduan antara kedua-dua parti itu. “Saya berharap tidak berlaku perpecahan berhubung sokongan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa terhadap kerajaan perpaduan dengan Umno,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Umno di ibu negara hari ini. Bagaimanapun, kata Hishammuddin, jika ada syarat dan perbincangan itu tidak dapat diadakan, maka ia tidak bermakna Umno dan BN tidak boleh meneruskannya mengikut caranya. “Perbincangan mengenai perpaduan, menurut pendapat saya adalah baik dan diharap ia menjadi kenyataan. “Jika perbincangan ini menjadi kenyataan, Alhamdulillah. Saya tidak mahu Umno berpecah. (Dan) mengapa (pula) saya mahu melihat PAS bergaduh sesama sendiri." ____________________________________________ Saya amat tertarik dengan keikhlasan dan jiwa murni Dato' Hishamuddin terhadap PAS dalam soal kerajaan perpaduan ini. Ini lah wajah wajah UMNO sebenarnya. Walau pun berlaku perbezaan ideologi politik antara UMNO dan PAS tapi jauh dilubuk hati UMNO, kita sayangkan islam dan bangsa melayu di negara kita yang tercinta ini. Begitulah mulianya hati org UMNO. UMNO tidak mahu PAS berpecah kerana isu ini. Apa yang nak dibincangkan ialah soal perpaduan dan ikatan ukhuwwah dikalangan umat melayu islam. Kalau PAS tidak mahu, itu terpulanglah kepada PAS sendiri. Kalau berlaku perpecahan dalam PAS bagi menangani isu ini, maka perpecahan dikalangan umat melayu menjadi semakin besar. Dalam soal ini saya teringat akan peristiwa semasa Rasulullah berhijrah ke Thaif. Apabila tiba di Thaif , org org Thaif termasuk kanak kanak telah mengusir baginda dengan membaling batu ke arah baginda sambil memaki hamun. Akibatnya darah keluar memancut dari kaki baginda. Akibat tidak tahan melihat Rasulullah dalam keadaan seperti itu, maka datanglah malaikat Jibril dan berkata' "wahai Muhammmad , itu sudah terjadi, dan apa pula yang engkau kehendaki?. Jika engkau hendaki aku hempapkan gunung ini keatas mereka, aku akan melakukannya. Tapi Rasulullah menjawab," Jangan, aku berharap agar Allah mengeluarkan dari kalangan mereka orang orang yang menyembah Allah dan t idak menyekutukannya. Begitulah mulianya Rasullullah s.a.w. Walaupun diperlakukan sebegitu rupa tapi jauh jauh dilubuk hatinya mahu melihat agar akan ada generasi mereka selepas ini yang kan menyembah Allah yang maha besar. Ini lah jawapan dari seorang pemimpin agung yang amat patut dicontohi. Walau pun PAS berhasrat untuk menghancurkan UMNO dan BN dalam pilihanraya yang akan datang, pemimpin UMNO terus mendoakan kebaikan kepada PAS. Kita doakan semoga Dato' Hj. Abdul Hadi dan Nasharuddin Mat Isa terus diberi kekuatan demi perpaduan umat islam. Insyallah Fikir fiki kan lah |
10 months ago
1 comment:
Mbem ayh Nik Jirek ekor tuhh!! "Marah itu syaitan". Nas_KL
Post a Comment