Pages

Subscribe:

11 February 2010

PKR hilang 1 kerusi Parlimen

Salam bloggers.

Salam perjuangan di hari Jumaat yang mulia. Hari ini , 11 Feb 2010 satu lagi tamparan hebat buat PKR. Dalam keadaan parti yang terumbang ambing, Ahli Parlimen Bayan Baru, YB. Dato' Seri Zahrain Hashim mengistiharkan keluar parti dan meletakkan semua jawatan dalam parti. Beliau juga mengumumkan akan menjadi Ahli Bebas dan tidak mesra BN.

Nampaknya politik PKR hampir berkubur, Itulah senario politik Pakatan Pembangkang yang hanya menunggu masa untuk tumbang dan berkecai. Detik kehancuran bermula apabila bekas Setiausaha Agungnya Datuk Sallehudin Hashim yang telah meletakkan jawatan sebulan yang lepas.

Sebab utama perletakan ini ialah kerana, rasa ketidakpuasan hati terhadap Ketua Menteri Pulaun Pinang yang dianggap sebagai pro komunis, cauvinis, dan diktator. Sebenarnya ramai dikalangan rakyat telah mula sangsi matlamat perjuangan pembangkang. PKR dan PAS hanya menjadi pak turut kepada DAP. Yang berkuasa sebenarnya adalah DAP. Dalam banyak isu , PKR dan PAS mengalah kepada DAP kerana ingin menjaga pengundi bukan melayu kononnya.

Beberapa isu yg berlaku telah membuktikan bahawa Guan Eng dan DAP hanya mempermainkan pakatan pembangkang demi kelangsungan kuasa mereka. Contohnya , seorang ADUN DAP Kedah mengistiharkan keluar dari pakatan pembangkang dalam isu pencerobohan pusat penyembelihan babi di Alor Star. Jefri Oii pernah melabelkan JIM sebagai ekstrimis teririts kerana mengkritik kerajaan Pulau Pinang.

Tonny Pua yang pernah mecampuri urusan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam yg merampas arak di Shah Alam juga menimbulkan banyak rasa tidak puas hati PKR dan PAS. Beliau juga pernah menuntut supaya Dato' Dr. Hassan Ali digugurkan dari senarai Exco Kerajaan Negeri. Apa tindakan MB Selangor?

DAP tidak hairan dengan pengaruh PAS dan PKR. Kedudukan Ketua Pembangkang yg disandang oleh penasihat PKR tidak menjadi halangan kepada DAP untuk menunjukkan siapa yang lebih kuat dalam Pakatan Pembangkang.

Dari segi nisbah kekuatan DAP lebih berpengaruh kerana memenangi lebih 50% dari kerusi yg ditandingi dalam pilihanraya yg ke 12. Daripada 47 kerusi yang ditandingi, DAP menang 28 kerusi, berbanding dgn PAS yg bertanding 66 kerusi tapi hanya menang 23 kerusi sahaja. PKR pula bertanding di 97 kerusi dan hanya menang 31 kerusi.

Atas sebab itu DAP cukup berkuasa di Pulau Pinang dan cukup kuat pengaruh keatas Kerajaan Selangor. Begitu juga semasa di Perak semasa PR berkuasa, cengkaman mereka amat kuat walaupun PAS yg menjadi Menteri Besar. PKR tidak mampu untuk memerintah Selangor tanpa sokongan DAP.

Namun di Pulau Pinang DAP mampu berdiri sendiri kerana mereka menang 19 kerusi, PKR 9 kerusi, PAS 1 kerusi dan BN 11 kerusi. Oleh sebab itu mereka tidak takut langsung kepada PKR di Pulau Pinang. Mereka bebas untuk memerintah dan melaksanakan sebarang dasar tanpa sokongan PKR.

Oleh sebab itu jika Zahrain, Zulkifli dan lain lain MP PKR menjadi Ahli Bebas, yang akan rugi ialah PKR , bukannya DAP. Itulah sandiwara DAP yang meyebabkan PAS dan PKR tertipu.

Dato Zahrain mengatakan bahawa, beliau telah hilang kepercayaan terhadap pronsip perjuangan PKR. Adalah diharapkan selepas ini ramai lagi MP PKR yang akan berbuat demikian. Sesungguhnya perjuangan dalam PKR adalah perjuangan kosong semata semata kerana nafsu pribadi seorang yang bernama Anwar Ibrahim.

Dalam keadaan sekarang kita dapat melihat dengan jelas, Anwar hanyalah sebagai alat untuk DAP mendapatkan kuasa. Bagi mereka sokongan orang melayu terhadap Anwar akan memungkinkan mereka mencapai cita cita mereka.

Fikr

1 comment:

mannmusa said...

petanda apakah itu......ada guruh biasanya ada hujan...tp ada jugak hujan tak jadi.....

Contributors