Pages

Subscribe:

29 July 2009

ISA Tak Perlu Dimansuhkan


Salam bloggers.

ISA atau Akta Keselamatan dalam Negeri sudah lama wujud di Malaysia. Mengapa baru sekarang ia sangat heboh diperkatakan. Sesetengahnya mahu akta ini dimansuhkan. Sebagai generasi baru , saya merasakan inilah akta yang telah membawa kemakmuran kepada negara kita. Hasil yang kita dapat dari akta ini, kita dapat hidup dengan harmoni dalam negara yang sangat unik dan berbilang kaum.

Pembangkang seperti DAP, PKR Dan PAS dilihat begitu bersungguh sungguh supaya akta ini dihapuskan. Setakat yang saya tahu akta ini tidak digunakan sewenang wenangnya. Orang yang tidak bersalah tidak ditangkap dan tidak diletakkan disini.

Contohnya saya adalah orang yang tidak bersalah, adakah saya ditangkap dan diletakkan disini. Hanya orang yang boleh mendatangkan bahaya kepada keselamatan negara atau yang menngancam keselamatan negara sahaja yang akan diletakkan disini. Maka tidak ada salahnya akta ini.

Sebenarnya pembangkang mahu mengalihkan perhatian rakyat secepat mungkin daripada perkembangan yang amat ‘menganggu’ mereka itu kepada isu mengenai penghapusan ISA. Mereka mahu membina momentum – bermain dengan sentimen rakyat – terutama orang Melayu supaya menyokong usaha tersebut.

Momentum itu adalah untuk ‘menghalalkan cara’ jika perarakan besar-besaran Gerakan Mansuh ISA (GMI) dari Bangunan Parlimen ke Istana Negara pada 1 Ogos ini (Sabtu ini) mendapat tentangan daripada pihak berkuasa.

Rata-rata orang Melayu dan masyarakat Malaysia sebenarnya menyokong ISA. Mereka faham dan sedar ISA baik untuk mereka dan negara. Mereka sedar rakyat Malaysia memerlukan ISA demi keamanan dan kesejahteraan negara.

Negara perkasa Amerika Syarikat pun mempunyai undang-undang ala-ISA iaitu Akta Patriot (http://en.wikipedia.org/wiki/usa_patriot_act). Tahanan yang disyaki sebagai penganas – yang rata-rata beragama Islam ditahan tanpa bicara di Kem Guantanamo. DAP tidak pernah bising pun? Pas pun sepanjang ingatan kita jarang komen panjang lebar mengenainya? Malah, jiran Singapura pun masih ada dan masih mengamalkan ISA. Rakyat Singapura tidak pernah pun berarak dari bangunan Parlimennya ke Istana Presiden? Rakyat Amerika juga tidak pernah membangkang dan berarak menentang undang undang ini. Persolannya kenapa?. Jawapannya kerana rakyat negara ini faham bahawa undang undang ini lah boleh membawa keamanan hidup kepada mereka.

Amat mengejutkan apabila kajian rambang yang dilakukan oleh Biro Undang-undang Tindakan Siswa Bersatu UKM (TSB) pada tahun 2001 ke atas 100 orang mahasiswa UKM yang menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menunjukkan bahawa kesemua 100% daripada mereka tidak pernah melihat, memegang dan menyelak sehelai demi sehelai Akta 82 tersebut yang keseluruhannya mengandungi 85 seksyen, 4 bahagian, 12 bab dan 3 jadual.’’

Ini menunjukkan Siswa ini hanya terpengaruh dengan ceramah pembangkang sahaja. Kebanyakan mereka tak rujuk pun Undang undang ISA tersebut. Inilah silapnya sikap orang kita. Mereka hanya terpengaruh dengan pidato yang berapi rapi, tapi habuk pun tak ada.

Dalam satu ceramah diadakan di Kampung Datuk Keramat, kampung yang dihuni rata-ratanya oleh orang Melayu. DAP dan konco-konconya bermain dengan api perkauman

Ceramah terbuka itu amat berbahaya. Mereka mengadu-dombakan mengenai isu penghapusan ISA ini. ‘‘Ramai penduduk di sekitar kawasan yang tidak dapat lari daripada mendengar apa yang diucapkan... yang kesemuanya berbentuk tohmahan, hasutan dan kecaman terhadap orang Melayu sama ada secara terus atau tidak, jelas hanya menjemput masalah.

Kita berharap pihak berkuasa dapat bertegas ekoran perkembangan itu. Kami rakyat Malaysia mengharapkan perlindungan pihak polis. Dalam suasana yang tidak menentu sekarang – di mana orang mula bercakap mengenai kekuatan dan superiority bangsa dan kaum masing-masing, ISA amat penting. Kerajaan dan polis harus terus menggunakan akta itu.

Pada saya ISA tak perlu dihapuskan. Ia perlu dipertahankan bagi menjamin keselamatan negara akan berterusan. Kalau kerajaan nak pinda bagi tujuan penambahbaikan untuk memberi keadilan kepada rakyat saya setuju. Kita penuh yakin kerajaan tidak akan menyalahgunakan akta ini bagi tujuan lain. Hasrat kerajaan Barisan Nasioanal ialah untuk melihat kemakmuran dan keselamatan serta keamanan untuk rakyat Malaysia berterusan.

1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Fikir fikirkanlah.


2 comments:

zaki said...

Adakah bila Amerika menyiksa tahanan org Islam dan Singapura menyiksa rakyat tanpa bicara ia menjadi sebab menghalalkan kerajaan BN menyiksa rakyatnya sendiri tanpa bicara... inikah ajaran Islam hadhari?

Anonymous said...

Orang yang takut sebab buat salah la yang beriya2 nak isa dimansuhkan..

Contributors