Pages

Subscribe:

02 February 2010

Gaji polis naik lagi ?

Salam bloggers

Kerajaan akan mengumumkan struktur gaji polis baru hari ini. Ini bermakna para pegawai dan anggota polis akan menikmati gaji yang lebih menarik. Ini secara tidak langsung akan menarik minat generasi muda menceburi bidang kerjaya ini.

Namun disebalik berita gembira untuk anggota polis ini, saya juga menerima maklum balas yg mengatakan ini tidak adil. Pada pandangan sahabat saya ini, semua anggota perkhidmatan awam yang lain juga buat kerja untuk meningkatkan taraf ekonomi negara.

Saya merupakan bekas kakitangan awam. Kalau anda tanya diri saya sebagai bekas kakitangan awam selama 12 tahun, saya bersetuju dengan kenaikan sedikit gaji anggota polis ini.

Diantara sebabnya ialah kerana polis menjalankan tugas dengan mempertaruhkan nyawa. Nyawa mereka sentiasa terancam semasa menjalankan tugas demi memastikan kemakmuran negara kita berterusan. Keamanan dan kemakmuran adalah elemen utama yang membolehkan kita bergerak, beribadah, bekerja dan sebagainya. Jika negara kacau bilau, semua benda tidak dapat dirancang dan dilaksanakan.

Ini bermakna , bukan saya menidakkan sumbangan besar kakitangan awam lain. Polis juga menjalankan tugas 24 jam tanpa dibayar elaun lebih masa. kakitangan awam lain gred 38 kebawah akan dibayar elaun lebih masa jika bertugas diluar waktu pejabat.

Oleh yang demikian adalah wajar, gaji anggota polis ini dinaikkan sedikit bagi memastikan mereka lebih komited pada tugas masing masing. Saya juga berharap kerajaan tidak akan melupakan kakitangan awam yang lain kerana sumbangan mereka terhadap negara amatlah besar.

Kita harus ingat bahawa dalam suasana ekonomi yang mengalami kemelesetan ini, kenaikan gaji mungkin tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh. Oleh yang demikian , kita kena banyak bersabar.

Wassalam

1 comment:

mannmusa said...

hanya polis dan askar jer yg menyumbang kepada sustainable kerajaan???

Contributors