skip to main | skip to sidebar

Pages

  • Home
Subscribe:

Zaidi Muda

Catatan ZM

Labels

  • Islamic
  • Isu semasa
  • Politik
  • Program DUN

Tentang Saya


BlingPixie.com

30 August 2009

MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA

Salam bloggers

Jam di dinding menunjukkan pukul 2.25 pagi. Ini bermakna hampir 2 jam 25 minit usia kemerdekaan negara masuk ke 52 tahun. Alhamdulillah, Kami hamba hamba mu mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga atas segala nikmat kurniaan mu.
Walaupun berada di bulan Ramadhan, kita masih sempat merayakan sambutan kemerdekaan negara tercinta. DUN Bukit payong tidak ketinggalan memperingati hari yang penuh bersejarah ini. saya baru pulang dari melancarkan Program Gerak Sahur Merdeka peringkat DUN Bukit Payong yang diadakan di Kg. Surau Hj. Daud sebentar tadi. Majlis dimulakan jam 10.30 malam.

Lebih dari 500 orang hadir bagi memeriahkan majlis ini. Kita mengadakan majlis dengan sederhana sesuai dengan bulan Ramadhan. Pelbagai aktiviti diadakan seperti perarakan motosikal dengan membawa bendera Malaysia, tayangan dokumentari kemerdekaan, Ucapan pemimpin, upacara menaikkan bendera, nyanyian lagu negaraku, teriakan merdeka, bacaan puisi dan sebagainya.

Program diakhiri dengan makan sahur secara beramai ramai. Kemuliaan Ramadhan, kita sambut ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 52. MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA .

Wassalam
Posted by Zaidi bin Muda at 11:17 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

28 August 2009

Macam Macam Perkara Pelik Berlaku Sejak BN hilang sedikit kuasa.


Salam bloggers

Pada awalnya saya malas nak ulas isu isu politik di bulan Ramadhan ini, tapi oleh kerana banyak peristiwa pelik berlaku maka hati saya tergerak juga untuk membuat sedikit ulasan berkaitan politik negara kita.

Semalam kita dikejutkan dengan tindakan sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO melayu mengarakkan kepala lembu ke bangunan Setaiausaha Kerajaan Negeri selangor sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu di kawasan mereka. Mereka marah dengan tindakan YAB MB Selangor, Exco Kebajikan Rodziah dan Exco Kesihatan Dr A Xavier jaya Kumar.

Mereka marah kerana kawasan tersebut merupakan kawasan majoriti melayu islam. Kenapa Kuil hendak didirikan Kuil, Sepatutnya kawasan orang islam didirikan masjid. Kawasan orang India didirikan kuil , baru lah betul. Kalau bawa kuil ke kawasan orang islam, seluruh rakyat Selangor harus bangkit menentang dasar ini. Inikah dasar kerajaan islam di Selangor.

Namun apa yang menjadi kemarahan orang india ialah mereka membawa kepala lembu, kerana lembu dianggap binatang yang mulia oleh agama hindu. Sebab itulah mereka tidak makan daging lembu. Pada pandangan saya, sepatutnya mereka tidak membawa kepala lembu kerana kita menghormati kebebesan agama lain di Malaysia ini. Mereka yang bersalah dalam ini adalah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang tidak peka terhadap isu isu sensitif seperti ini.

Isu yang mendapat tempat juga dalam politik negara ialah tindakan YB. Radzhi yang keluar dari PKR dan menyertai Bebas. Apa yang tidak menarik untuk didengar ialah PKR menuduh ia merupakan angkara UMNO. Kalau begitu semua kesalahan dalam negara ini adalah angkara UMNO. Senangnya mereka membuat tuduhan.

Akibatnya beliau dilucutkan jawatan Exco oleh Menteri Besar Pas, Azizan Abdul Razak dan oleh sebab PKR tidak lagi ada Adun Melayu maka kerusi Exco Radzhi diberikan kepada Adun PKR Kulim, Lim Soon Nee. Kesemua empat Adun PKR yang masih tinggal di negeri majoriti Melayu ini adalah Cina dan India. Pelik , sudah tidak ada wakil PKR yang berbangsa melayu di sebuah negeri yang mana 95% rakyatnya adalah melayu. Bagaimana ini boleh berlaku.

Yang terbaru adalah penyingkiran Dr Chua Soi Lek, Timbalan Presiden MCA daripada parti itu atas alasan DVD skandal seksnya mengotorkan imej parti.

Yang peliknya Dr Chua, bekas Menteri Kesihatan itu, baru saja menang pertandingan jawatan Timbalan Presiden dan cerita DVD seks beliau bukan cerita baru. Hakikatnya Dr Chua adalah duri dalam daging kepada Presiden MCA, Ong Tee Keat. Kenapa baru sekarang nak pecat Soi Lek, sedangkan peristiwa ini telah lama berlaku.

Terlintas di fikiran saya, adakah Dr Chua akan mengikut jejak musuhnya, Chua Jui Ming menyertai PKR . Bagi saya ini akan memberi kesan terhadap BN untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 nanti. Adakah dengan isu ini, masyarakat cina akan berpaling ke DAP? atau adakah ia hanya mainan politik MCA bagi melemahkan BN . Ia haruslah diselesaikan segera bagi mengukuhkan BN.

Di Selangor juga, Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Hassan Ali bercadang menggunakan pegawai masjid bagi menangkap orang Islam yang meminum atau menjual arak di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 . Saya pun tak pasti sama ada mendapat perkenan Istana atau tidak.

Saya rasa lebih elok jika kuasa itu diamanahkan kepada agensi-agensi penguatkuasaan yang sedia ada seperti Jabatan Agama Islam, polis dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Semua ini berlaku semasa BN tidak lagi mendapat majoriti 2/3 di Dewan Rakyat. Politik dilihat kurang stabil. Oleh yang demikian seluruh rakyat Malaysia harus lah memberi kepercayaan kembali kepada BN agar negara kita terus aman dan makmur.

Fikir fikirkanlah



Posted by Zaidi bin Muda at 9:30 PM 4 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Kemeriahan Ramadhan Di Bukit Payong

Salam bloggers

Hari ini hari jumaat penghulu segala hari. Alhamdulillah kita sudah berada dihari yang ke 8 pada bulan yang berkat ini. Jam menunjukkan pukul 2.15 pagi semasa saya menulis coretan ini. Sambil sambil itu saya sedang melihat siaran live Solat Sunat Terawih dari Masjidil Haram. kelihatan di Masjidil Haram dipenuhi dengan jemaah yang menunaikan solat terawih.

Puasa di Bukit Payong juga tidak kurang meriahnya. Hari ini saya sempat berbuka puasa di Masjid Kg. Belukar Jambu. Hari ini sahaja ada 3 buah masjid/ surau yang mengadakan majlis berbuka puasa. Konsep berbuka puasa di Masjid Belukar Jambu ialah para jemaah akan membuat juadah berbuka di rumah masing masing. Mereka akan membawa lauk yang sudah dimasak ke Masjid. Pihak masjid hanya menyediakan pinggan dan air sahaja.

Selain itu ada banyak cara yang dibuat bagi majlis berbuka puasa ini. Ada sesetengah kampung menyembelih lembu di masjid dan dimasak secara bergotong royong di masjid masing masing. Selain itu terdapat juga tempat hanya menyembelih lembu di masjid tetapi daging tersebut diagih kepada jemaah. Jemaah akan masak dirumah masing masing dan dibawa ke masjid.

Disamping itu ada tempat yang hanya memberi duit kepada jemaah. Terpulang kepada jemaah berkenaan untuk masak apa yang dia suka untuk dibawa kemasjid. Itu adalah cara sebahagian kampung di DUN Bukit Payong mengadakan majlis berbuka puasa.

Pada malam tadi saya bertarawih di Surau Alor Guntong. Surau ini berada dalam Kg. Mak Kemas. Solat terawih disini dilaksanakan 8 rakaat dan 3 Witir. Saya perhatikan dalam DUN Bukit Payong, Solat Sunat Terawih dilaksanakan bergantung kepada masjid atau surau masing masing. Ada tempat yang melaksanakan solat ini 8 rakaat dan ada yang melaksanakan 20 rakaat dan 3 witir.

1 perkembangan yang menarik saya lihat pada tahun ini ramai anak anak muda datang untuk menunaikan solat terawih. Harapan kita agar jemaah ini akan terus mengimarahkan masjid dan surau selepas Ramadhan ini. Masjid dipenuhi dengan jemaah untuk bersolat terawih. Ada juga masjid yang menjemput imam hafiz untuk mengimamkan solat terawih. Suasana malam di Bukit Payong amat indah kerana sebahagian besar masyarakat berada di masjid untuk menunaikan solat berkenaan.

Selepas solat terawih pula jemaah akan bertadarus al Quran saban malam sehinggalah tamat juzuk ke 30. Pemuda UMNo juga tidak ketinggalan menganjurkan tadarus di Masjid Kg. Surau Hj. Daud. Begitu juga dengan wanita UMNOyang juga mengadakan aktiviti tadarus di beberapa masjid terpilih pada setiap pagi Jumaat dalam bulan Ramadhan ini.

Suasana malam bertambah damai dengan kehadiram Imam dari Arab Saudi pada hari yang ke 3 puasa bersama sama YAB Menteri Besar ke Masjid Bukit Payong. Disamping itu juga aktiviti keilmuan tidak dibaikan pada bulan yang mulia ini. Setiap masjid akan dihantar penceramah selepas solat subuh pada pagi jumaat dan pagi sabtu setiap minggu.

Kutipan derma selepas solat jumaat juga naik mendadak. Ini membuktikan kesedaran masyarakat DUN Bukit Payong bagi merebut sebanyak mungkin pahala dibulan ini. Sebagai contoh di Masjid Hj. Yaacob, Biasanya kutipan di masjid ini sekitar RM 100.00 sahaja setiap minggu. Namun pada Jumaat minggu pertama Ramadhan ini, kutipan meningkat sebanyak sebanyak RM 260.00 . Alhamdulillah

Ada sebahagian dari masjid disini yang menyediakan jamuan ringan selepas solat terawih. Perkara ini juga dilaksanakan dengan pelbagai cara mengikut kesesuaian tempat masing masing. Ada masjid yang mengutip derma Ihya' Ramadhan dan AJK Masjid sendiri membeli makanan untuk dimakan selepas solat terawih.

Disamping itu terdapat juga masjid yang meletakkan satu jadual kosong giliran menyediakan jamuan tersebut. Para jemaah mengisi nama mereka dijadual berkenaan secara sukarela tanpa paksaan. Terdapat juga masjid yang telah membuat jadual giliran dan JK masjid telah menetapkan nama jemaah sebagai giliran menyediakan jamuan selepas solat terawih.

Biasanya bagi satu malam telah ditetapkan 3 orang . Mereka akan berkongsi bagi meyediakan makan tersebut. Contohnya kalau kos membeli kuih RM 30.00 maka mereka akan mengeluarkan RM 10.00 seorang. Antara makanan yang popular disediakan selepas solat terawih ialah pulut panggang, otot otot, ketupat, lemang, buah dan buah limau.

Disamping itu terdapat juga masjid/ surau disini yang melasanakan majlis berbuka puasa lebih dari sekali. Ada yang mengadakan majlis sehingga 3 kali dalam bulan Ramadhan ini. Ianya bergantung kepada kewangan dan sumbangan orang ramai untuk melaksanakan majlis berkenaan. Kerajaan negeri juga memberi sumbangan kepada setiap masjid sebanyak RM 1000.00 . Bagi surau pula sumbangan yang diberikan oleh kerajaan negeri ialah sebanyak RM 300.00 bagi setiap surau.

Itu lah suasana 8 hari Ramadhan di Bukit Payong yang dapat dikongsi bersama. Suasana sungguh meriah dengan masing masing berlumba lumba mengerjakan amal ibadah di bulan yang penuh berkat ini. Insyallah 21 hari Ramadhan lagi akan lebih ceria dan bermakna kepada kita sebagai hamba Allah, insyallah.

Wassalam
Posted by Zaidi bin Muda at 11:14 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

27 August 2009

Bantuan Khas Hari Raya Idul Fitri Untuk Rakyat DUN Bukit Payong.

Salam bloggers

Alhamdulillah , hari ini hari ke 6 kita berada dalam bulan Ramadhan. Moga moga sepanjang 6 hari yang lalu, kita dapat melaksanakan ibadah puasa dan ibadah yang lain dalam keadaan yang sempurna. Insyallah.

Ramadhan bulan yang penuh rahmat dan keberkatan. Hasil dari keberkatan bulan Ramadhan ini juga seramai 4136 rakyat DUN Bukit Payong akan mendapat rezeki bagi kegunaan bulan berkat ini dan untuk persiapan Idul Fitri yang akan menjelang tiba.

Pertamanya kita bersyukur ke hadrat Allah dan kita berterima kasih kepada kerajaan khususnya Kerajaan Barisan Nasional Terengganu kerana mengurniakan rezeki tersebut. Bermula 1 - 3 September ini Pejabat DUN Bukit Payong akan mula mengagihkan bantuan khas sempena menyambut Idul Fitri pada tahun ini.

Bantuan ini akan diberikan kepada 5 kategori iaitu Orang Miskin, Golongan Warga Emas berumur 65 tahun keatas, Orang Kurang Upaya dan Ibu Tunggal atau Duda. Mereka pula mestilah berpendapatan RM 1500.00 ke bawah. Kesemua mereka akan menerim bantuan sebanyak RM 300.00 hingga RM 400.00 seorang.

Kesemua 22 buah kampung di DUN Bukit payong akan mendapat manafaat ini. Jumlah penerima pada tahun ini ialah seramai 4136 orang. Kerajaan akan mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM 1.2 juta untuk DUN Bukit Payong sahaja.

Bagi daerah Marang pula seramai 15,637 orang akan menerima agihan dana hari raya ini dengan perbelanjaan lebih kurang RM 4,807,600 juta, manakala bagi seluruh negeri Terengganu seramai 165,883 orang akan menerima rezeki Idul Fitri dengan kos keseluhuran lebih kurang RM 50,572,200 juta.

Dengan bantuan ini , adalah diharapkan ia akan mengurangkan beban mereka yang susah yang yang tidak bernasib baik. Sekurang kurangnya ia dapat digunakan untuk membeli pakaian anak anak kita. Sebagai ibu bapa, kita mahu melihat anak anak kecil yang masih belum mengerti kesusahan ibu bapa bergembira dengan pakaian baru menyambut hari raya ini. Selain itu bantuan ini juga boleh digunakan untuk lain lain keperluan untuk kebahagiaan keluarga masing masing.

Inilah kesungguhan nasib kerajaan meringan beban rakyat. Kerajaan Barisan telah melaksanakan segala galanya untuk faedah rakyat Terengganu. Kerajaan tidak ajak rakyat pergi berperang menggalas senjata dengan bantuan ini. Hanya satu sahaja pinta kerajaan supaya rakyat mengundi Barisan Nasional dalam setiap kali pilihanraya.

Insyallah jika rakyat terus memberi keprcayaan ini, rakyat akan terus mendapat pembelaan dari kerajaan.

Fikir fikirkanlah
Posted by Zaidi bin Muda at 7:48 AM 3 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Al Fatihah Buat Allahyarham Dr. Ismail Salleh

Salam bologgers

Malam Ramadhan yang mulia ini marilah kita sama sama sedekahkan bacaan al Fatihah dan takziah ke atas ahli keluarga dan sanak saudara pakar Ekonomi, Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh yang telah kembali ke rahmatullah.

Allahyarham dilaporkan meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura dan disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Singapura sebaik tiba di hospital itu pada kira-kira pukul 8 pagi.

Allahyarham Dr Ismail, 61, telah mencipta sejarah sebagai Senator pertama dilantik daripada kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan di Malaysia meninggalkan enam orang anak.

Allahyarham juga ialah bekas Timbalan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS) dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.

Beliau yang dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 2 September 1947 pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya di bidang pengajian antaranya anugerah Guiness Book of Records sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat ijazah Doktor Falsafah.

Sesungguhnya sumbangan Allahyarham kepada Negara tidak ternilai biarpun dikategorikan dalam kategori OKU. Justeru, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas Allahyarham dan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman – Al-Fatihah.

Posted by Zaidi bin Muda at 7:30 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

25 August 2009

Ramadhan Bulan Muhasabah Diri & Menunduk Hawa Nafsu

Alhamdulillah, hari ini 5 Ramadhan 1430H. Ini bermakna sudah 5 hari kita menunaikan ibadah puasa. Sepanjang 5 hari yang lepasa saya juga sempat mengunjungai pasar pasar ramadhan. Kelihatan begitu ramai peniaga peniaga dan pembeli yang membeli juadah berbuka puasa .

Waktu iftar atau berbuka puasa adalah satu daripada dua masa yang menggembirakan setiap umat Islam yang berpuasa. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan. Pertama, kegembiraan ketika berbuka dan kedua, kegembiraan ketika menemui Tuhannya." Dalam kegembiraan kita berbuka puasa berasa keluarga, kita tidak seharusnya leka dan boros semasa membeli makanan.

Ibadah puasa yang kita jalankan ini banyak hikmahnya. Walau pun kita tidak makan sehari suntuk , tetapi bila berbuka ia cukup hanya dengan sekadar air, tamar dan sidikit kuih. Hikmahnya kita sudah terasa kenyang. Jika kita fikir memang tidak cukup dengan kita berlapar satu hari, makan sedikit sahaja sudah terasa cukup.

Ibadah puasa sebenarnya boleh menjimatkan pebelanjaan harian keluarga. Memang pada siang hari, kalau boleh semua benda kita nak makan. Itu hanya hawa nafsu kita sahaja. Allah berfirman yang bermaksud, "Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada tuhannya" – (Surah Al-Isra, 27). Ini suatu gambaran yang amat keras kerana syaitan itu makhluk yang paling ingkar terhadap perintah Allah.

Berhubung larangan pembaziran ini juga, Rasulullah SAW bersabda di dalam hadisnya yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah telah mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, enggan memberi sedekah miliknya tetapi meminta-minta milik orang lain dan ditegah ke atas kamu tiga perkara, iaitu mengada-adakan cerita, banyak bertanya dan membazirkan harta." (Riwayat al-Bukhari)

Selepas berbuka, kita akan dapati berlaku pembaziran kerana banyak lauk pauk yang tidak habis dimakan akibat pemborosan yang dilakukan pada siang hari. Keinginan untuk membeli pelbagai jenis kuih, lauk dan minuman kadangkala agak keterlaluan. Bagaimana ruang perut manusia yang begitu sempit dapat dimasukkan semua jenis makanan dan minuman yang dibeli itu sekali gus.

Maka baki atau lebihan makanan dan minuman yang dibuang sebab tidak terdaya dimakan itulah yang dikatakan pembaziran. Kalau kita makan terlalu banyak maka kita dok rok (Letih). Akibat dari itu kita akan meninggalkan solat terawih. Maknanya kita sentiasa dalam keletihan dalam bulan Ramadhan ini. Siang hari letih kerana lapar, manakala malam hari pula letih kerana kenyang. Ini lah yang perlu dielakkan.

Perkara penting harus diingat ialah, ada sahabat sahabat dan rakan taulan kita yang mungkin tidak mampu untuk menyediakan juadah berbuka puasa. Mereka juga ingin berbuka dengan makanan yang enak dan lazat, namun oleh kerana kesukaran dan kedhaifan hidup mungkin mereka berbuka dengan ala kadar sahaja. Ingatlah kepada mereka. Dengan itu mudah mudahan kita menjadi manusia yang sentiasa berfikir dan bersyukur.

Fikir fikirkanlah
Posted by Zaidi bin Muda at 8:29 PM 2 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

52 Tahun Merdeka

Salam bolggers

Dalam kesibukan kita berpolitik yang dihuru harakan oleh pembangkang, kita seakan akan lupa dengan kedatang hari yang bersejarah kepada iaitu Hari Kemerdekaan negara yang ke 52. Alhamdulillah kita masih dapat hidup sejahtera dalam Malaysia merdeka tanpa dihimpit masalah yang besar besar.

Negara telah dihimpit oleh kuasa penjajah selama 446 tahun. Ia adalah satu jangka masa yang sangat lama. Pelbagai pengajaran telah kita perolehi semasa era penjajahan tersebut.

Namun demikian jika kita tidak berwaspada dan bermain main dengan isu sensitif, adalah tidak mustahil kita akan mengundang padah dan membawa kedurjaan serta kehancuran masyarakat kita.

Dengan nikmat kemerdekaan kita dapat bergerak bebas. Orang tidak mengahalang kita. Setiap warganegara ada haknya. Kita tidak takut walau pun dimalam hari.

Kita dapat bekerja dan mendapat gaji. Ada yang berpendapatan lumayan dan ada juga berada diperingkat miskin. Semua itu bergantung kepada usaha dan ilmu yang ada.

Kita dapat berkeluarga dan beranak pinak sampai ke cucu malahan lebih daripada itu jika kita dikurniakan umur yang panjang.

Kita dapat makan minum dengan banyak sekali. Oleh sebab itulah tidak kedengaran ada rakyat Malaysia yang mati kerana kelaparan tetapi yang banyak kita dengar ramai rakyat Malaysia yang mati kerana terlebih makan dan dihujani dengan pelbagi jenis penyakit seperti kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dan sebagainya.

Kita juga bebas mengamalkan ajaran agama masing masing. Islam sebagai agama yang syumul tidak pernah memaksa seseorang untuk meninggalkan agamanya dan memeluk agama islam tanpa kerelaan hatinya sebagaimana Firman allah dala surah Al Baqarah (256) yang bermaksud

" Tidak ada paksaan dalam beragama. Sudah nyatalah yang mana benar daripada yang palsu"

Ibadah semua umat dapat didirikan dengan bebas tanpa rasa takut dan bimbang. Masjid dan surau dibina dimerata tempat oleh kerajaan. Begitu juga dengan Kuil dan gereja panganut agama lain. Semua ini tidak akan dapat dicapai tanpa semangat toleransi dan kemerdekaan negara negara.

Begitu juga halnya dalam bidang pendidikan dan keilmuan. Terdapat 9844 buah sekolah dalam negara bagi memberi pendidikan yang terbaik kepada rakyat. Jumlah pelajar sekolah pula mencecah 5,416,924 orang. Keperluan pendidikan tinggi pula dipertingkatkan dengan kewujudan 20 IPTA , 24 buah Politeknik dan 456 Kolej swasta diseluruh negara. Jawatan guru dan pensyarah pula mencecah 400 ribu orang. Inilah kesungguhan kerajaan menjana ilmu untuk rakyat dinegara Malaysia Merdeka. Hasilnya rakyat telah dapat menikmati kesenangan dan kemehawan hidup hasil daripada ilmu yang diperolehi ini. Alhamdulillah.

Dalam bidang politik adalah penentu segalanya. Mana mungkin segala perancangan dapat dilaksanakan jikan suasana atau iklim politik negara tidak stabil. Dulu suasana politik negara stabil. Oleh sebab itu perancanagn dapat dilaksanakan dengan baik. Kita dapat lihat dengan jelas bagaimana suasana sekarang. Jika suasana politik dahulu seperti sekarang, saya yakin kejayaan yang kita kecapi tidak akan wujud.

Suasana ini berlaku apabila BN tidak dapat majoriti 2/3 di dewan Rakyat. Kita bayangkan jika dalam pilihanraya akan datang BN hanya menang hanya melebihi 1 kerusi sahaja dari pembangkang. Bagaimana rupa bentuk politik pada masa itu. Suasana kucar kacir akan wujud dalam Malaysia merdeka ini.

Kita mengamalkan konsep perkongsian kuasa dari dulu himgga sekarang. Melayu, Cina, India dan semua bangsa diberi tempat yang sewajarnya bagi membangunkan negara Malaysia merdeka. Kita bersatu dibawah komponen Barisan Nasional. Hasilnya kita telah berjaya sepanjang 52 tahun mentadbir negara ini dengan begitu cemerlang.

Dalam bidang ekonomi pula kerajaan terus giat membantu golongan Bumiputera di arus perdana. Kita semua tahun bahawa ekonomi negara diungguli oleh orang orang cina. Maka tidak hairan lah dari 10 orang yang terkaya di Malaysia, 8 daripadanya adalah orang Cina, 1 melayu dan 1 india.

Pelbagai langkah telah dilaksanakan untuk merapatkan jurang ekonomi diantara kaum di negara kita. Pelbagai agensi diwujudkan untuk meningakatkan bumiputera dalam ekonomi dan perniagaan seperti PNB, Bank Rakyat, SME Bank, UDA, Tekun MARA dan lain lain lagi.

Bagi kita rakyat Malaysia, semua perkara yang disebutkan itu mungkin biasa bagi kita. Kita tak merasai kehebatan itu bahkan kita tidak pernah mensyukuri nikmat tersebut. Kita lahir ke dunia ini dalam keadaan negara yang sudah dilimpahi dengan nikmat. Namun bagi mereka dinegara miskin, perang saudara, pemerintah zalim, bencana alam yang banyak akan terimpi impi untuk berada di sebuah negara seperti Malaysia ini.

Contohnya kita berada di Putrajaya. Bagi Orang Putrajaya, mereka tak merasai kehebatan Putrajaya kerana mereka berada disitu setiap hari. Setiap pagi mereka bangun , mereka akan melihat Bandaraya Putrajaya. Bagi mereka Bandaraya Putrajaya sudah biasa . Tidak ada peliknya berada di Putrajaya.

Namun bagi orang kampung yang baru pertama kali sampai di Putrajaya, Mereka akan rase pelik dan terpegun dengan kehebatan Putrajaya. Kalau boleh di setiap sudut meraka nak ambil gambar sebabagi kenangan kerana mereka tidak pernah berada dialam itu.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan malaysia ke 52.

Fikir fikirkanlah
Posted by Zaidi bin Muda at 6:52 AM 2 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

PAS kekal di Permatang Pasir


Pilihanraya kecil di Permatang Pasir telah berlalu. PAS mengekalkan kerusi DUN Permatang Pasir apabila calonnya, Salleh Man menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman dengan majoriti 4,551 undi. Salleh berjaya memperolehi 9,618 undi manakala Rohaizat pula meraih 5,067 undi.

Pada pilihan raya kecil kali ini, seramai 14,832 atau 73.1 peratus pengundi daripada 20,290 pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Berbanding 16,803 pengundi yang keluar pada pilihan raya umum DUN Permatang Pasir dalam pilihan raya umum Mac 2008. PAS ketika itu yang diwakili Allahyarham Datuk Hamdan Abdul Rahman memperolehi 11,004 undi mengatasi calon BN, Ahmad Sahar Shuib yang mendapat 5,571 undi. Majoriti pada ketika itu ialah 5,433.

Pada kali ini didapati jumlah yang keluar mengundi adalah tidak mencapai sasaran SPR iaitu 80 % keluar mengundi. Dengan kemenangan ini ia tidak memberi apa apa perubahan kepada kerajaan negeri dan juga kepada PAS. PAS akan kekal sebagai dengan 1 kerusi di Pulau Pinang. PAS juga akan kekal sebagai wakil rakyat biasa yang tak punyai apa apa kuasa di Pulau Pinang.

Rakyat nampaknya masih terpukau dengan janji janji manis pembangkang walaupun kita lihat mereka tidak mampu untuk berbuat apa apa. Walau pun PAS menang disini tetapi segala dasar kerajaan negeri terus dimonopoli oleh DAP.

Berikut adalah senarai EXCO Kerajaan Pulau Pinang:

Ketua Menteri : YB Lim Guang Eng (DAP)

Tim Ketua Menteri1 : YB. Tuan Mansor bin Othman (PKR)

Tim.Ketua Menteri 2 : YB. Dr. Ramasamy AL Palanisamy (DAP)

EXCO

: YB. Tuan Chow Kon Yeow (DAP)

: YB. Tuan Lim Hock Seng (DAP)

: YB. Tuan Law Heng Kiang (DAP)

: YB Tuan Phee Boon Poh (DAP)

: YB Tuan Law Choo Kiang (PKR)

: YB Tuan Wong Hon Wai (DAP)

: YB. Paun Ong Kok Fooi (DAP)

Bagaimanapun , terdapat sedikit perubahan dan penambahbaikan sokongan kepada BN di beberapa peti undi kerana sokongan terhadap pembangkang kian merosot. Jika jumlah keluar mengundi melebihi 80%, saya yakin BN akan banyak dapat mengurang majoriti PAS.

Keputusan telah pun dibuat oleh rakyat. Wakil Rakyat yang dipilih mestilah melaksanakan amanah ini dengan baik. Kepada pimpinan UMNO , dengan keputusan pilihan raya kecil berkenaan, semua pihak mesti mengukuhkan parti. Segenap lapisan UMNO di Permatang Pauh mestilah memahami sikap masyarakat, kukuhkan hubungan akrab sesama kita.

wassalam



Posted by Zaidi bin Muda at 6:24 AM 2 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

23 August 2009

Pelbagai Aktiviti Bergambar Menjelang Ramadhan

(Pengagihan wang zakat kepada faqir dan miskin DUN Bukit Payong)
(Antara Panel Forum Perdana Ihya' Ramadhan DUN Bukit Payong)

(YAB Dato' Ahmad said di Program Forum Perdana Ihya' Ramadhan DUN Bukit Payong)


(Penduduk mendapat atap baru bewarna biru)



(Gerakan menukar atap bocor penduduk miskin)




(Penyampaian hadiah Kejohanan Bolasepak Piala Zaidi Muda)





Posted by Zaidi bin Muda at 9:55 PM 1 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

22 August 2009

Nostalgia Berpuasa Zaman Dahulu Kala

Salam bloggers

Sempena tibanya bulan puasa ni , saya teringat berpuasa zaman kanak kanak dan zaman remaja. Puasa zaman kanak kanak ni memang seronok. Saya masih teringat , suasana Kg. Surau Hj. Yaacob dalam tahun 80an. Jalan masih lagi jalan tanah merah. Bila musim kemarau ia berdebu tapi bila musim boh (tengkujuh) ia lecah ( Becak). Inilah masalah utama jalan pada waktu itu.

Biasanya apabila balik sekolah, saya dan mak akan ke pasar Kedai Buluh untuk membeli lauk nasi . Kami akan pergi dengan basikal yang sudah agak buruk. maklumlah rumah kami tak punyai motosikal atau pun kereta.

1 perkara yang saya tidak lupa ialah semasa memproses air tebu di rumah. Oleh kerana nak jimatkan perbelanjaan, ayah saya telah mereka cipta satu alat lebih kurang mesin air tebu lah. tapi sayang saya tidak ada gambar alat tersebut. Petang sebelum berbuka kami adik beradik akan perah air tebu dengan menggunakan mesin ciptaan sendiri. Nak boleh ke satu kole air tebu tu ambil masa 1 jam. Meletihkan tapi cukup seronok.

Solat Terawih juga menyeronokkan pada zaman kanak kanak. Suasana malam pada itu gelap. Masih tidak lampu jalan. Lebih lebih lagi dengan jalan yang sempit dan disekelilingnya dipenuhi dengan rok ( semak samun). Agak meyeramkan jugak bila nak balik ke rumah. Apabila sampai disatu kawasan yang memang gelap iaitu Kg. Tua namanya, Saya akan pecut basikal sekuat kuatnya sambil membaca ayat quran dengan kuat. Bila lepas saja Kg. Tua, Alhamdulillah.

Pada kebanyakan petang Ramadhan, mak pula akan minta saya hantar makanan ke rumah Tok Wan (nenek). Saya pun jalan jalan bulan puasa ni sebab sambil sambil tu kita boleh melencong jumpa kawan kawan. Kalau tak pergi rumah Tok Wan maka payah lah kita nak pergi jumpa kawan kawan. Pada masa tu tak seperti sekarang. Semua kawan kawan pakai basikal je.

Antara peristiwa yang tidak dapat diupai ialah semasa pulang berterawih malam last sekali dengan basikal. dalam susana gelap saya terlanggar seekor lembu yang berada atas jalan. Kebetulan pula lampu basikal tak ada. Lepas langgar lembu terus jatuh dalam baruh ( sawah padi). Yang sedihnya baju melayu yang dipakai pada malam itu ialah baju raya dan baju itu jugalah carit (koyak). Hari Raya tahun tu beraya dengan baju melayu lama lah.

Ayah adalah amil zakat. Apabila hampir dengan Hari Raya, ramai orang datang rumah bayar zakat fitrah . Orang akan bertambah ramai apabila tiba malam raya. Bayar zakat fitrah pada masa itu bukan dengan pitih seperti sekarang. Pada masa itu orang bayar zakat fitrah dengan beras. cuma ada sorang dua je yang bayar dengan wang. Kerja saya pada malam hari raya ialah angkut beras zakat fitrah. memang tak boleh buat kerja lain malam raya ni. Kerjanya angkut beras sahaja. namun suasana dah berubah. kini ramai orang bayar zakat fitrah dengan wang. kini ayah saya pun tidak menjadi amil lagi

Itu sebahagian dari nostalgia berpuasa 25 tahun yang lepas.

Kepada muslimin dan muslimat ; SELAMAT BERPUASA
Posted by Zaidi bin Muda at 7:09 AM 2 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Selamat Datang Ramadhan Al Mubarak



Salam bloggers

Hari ini 1 Ramadhan 1430H merupakan hari pertama umat islam di Malaysia menunaikan ibadat puasa. Kita ucapkan rasa syukur ke hadrat Allah kerana kita masih dipanjangkan umur untuk berjumpa kembali dengan Ramadhan tahun ini.

Persediaan bagi menghadapi Ramadhan ini, sudah tentu dibuat oleh anda semua. Dengan berbekalkan ilmu ini, sudah pastilah Ramadhan pada tahun ini disambut dengan penuh kegembiraan dengan azam untuk menunaikan sebanyak mungkin ibadah ibadah wajib dan sunat.

Bagi warga DUN Bukit Payong saya telah menggerakkan beberapa program khas sempena Bulan Ramadhan ini. Bagi menghadapi Ramadhan pada tahun ini, beberapa siri Ceramah Perdana dan Forum Perdana telah dilaksanakan bagi memberi kefahaman yang jelas kepada masyarakat setempat untuk menerima bulan yang mulia ini.

Ceramah Perdana Ramadhan dan kelebihannya telah dilaksanakan Di Masjid kg. undang pada 14 ogos 2009 dan penceramahnya ialah Y.Bhg UstazMahmud Mat seorang pendakwah yang tidak asing lagi. Kita juga telah melaksanakan Forum Perdana Ihya' Ramadhan pada 20 Ogos 2009 di Dataran Futsal Bukit Payong. Antara ahli panelnya ialah Y.Bhg Ustazah Dato' Siti Nobahyah Mahmood dan Ustaz Kamaruddin Omar manakala pengerusi panel ialah Y.bhg Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid. Forum ini mendapat sambutan yang luar biasa dari masyarakat setempat. Dianggarkan lebih dari 6000 orang hadir. Ia dimeriahkan lagi dengan kehadiran YAB Dato Menteri Besar Terengganu sendiri.

Bersempena Bulan Ramadhan juga , Kerajaan Negeri telah menyumbangkan sebanyak
RM 1000.00 setiap Masjid manakala bagi Surau pula Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 300.00 sebuah surau. Bantuan ini adalah bagi tujuan aktiviti yang akan dianjurkan oleh masjid dan Surau tersebut.

Selain itu pihak kerajaan juga menusun jadual kuliah subuh disemua masjid dalam Bukit Payong. Kuliah subuh ini akan diadakan pada setiap pagi jumaat dan sabtu. Adalah diharapkan para jemaah akan memenuhi ruang masjid dan surau bagi mengikuti kuliah berkenaan.

Bagi menandakan rasa syukur kerajaan negeri , YAB Dato' Ahmad bin Said Menteri Besar juga telah mengagihkan buah kurma dan air zam zam ke setiap rumah dalam negeri Terengganu. DUN Bukit Payong telah mengagihkan ke semua rumah yang berjumlah hampir 8000 buah. Agihan telah dibuat melalui JKKK kampung masing masing.

Umat islam sudah pastilah akan berlumba lumba menegrjakan ibadah dibulan yang mulia ini. Banyak lagi program program yang telah diatur oleh masjid di seluruh DUN Bukit Payong seperti Tadarus Al Quran, Qiamullail, Majlis Berbuka Puasa, Khatam Al Quran, Sambutan Nuzul Quran, Program ziarah dan sebagainya lagi.

Inilah nikmat yang kita kecapi dalam sebuah negara merdeka seperti Malaysia. Kepada seluruh Umat Islam khususnya warga DUN Bukit Payong, saya ucapkan selamat menjalani ibadah puasa
Ramadhan. Bagi warga Bukit payong yang berada di per

antauan saya juga ucapkan selamat berpuasa. kalau berkesempatan tu pulanglah berpuasa bersama ibu bapa dan sanak saudara tercinta. Mudah mudahan terubat juga rindu mereka terhadap anak anak.

Kita juga panjatkan doa semoga Allah terus merahamati kita di bulan yang penuh berkat ini.

wassalam
Posted by Zaidi bin Muda at 6:21 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

12 August 2009

Rezeki Melimpah Di Ambang Ramadhan.


Salam bloggers

Pagi ini saya banyak menyelesaikan kerja kerja dan bertemu rakyat di Pusat Khidmat Masyarakat Bukit Payong. Seperti biasa rakyat yang memerlukan bantuan akan datang ke pejabat ini saban waktu. Mana yang boleh diselesaikan, kami di Pusat Khidmat Masyarakat akan cuba selesaikan dengan seberapa segera. Inilah piagam pelanggan kami di Pusat khidmat Masyarakat DUN Bukit Payong.

Dalam kesibukan bertemu rakyat, saya terlihat senarai penerima bantuan zakat sempena kedatangan bulan Ramadhan dan Idul Fitri tidak berapa lama lagi. Dalam hati saya terdetik, ohhh, sesungguhnya terlalu banyak nikmat yang dikecapi oleh insan diatas muka bumi ini ya Allah, kadang kadang hamba mu sahaja yang kurang bersyukur. Ini lah kesan dari kemakmuran dan kestabilan politik negara Malaysia. Mungkin nikmat ini tidak dapat dirasai oleh sahabat handai kita negara lain.

Alhamdulillah, kedatangan bulan Ramadhan yang berkat ini, memberi rahmat yang cukup besar kepada Faqir dan orang orang miskin khususnya di DUN Bukit Payong. DUN Bukit Payong akan mengagihkan bantuan zakat ini pada 18 Ogos 2009 di Masjid Pekan Bukit Payong mulai jam 9 pagi.

Insayallah seramai 532 orang yang dikategorikan sebagai faqir akan menerima bantuan tersebut dan seramai 809 orang yang dikategorikan sebagai miskin juga akan menerima bantuan zakat pada hari yang sama. Ini bermakna seramai 1341 orang akan menerima bantuan wang tunai sebanyak RM 250.00 seorang. Pihak MAIDAM akan membelanjakan sebanyak
RM335,250.00 untuk DUN Bukit Payong sahaja.

Bantuan ini sudah pastilah memberi kelegaan kepada orang org miskin. Mereka akan menggunakan bantuan zakat ini sebagai perbelanjaan sepanjang bulan puasa dan Hari Raya Idul Fitri. Insyallah dengan bantuan ini, tidak ada insan di kampung kita yang akan merasa tersisih kerana kemiskinan, tidak ada yang akan rase susah hati kerana tidak cukup wang untuk berpuasa dan berhari raya tahun 1420H ini.

Selagi kudrat kerajaan BN masih ada, rakyat akan terus dibela.

wassalam
Posted by Zaidi bin Muda at 8:46 PM 7 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

11 August 2009

Pelajar Form 6 Dapat Durian Runtuh

Salam bloggers

2 hari lepas iaitu pada 11/08/2009 saya menghadiri Majlis Perasmian Bangunan Al Farabi Kolej TESDEC dan majlis pemberian saguhati kepada pelajar tingkatan 6 sekolah sekolah Daerah Marang yang disempurnakan oleh YAB Dato' Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu di Kolej TESDEC Bukit Kor, Marang.

Pelajar form 6 Terengganu amat bertuah kerana rakan rakan mereka di negeri lain tidak dapat menikmati kemudahan ini. Pada hari ini seramai 250 orang pelajar form 6 Daerah Marang menerima pemberian dari kerajaan negeri sebanyak RM 1000.00 seorang. Ini bermakna kerajaan membelanjakan sebanyak RM 250,000.00 untuk Dearah Marang. Bantuan ini bukan hanya diberi kepada pelajar Marang sahaja tetapi kepada semua pelajar Tingkatan 6 di seluruh negeri Terengganu.

Adalah diharapkan dengan bantuan ini akan dapat meringankan beban ibu bapa pelajar terbabit. bantuan ini boleh digunakan untik membeli buku dan bahan bahan rujukan yang lain. Ini komitmen Kerajaan bagi memberi semangat kepada pelajar untuk belajar bersungguh sungguh mencipta keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM Nanti.

Ini membuktikan kesungguhan Kerajaan Barisan Nasional membantu pelajar berusaha lebih gigih dan dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Pelajar yang cemerlang ini diharap akan dapat berbakti kepada negeri tercinta ini di masa depan. Kerajaan Terengganu membelanjakan puluhan juta ringgit setahun bagi menjana pendidikan Terengganu. Oleh sebab itulah Terengganu mendapat johan dalam peperiksaaan UPSR selama 8 tahun berturut turut

Dalam ucapan tersebut, Dato' Ahmad berkata, hanya satu permohonan kepada rakyat iaitu mengundi Barisan Nasional dalam pilihanraya yang akan datang. Kita tak ajak rakyat pergi berperang, cuma harapan kita ialah rakyat akan menyokong BN dalan pilihanraya yang akan datang. Insyallah kerajaan yang ada akan terus membela nasib rakyat Terengganu.

Alhamdulillah


Posted by Zaidi bin Muda at 5:35 AM 2 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

10 August 2009

PR Selangor tidak layan PAS

Salam bloggers

Saya terkejut besar apabila YAB Menteri Besar Selangor menolak tuntutan PAS Selangor agar menggugurkan YB Ronnie Liu sebagai Exco Kerajaan Tempatan Selangor. Apa yang berlaku sebaliknya ialah MB mengarahkan semua pihak agar tidak mengeluarkan apa apa kenyataan terhadap isu berkenaan.

YB Ronnie Liu dikatakan telah mencampuri urusan Majlis Bandaraya Shah Alam dengan Mengarahkan MBSA memulangkan kembali 70 tin bir yang dirampas daripada sebuah kedai runcit di Seksyen 8 dan mengarahkan MBSA memohon maaf kepada kedai terbabit. PAS mendesak agar bir ini tidak dijual dikawasan majoriti Orang Islam.

Dalam hal ini nampaknya PAS hanya mampu berkokok sahaja, sedangkan tidak berkuasa menghalang walaupun berada dalam perkongsian kuasa dalam Pakatan Rakyat. Kalau masa sebelum menang dulu PAS kata, kita akan tutup kilang arak, haramkan penjualan arak. Nah,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, sekarang sudah ada kuasa, ayuh lakukan segera. Kalau setakat 70 tin arak pun tak boleh nak hapuskan, ini kan pula sebuah kilang arak.

Saya juga cukup terkilan kerana nampaknya hanya PAS Selangor sahaja yang bersungguh sungguh dalam soal ini. Mana perginya Tuan Tuan Guru pimpinan PAS yang lain. Tidak ada ulasan langsung. Masing masing membisu seribu bahasa. Mungkin mereka takut. Entah lah..........................

Percayalah rakyat Malaysia sekalian, Islam tidak akan tertegak selagi PAS saing (Berkawan) dengan PKR Dan DAP kerana kedua dua parti ini anti kepada islam. Bayangkan kalau mereka menang pun. Bagaimana PAS nak tegakkan islam. Contoh yang paling ketara ialah soal arak 70 tin ini pun tak boleh selesai. Inikan pula soal yang lebih besar.

Saya kurang yakin, MB Selangor berani melucutkan jawatan Ronnie Liu dan menghadkan penjualan arak walaupun kerajaan negari berkuasa keatas perlesenan permis arak, judi, hiburan dan lain lain lagi. PAS terima lah hakikat bahawa ia adalah rakan terkecil dalam PR Selangor dengan hanya 8 kerusi berbanding PKR 15 dan DAP 13. Lagi pun Wakil Rakyat beragama islam PR lebih kecil daripada bukan islam iaitu - 17 islam lawan 19 bukan islam.

Nampaknya PAS akan terus terpinggir dalam hal ini dan akan terus mengalah. Ini lah nasib PAS.
Saya cabar PAS kalau ia betul betul perjuangkan islam mereka mestilah keluar dari Pakatan Rakyat yang tidak akan memperjuangkan islam. Sedarlah wahai umat melayu islam. Mari kita pakat sokong UMNO lah pulakkkkk.

Fikir fikirkan lah
Posted by Zaidi bin Muda at 2:30 AM 1 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

08 August 2009

Gerakan Menukar Atap Rumah


Salam bloggers.

Rakyat DUN Bukit Payong amat bertuah kerana di ambang Ramadhan dan selepas itu kita akan menyambut Hari Raya Idul Fitri, sekali lagi kerajaan Barisan Nasional Terengganu mengotakan janjinya kepada rakyat. Janji BN bukan janji kosong. Rakyat yang miskin dan susah akan mendapat pembelaan dari Barisan Nasional.

Pejabat Pembangunan DUN Bukit Payong melalui kerjasama JKKK telah mengenal pasti 110 buah rumah dalam DUN Bukit Payong yang mana atapnya bocor (Org Terengganu panggil tiris). Atap rumah mereka akan ditukar dengan atap asbastos bewarna biru untuk menambahkan keceriaan. Gerakan menukar atap ini akan bermula minggu ini dan dijangka akan selesai sebelum Idul Fitri menjelang.

Kita juga akan menggantikan kayu yang reput dengan kayu baru agar atap yang dipasang benar benar selamat kepada penghuni rumah. Adalah dijangka dalam masa 5 tahun akan datang tidak ada lagi rumah rumah di DUN Bukit Payong dan di Terengganu yang bocor dan uzur. Kepada yang tidak terpilih pada tahun ini harap bersabar. Insyallah kita akan gantikan pada tahun hadapan.

Dengan atap baru ini, kita harap rakyat akan selesa untuk menyambut bulan Ramadhan yang akan menjelang tidak berapa lama lagi. Disamping itu, Hari Raya Idul Fitri juga akan disambut dengan lebih ceria. Apa yang lebih penting lagi ialah kita kan menghadapi musim tengkujuh hujung tahun ini dengan senyuman kerana atap sudah tidak bocor lagi.

Insyallah, selagi rakyat Terengganu memilih Barisan Nasional, kita akan terus membela nasib rakyat. Kita ucapkan terima kasih kepada YAB Dato' Ahmad Said diatas keprihatinan beliau terhadap rakyat.

Alhamdulillah syukur pada Allah, Terima Kasih Kerajaan Terengganu.
Posted by Zaidi bin Muda at 8:34 PM 3 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

07 August 2009

Selamat Bersidang UMNO Bahagian Marang.


Salam bloggers

Hari ini 08 Ogos 2009, sekali lagi UMNO Bahagian Marang akan Bersidang di dewan IKBN Wakaf Tapai. Kepada semua perwakilan cawangan yang terpilih ke Persidangan Bahagian, saya ucapkan tahniah kepada mereka. Persidangan ini akan di rasmikan oleh YB. Dato' Husni Hanazlah Bendahari UMNO Malaysia merangkat Menteri Kewangan 1 Malaysia.

Bagi UMNO Bahagian Marang, Persidangan hari ini harus menjadi titik mula untuk perjuangan yang lebih mencabar. Kita akui kekalahan kita bagi Parlimen Marang sendiri dan 2 DUN iaitu DUN Bukit Payong dan DUN Rhu Rendang. UMNO / BN hanya menag di kerusi Alor Limbat dan Pangkalan Berangan sahaja.

Tugas untuk merampas DUN Bukit Payong dikira lebih cerah kerana kawasan ini, BN hanya kalah tipis iaitu sebanyak 115 undi sahaja. Begitu juga bagi Parlimen Marang kerana pada pilihanraya 2004 BN melalui calonnya iaitu Dato' Hj. Abdul Rahman Bakar berjaya mengalahkan Presiden PAS. Manakala bagi DUN Rhu Rendang agak sukar kerana sudah 5 penggal PAS menguasai DUN ini.

Semua ahli dan kepimpinan bahagian sudah sepatutnya kembali bersatu dalam saf agar usaha untuk menawan kerusi tersebut dapat dimudahkan. Pilihanraya ke 12 telah banyak memberi pengajaran kerana kita dikejutkan dengan kekalahan yang teruk dan kehilangan beberapa buah negeri.

Pada asasnya walaupun BN masih lagi berkuasa tetapi kita sudah ketinggalan sokongan yang agak ketara. Dalam pilihanraya tersebut, BN menang 140 kerusi parlimen dan 305 kerusi DUN, manakala Pakatan Rakyat telah mencapai kemenangan yang besar iaitu 82 kerusi parlimen dan 196 kerusi DUN.

Akhirnya, kita menaruh harapan yang tinggi supaya kebersatuan antara kita semakin padu bagi memastikan kita menang dalam pilihanraya ke 13. Jangan ada dintara kita yang sudah berkira siapakah calon dalam pilihanraya akan datang. Sekarang adalah masa untuk kita tumpu kepada usaha untuk menaruh keyakinan rakyat terhadap perjuangan UMNO.

HIDUP UMNO , HIDUP UMNO , HIDUP UMNO

Selamat Bersidang

wassalam
Posted by Zaidi bin Muda at 10:02 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

03 August 2009

Tingkatkan Amalan Di Bulan Syaaban


Salam bloggers

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah kerana masih lagi memberi kekuatan kepada saya melontarkan idea dalam blog ini. Rasanya sudah banyak pandangan saya berkaitan dengan politik negara dan masyarakat kita. Semuanya berlaku juga dengan kehendak yang maha kuasa.

Hari ini ( selasa) kita telah melangkah ke 13 Syaaban 1430H. Masa begitu pantas berlalu meninggalkan kita. Pepatah arab ada mengatakan, " Masa itu ibarat pedang, Jika kamu tidak memotongnya maka dia akan memotong kamu".

Bulan Rejab telah berlalu meninggalkan kita. Ini bermakna latihan pertama untuk memasuki Ramadhan telah pun berlalu. Mungkin ada dikalangan kita telah berjaya melatih diri dengan pelbagai amalan seperti memperbanyakkan bacaan Al Quran,Qiamullail, Berzikir dan sebagainya.

Sebahagian dari kita terlupa dengan bulan bulan penting ini. Kadang kadang kita lebih peka kepada tarikh lain seperti mega sale/ jualan murah dan sebagainya. Ada juga dikalangan kita yang telah siap sedia dengan baju raya sedangkan Ramadhan bulan mulia yang kita akan sambut tidak berapa lama lagi , kita buat endah tak endah sahaja.

Begitu juga di bulan Ramadhan, Minggu pertama sembahyang terawikh penuh dengan jemaah, alhamdulillah. Apabila tiba minggu kedua masih dapat bertahan, namun minggu terakhir sebahagian jamaah tersebut telah hilang sedangkan 10 terakhir ini lah seharusnya kita berebut rebut melaksanakan amal ibadah kerana adanya malam Lailatul Qadar. (Malam yang lebih baik dari 1000 bulan)

Syaaban adalah bulan yang mulia dan sentiasa dinanti natikan oleh insan yang mempunyai mata hati. Allah memberi jaminan bagi orang yang bertaubat dalam bulan Syaaban bakal meraih kejayaan pada bulan Ramadhan. Oleh kerana itulah bulan ini dinamakan Syaaban kerana terpecah daripadanya kebaikan yang banyak.

Antara peristiwa penting berlaku dibulan Syaaban ialah pertukaran arah kiblat umat islam dari Baitul Maqdis ke Makkah Al Mukarramah. Inilah peristiwa yang sentiasa ditunggu oleh Rasulullah yang amat mengharapkan pertukaran arah kiblat ini. Perubahan kiblat ini berlaku pada hari selasa 15 Syaaban.

Pada bulan ini juga ditentukan segala umur makhluk Allah, Sabda Rasulullah yang bermaksud ,
" Sesungguhnya Allah mencatat pada bulan syaaban bagi setiap jiwa yang akan mati pada tahun tersebut. Maka aku suka ajalku datang kepada ku ketika aku sedang berpuasa" Oleh sebab itu Rasulullah banyak melakukan ibadah puasa sunat dalam bulan syaaban".

Demikianlah istimewanya bulan Syaaban kepada kita. marilah kita sama sama berdoa moga kita dipanjangkan umur dan diberi kekuatan untuk melaksanakan ibadah dibulan yang mulia ini.

Wassalam
Posted by Zaidi bin Muda at 6:58 AM 2 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

01 August 2009

Pahlawan, Jasa Dan Pengorbanan Mu Amat Dihargai

Salam bloggers

Saya mengambil kesempatan ini ini ucapkan terima kasih kepada yang memberi komen terhadap tulisan dan pandangan saya dalam blog ini.

Dalam kekalutan politik dan demontrasi yang berlaku di sana sini, kita seakan akan lupa kepada jasa dan peranan yang dimainkan oleh pasukan keselamatan dalam memastikan keamanan sentiasa terjamin. Sebagai rakyat Malaysia, saya cukup kesal dengan demonstrasi pemansuhan ISA yang berlaku kelmarin (2 Ogos 2009). Insan yang berdemontrasi ini seolah olah lupa bahawa ia telah menyusahkan warga kota lain yang ingin menggunakan masa hujung minggu untuk bersiar siar bersama keluarga tercinta.

Kebetulan pada petang kemarin saya menelefon rakan lama saya , semasa saya bekerja di Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia, beliau beritahu saya yang beliau dan keluarga terperangkap dalam Pasaraya Sogo kerana pasaraya itu ditutup akibat demonstrasi yang berlaku. Beliau juga memberitahu saya , banyak pusat perniagaan lain sekitar Sogo ditutup. Tindakan orang yang tidak bertanggungjawab ini telah menyusahkan orang ramai.

Saya sebenarnya tidak mahu membicarakan tentang demontrasi tersebut. Pada kali ini saya nak mengajak sahabat sahabat sekalian untuk merenung sejenak bahawa keamanan yang kita kecapi sehingga hari ini adalah kerana pengorbanan dan jasa para pahlawan kita. Angkatan Tentera dan Polis telah banyak berjasa kepada rakyat Malaysia. Ramai dikalangan mereka telah terkorban, cedera parah dan ada yang mengalami kecederaan kekal sehingga saat ini berjuang demi rakyat dan negara tercinta.

Oleh sebab itu rakyat cukup marah apabila Ketua Pembangkang saudara Anwar Ibrahim, menyarankan agar Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia. Perasaan para pahlawan cukup terguris kerana Chin Penglah yang menyebabkan mereka, anggota keluarga mengalami kesengsaraan hidup . Mereka bertarung dengan maut untuk menghapuskan komunis di dalam hutan demi menyelamatkan negara tercinta jatuh ke tangan komunis durjana.

Begitu juga dengan polis yang bertungkus lumus siang dan malam bagi menghadapi jenayah yang semakin hebat pada hari ini. Ada juga diantara mereka mati ditembak penjenayah, ada yang mengalami kecederaan semasa menjalankan tugas dan macam macam lagi dugaan yang mereka alamai. Semua ini dilakukan demi rakyat malaysia tercinta.

Tahniah kepada Kerajaan kerana sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan yang mereka laksakan. Baru baru ini seramai 97 anggota pasukan keselamatan yang dikurniakan pingat kebesaran negara menikmati kenaikan elaun mulai 1 Julai lalu sebagai menghargai pengorbanan mereka mempertahankan negara.

Bagi penerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P) akan menerima RM2,000 sebulan berbanding RM400 manakala penerima Pingat Gagah Berani (PGB) menerima kenaikan daripada RM300 kepada RM1,500 sebulan.

Langkah kerajaan menaikkan kadar Elaun Kenangan ini semata-mata untuk menghargai jasa dan pengorbanan mereka walaupun ia tidak boleh dinilai dengan wang ringgit.
Selain penerima pingat S.P dan PGB, kerajaan juga tidak melupakan anggota-anggota keselamatan yang dikurniakan pingat oleh kerajaan British.

Kenaikan kadar Elaun Kenangan sebanyak 500 peratus adalah hadiah paling berharga kepada bekas anggota pasukan keselamatan yang dikurniakan pingat kebesaran negara sempena Hari Pahlawan tahun ini.

Beginilah sikap prihatin kerajaan di Bawah Pimpinan YAB Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak. Tahniah YAB Dato' Sri.

Saya dan seluruh kepimpinan UMNO & BN DUN Bukit Payong mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pahlawan .

Wassalam
Posted by Zaidi bin Muda at 8:59 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Contributors

  • Unknown
  • Zaidi bin Muda

Catatan Perjalanan ZM


Undian

Get your own Poll!
Powered by Blogger.

Popular Posts

  • 13 Mei 1969, Pengajaran Amat Bernilai.
    Peristiwa 13 Mei 1969 Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi i...
  • Bukit Payong akan terus dibela.
    Salam bloggers Setelah sekian lama, saya menyepi diri dalam arena blog ini. saya mohon maaf kerana lama dah tidak update blog ini lantaran k...
  • Perlantikan baru, Transformasi Politik
    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kekal mengetuai UMNO Selangor manakala timbalannya ,Tan Sri Muhyiddin Yassin di Wilayah Persekutu...
  • Kenapa Selangor takut kepada Dato' Khusrin.
    Salam 2 all. Kerajaan Selangor sekali lagi porak peranda gara gara perlantikan Dato' Mohamed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan...
  • PIBG SMK Sultan Mansor
    Salam. Pada 04/05/2009 yang lps saya buat pertama kali mempengerusikan mesy. AJK PIBG SMK Sultan Mansor yang pertama. Saya ucapkan terima ka...
  • Petani moden
    Salam 2 all Pada hari ini saya menghadiri majlis perasmian mini estet padi peringkat negeri Terengganu. Terlebih dahulu saya ucapkan terima ...
  • Anak Terengganu Nelang Lagi.
    Tahniah buat pasukan Malaysia yang menjuarai kejohanan Piala Suzuki baru baru ini menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2. Kejayaan ini su...

Facebook

Twitter

Sahabat Blog

  • The Scribe A Kadir Jasin
    1 year ago
  • WARKAH PROF DATO DR SIDEK BABA
    [ REMAJA ] 1. Pelajar penyokong reformasi? -- Kesedaran politik tidak bermakna aktif berpolitik - Dr. Sidek 2. Zaman remaja permulaan baik untuk...
    5 years ago
  • RIDHUAN TEE
    *Pilihan raya PBT, siapa untung siapa rugi* *KERAJAAN jangan sama sekali tunduk desakan ultra kiasu untuk mengadakan pilihan raya PBT. Kawasan bandar akan ...
    5 years ago
  • Dato' Seri Haji Ahmad Said
    Tahniah kepada mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) berkuat kuasa se...
    5 years ago
  • Legasi Tamingsari
    1. Biru muka perokok tegar apabila kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia mewartakan bermula Januari 2019 maka larangan merokok di tempat awam t...
    6 years ago
  • Minda Tajdid
    Oleh: Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin 1. Ramai yang agak terkejut apabila melihat beberapa tokoh memulakan pendekatan dakwah yang berbeza d...
    6 years ago
  • Saifuddin Abdullah
    PETALING JAYA: An official statement on Pakatan Harapan’s registration as a coalition is set to be made on Thursday (May 17). Pakatan Harapan secretariat...
    7 years ago
  • Badut Rakyat
    Apa sahaja akan dibuat oleh DAP bagi hancurkan terus parti PAS.Sudah ditubuh parti PAN untuk lawan PAS.Tidak cukup dengan itu,PKR pula dipecahkan sesama...
    7 years ago
  • ZULKIFLI BIN NOORDIN
    *Bersama Syeikh Yusuf Abu Sunainah - Imam Masjid Al-Aqsa As-Syarief, Baitula-Maqdis* *AL-AQSA MENANGIS DARAH!!!** *Al-Aqsa* *Bumi para anbiya* *Kelahir...
    9 years ago
  • Yusri Mohamad | Laman Utama
    Siyasah Syar`iyyah Sebagai Instrumen Memelihara Keutuhan dan Kestabilan Negara Dr. Yusri bin Dato’ Mohamad Muqaddimah Tulisan ringkas ini akan cuba mengup...
    13 years ago
  • PAPA GOMO
  • chedet.cc/blog/
  • Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu
  • Khairy Jamaluddin
  • Agenda Daily: Real News For New People

Akhbar Dalam Talian

  • Kosmo Online
    Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata
    7 years ago
  • The Malaysian Insider :: ALL
    Terima kasih rakyat Malaysia
    9 years ago
  • RSS Sinar Harian: Semasa
    Pemandu maut rempuh lembu
    10 years ago
  • Utusan Online
    ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
    10 years ago
  • myMetro
  • Berita Harian Online
  • K o m u n i t i M e l a y u . c o m
  • UMNO Online
  • Malaysiakini
  • Official Site of the Premier League | premierleague.com
  • Buletin Online - Media Informasi Terkini

Kerajaan Malaysia

  • 1 MALAYSIA
  • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
  • Jabatan Perdana Menteri
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • Kem. Pembangunan Wanita & Pembangunan Masyarakat
  • Kementerian Belia Dan Sukan
  • Kementerian Dalam Negeri
  • Kementerian Luar Bandar Dan Wilayah
  • Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Kementerian Sumber Manusia
  • KERAJAAN MALAYSIA
  • PARLIMEN MALAYSIA
  • Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia

Terengganu Dalam Talian

  • Kenyataan Banjir Negeri Terengganu
  • Agensi Anti Dadah Marang
  • Jabatan Perkhidmatan Haiwan Marang
  • Pejabat Pelajaran Daerah Marang
  • Majlis Daerah Marang
  • Pejabat Daerah Marang
  • Kerajaan Terengganu

Feedjit

Shoutbox

Followers

Blogroll

Blog Archive

  • ►  2016 (6)
    • ►  November (1)
    • ►  September (4)
    • ►  February (1)
  • ►  2013 (2)
    • ►  August (2)
  • ►  2012 (5)
    • ►  March (2)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (6)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (84)
    • ►  December (10)
    • ►  November (7)
    • ►  October (4)
    • ►  September (5)
    • ►  August (11)
    • ►  July (5)
    • ►  June (5)
    • ►  May (9)
    • ►  April (2)
    • ►  March (11)
    • ►  February (15)
  • ▼  2009 (112)
    • ►  December (5)
    • ►  November (7)
    • ►  October (13)
    • ►  September (12)
    • ▼  August (18)
      • MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA
      • Macam Macam Perkara Pelik Berlaku Sejak BN hilang ...
      • Kemeriahan Ramadhan Di Bukit Payong
      • Bantuan Khas Hari Raya Idul Fitri Untuk Rakyat DUN...
      • Al Fatihah Buat Allahyarham Dr. Ismail Salleh
      • Ramadhan Bulan Muhasabah Diri & Menunduk Hawa Nafsu
      • 52 Tahun Merdeka
      • PAS kekal di Permatang Pasir
      • Pelbagai Aktiviti Bergambar Menjelang Ramadhan
      • Nostalgia Berpuasa Zaman Dahulu Kala
      • Selamat Datang Ramadhan Al Mubarak
      • Rezeki Melimpah Di Ambang Ramadhan.
      • Pelajar Form 6 Dapat Durian Runtuh
      • PR Selangor tidak layan PAS
      • Gerakan Menukar Atap Rumah
      • Selamat Bersidang UMNO Bahagian Marang.
      • Tingkatkan Amalan Di Bulan Syaaban
      • Pahlawan, Jasa Dan Pengorbanan Mu Amat Dihargai
    • ►  July (14)
    • ►  June (17)
    • ►  May (26)
  • ►  2007 (1)
    • ►  October (1)

Waktu Solat

Warisan

 
Copyright © Zaidi Muda. Designed by InMotion Hosting Review - HostGator Coupon 2012, Costumes 2012, Top Toys