Pages

Subscribe:

30 June 2009

Debat, Buang Masa Lah


Salam bloggers


Kita sudah lali dengan isu debat yang banyak diperkatakan. Apabila timbul saja isu isu sensitif maka, PAS dengan angkuhnya mengatakan marilah kita berdebat. Adakah debat ini akan menyelesaikan masalah yang akan dihadapi. PAS mungkin banyak berfantasi kerana mereka akan gembira apabila penonton bertepuk tangan, bersorak kerana hujah yang dikemukakan. Debat ini tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi , malah ia akan mewujudkan perpecahan yang lebih parah kerana dalam debat ini masing masing hendak menunjukkan siapa yang lebih hebat.

Kita pun tidak tahu sama ada debat yang dicanangkan oleh Nik Aziz ini betul betul datang dari PAS atau pun atas kapasiti Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan. Apabila diajukan persoalan ini kepada Dato' Seri Abdul Hadi, beliau pula suruh tanya Nik Aziz, bercelaru nampaknya. Disini timbul tanda tanya, macam mane ia dapat menyelesaikan masalah rakyat sedangkan PAS sendiri tidak sependapat dalam hal ini. Mereka pun nampaknya tidak bermusyawarah sesama sendiri. Masing masing membuat kenyataan untuk kepentingan sendiri.

Dalam hal ini, bagi meyelesaikan masalah terutamanya perpecahan dikalangan umat melayu islam dinegara kita, UMNO dan PAS hendaklah mengadakan pertemuan tertutup diperingkat pimpinan tertinggi parti. Duduk dalam tu dan berbincang dengan cara baik bagi meyelesaikan kekusutan yang berlaku. Dengan ini saya yakin masalah yang dihadapi akan dapat diselesaikan sedikit demi sedikit.

Saya bersetuju dengan saranan beberapa org pemimpin UMNO yang meminta supaya Dato' Seri Najib tidak layan kerenah Nik Aziz. Adalah lebih baik kita tumpukan kepada rakyat supaya rakyat berpuas hati dengan prestasi kerajaan. Banyak lagi tugas yang perlu dilaksanakan. Kalau kita ikut ERE sangat ke Nik Aziz maka dok jadi kerja lain lah kita.

wassalam

28 June 2009

Tok Guru Yang Bercelaru



Salam bloggers

Apa sudah jadi dengan mainan politik di Melayu di Malaysia. Saya telah katakan sebelum ini bahawa tuduh menuduh, adu domba, kata mengata akan terus berlaku apabila gagasan Kerajaan Perpaduan gagal dilaksanakan. Dalam masyarakat melayu kita menghormati orang orang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi. Masyarakat akan mudah terpengaruh dengan cakap tok tok guru ini. Namun demikian apabila tok tok guru ini bercakap demi kepentingan politik mereka. Inilah menyebabkan masyarakat jadi punah ranah . Orang yang jahil agama akan terpengaruh apabila tok guru ini menyamakan UMNO dengan komunis dan ajaran sesat Ayah Pin. walau pun ia diucapkan dalam nada sinis.

Adakah UMNO yang bekerja keras selama ini meningkatkan syiar islam disamakan dengan Komunis. sistem pendidikan yang dibuat oleh UMNO LAHHHHHHHHH yang menjadikan tokoh tokoh PAS ini sebagai ulama. Sekolah Agama, Pelajaran Agama Islam, Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam di Universiti, Sistem Pengajian Pondok, Hantar mereka ke belajar agama islam di Universiti terkemuka di luar negara, buat Darul Quran untuk penghafaz Al Quran, beri biasiswa dan perbelanjaan. Kalau tidak ada ini semua mungkin mereka tidak akan bergelar ulamak PAS. Apa yang saya tahu komunis ni anti agama. Tak tahulah kot pemimpin mereka bagi tau kepada pengikut PAS yang komunis sudah berubah dan ingin melaksanakan islam. Saya yakin pengikut mereka akan percaya 100% apa yang Tok Guru mereka bagi tau.

Tok Guru yang diredhai Allah bukan begitu sifatnya. Sahabat sahabat sekalian bacalah sejarah perjuangan Rasulullah. Bagaimana baginda berdakwah, cara hidup baginda, bagaimana baginda menegur kesalahan orang, bagaimana baginda mengatur percakapan dengan orang. Saya perhatikan amat jauh dengan tok guru ni. Kita tak boleh cakap kamu akan masuk neraka, kamu kafir kerana ini bukan ajaran yang diajar oleh islam. Apakah kita yakin kita akan masuk syurga ke. Saya pun tak faham lah dengan gelagak mereka ini.

Saya teringat pada satu ketika dahulu, di negeri Kedah isu orang Umno dikafirkan bukan baru. Itulah inti parti kempen terhadap Umno pada tahun 1969 atas alasan Umno berpakat dengan MCA dan MIC dalam Perikatan. Tetapi sekarang bukan Umno saja yang berpakat dengan bukan Islam. PAS pun dah berpakat dan dengan bukan Islam. Lihat pendirian PAS ni, AMAT BERCELARU . Ia akan jadi halal apabila mereka ada kepentingan politik . Jadi tidak timbul atau tidak kedengaran lagilah soal Umno kafir. Oleh sebab itulah kita jangan mengata orang sebab mungkin pada satu ketika nanti perkara tersebut akan terpalit kepada kita.

Saya amat bersetuju dengan komen Mufti Perak, Orang Melayu jangan taasub sangat dengan ideologi politik dan cakap orang politik. Agama, bangsa dan kelangsungan lebih penting.
Orang bukan Melayu, khasnya Cina, mereka pun berparti. Malah mereka ada lebih banyak parti. Tapi matlamat pokok mereka sama, iaitu kuasa politik dan kuasa ekonomi untuk kaum mereka. Kita pula macam kera sumbang, terhegeh-hegeh malu hendak pertahankan hak kita kerana takut dituduh perkauman.

Fikir fikirkan lah

27 June 2009

Israk & Mikraj, Tiada Alasan Tinggalkan Solat




Salam Bloggers

Masa bergerak deras.Hari ini hari Ahad ,5 Rejab 1430H. Hidup ini dirasai begitu singkat, Hari demi hari beralu pergi, bulan demi bulan datang dan pergi, tahun demi tahun juga datang dan pergi, sedar atau tidak kita sekarang sudah pun berada dalam Bulan Rejab 1430H, sebelum kita melangkah ke bulan Syaaban dan 1agi bulan yang kita tunggu tunggu ketibaannya ilaitu Ramadhan Al Mubarak. Begitulah masa berlalu..............................

Rejab. 1 bulan yang sangat istimewa kepada kita umat islam. kerana ia mengingatkan kita terhadap peristiwa Israk & Mikraj. Pada bulan ini lah Rasulullah diperjalankan dalam peristiwa Israk & Mikraj bagi menerima ibadah yang sangat agung iaitu Sembahyang 5 waktu. Oleh yang demikian kita tiada alasan untuk meninggalkan ibadah agung ini.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Israa' ayat 1 yang bermaksud:

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam) pada malam hari dari Masjidilharam di Mekah ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kekuasaan dan kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".

Peristiwa Israk dan Mikraj merupakan antara mukjizat terbesar Rasulullah S.A.W selepas Al-Quran dan merupakan peristiwa agung dan mulia di mana Rasulullah S.A.W telah diisrakkan dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa dan dari sana Baginda dimikrajkan ke langit. Seterusnya Baginda telah menyaksikan tanda-tanda kebesaran pemerintahan dan kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Dalam peristiwa Israk tersebut, Baginda Rasulullah S.A.W telah diperlihatkan dengan berbagai-bagai kejadian dan peristiwa aneh yang menunjukkan keadaan perbuatan manusia berserta balasan yang bakal mereka terima. Ini adalah sebagai satu ujian kepada manusia terhadap keimanan dan ketakwaan mereka. Dengan demikian mudah-mudahan akan menambah lagi keimanan dan rasa takut untuk membuat kemungkaran.

Dan sebagaimana lazimnya, pada setiap 27 Rejab, kita akan merayakan sambutan Israk dan Mikraj dengan berbagai-bagai majlis ilmu dan keagamaan. Akan tetapi sejauh manakah penghayatan kita terhadap kisah-kisah yang telah diperlihatkan dalam peristiwa Israk dan Mikraj itu? Adalah tidak bermakna dan tidak bererti jika kita hanya memperingatinya sahaja, sedangkan tidak mengambil iktibar dan tidak membawa kepada perubahan yang positif kepada diri kita. Maka rugilah orang-orang yang mensia-siakan usia dan terus leka dan lalai dalam kehidupan. Sesungguhnya dengan ketaatan dan keimanan kepada Allah Subhanahu Wataala sahajalah yang akan dapat menyelamatkan kita dari kemusnahan baik di dunia mahupun di akhirat.

Di antara hikmah berlakunya Israk dan Mikraj itu, di mana Allah telah memperlihatkan berbagai-bagai kejadian aneh, tidak lain melainkan untuk menjadi peringatan dan pengajaran kepada manusia supaya membuat perubahan positif dan membina terhadap diri mereka. Sebagai contoh, jika dahulunya mengabaikan dan malas untuk bersembahyang maka setelah menghayati peristiwa ini dan mengambil pelajaran dan iktibar daripadanya, ia akan berubah menjadi rajin menunaikannya. , begitulah seterusnya akan mentaati perintah Allah Subhanahu Wataala dan meninggalkan larangan-Nya, bukan terus-menerus bergelumang dengan dosa dan maksiat dan langsung tidak mahu mendengar teguran dan nasihat, ibarat kata perumpamaan 'masuk telinga kanan, keluar telinga kiri'.

Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan sahabat sekalian, marilah kita sama panjatkan doa semoga Allah berikan kepada kita kekuatan untuk memperbanyakkan solat solat sunat dan ibadah ibadah yang lain agar kita menjadi insan yang berkualiti tinggi.

wassalam.

24 June 2009

Panggilan Ilmu


Salam bloggers

Saya mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan Tahniah dan syabas kepada semua adik adik yang telah berjaya melanjutkan pelajaran sama ada di Universiti dalam dan luar negara, politeknik, Kolej komuniti, Institut Perguruan, Kolej Kejururawatan dan sebagainya. Sekalung tahniah juga kepada ibu bapa yang selama ini tidak jemu jemu memberi sokongan kepada anak anak mereka.

Saya percaya semua ibu bapa ini sedang sibuk membuat segala persiapan terakhir menyediakan keperluan anak masing masing sebelum mereka berangkat ke destinasi masing masing. Tiada kata yang boleh digambarkan apabila anak anak mendapat surat tawaran dari institusi terbabit. Mungkin ada dikalangan kita yang bergilanangan air mata kegembiraan dengan kejayaan anak anak ini. Ada ibu bapa sanggup bergolak bergadai demi memastikan masa depan anak anak terjamin.

Kepada ibu bapa yang agak susah, mereka akan menyewa van atau kereta untuk menghantar anak kesayangan ke Universiti. Mereka ingin melihat dari dekat tempat anak anak mereka belajar. Maklumlah ada dikalangan orang kampung yang tidak pernah merantau jauh. Mungkin ada juga dikalangan ibu bapa yang sangat sedih apabila berpisah dengan anak masing masing kerana sebelum ini anak anak ini tidak pernah berpisah dengan mereka.

Pada tahun ini seramai 128,295 tempat disediakan untuk kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA), politeknik dan kolej komuniti bagi sesi Julai 2009 ditawarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Jumlah tersebut bersamaan dengan 32 peratus daripada sejumlah 400,996 permohonan bagi mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana muda, program diploma dan sijil.

Ini bermakna 68 peratus atau 272,701 calon yang gagal mendapat tempat perlu mencari alternatif lain seperti kolej swasta atau mencuba nasib mencari pekerjaan. Ada juga dikalangan mereka yang akan melanjutkan pengajian ke Institut kemahiran diseluruh negara. Kepada yang gagal , jangan berputus asa. Kita mestilah terus mencuba. Saya percaya dan yakin kejayaan akan bersama kita akhirnya jika kita bersabar.

Kepada warga DUN Bukit Payong yang berjaya melanjutkan pelajaran, sekali lagi saya ucapkan TAHNIAH DAN SYABAS. Gunakanlah kesempatan yang diberikan ini dengan sebaik yang mungkin. Kita mestilah tunjukkan bahawa kita mampu mencipta kecemerlangan dan jangan hampakan harapan tinggi kedua ibu bapa kita. Insyallah

" SELAMAT MAJU JAYA"

PAS Tersungkur


Salam bloggers.

Akhirnya gagasan Kerajaan Perpaduan Tersungkur/Lingkup/ Tutup Kedai. Jika sebelum ini isu ini hangat diperkatakan oleh segenap lapisan masyarakat sama ada petani, nelayan, ahli politik, pegawai kerajaan, tukang rumah, tukang kebun, pekedai, peniaga, tukang sapu dan sebagainya. 22 Jun 2009, ianya telah musnah dan lingkup apabila PKR dan DAP berjaya memperdayakan PAS untuk menolak idea Kerajaan Perpaduan ini. Apa yang menyedihkan lagi ialah apabila Dato' Seri Abdul Hadi Awang tersungkur dan terduduk sama dengan idea dan gagasan yang dicetuskannya sendiri. Lebih memilukan PAS juga mendakwa UMNO yang mereka reka cerita Kerajaan Perpaduan ini, sedangkan idea ini diucapkan sendiri oleh YB Presiden PAS. Inilah politik........................................................

Dengan ini, musnahlah, punahlah dan ranaplah harapan untuk melihat melayu kembali bersatu di arena politik negara. Kita akan terus membawa haluan masing masing. maki hamun dan tuduh menuduh akan terus berlaku dalam politik umat melayu. Kita tentunya berfikir bagaimana PAS juga boleh menolak idea ini dan sanggup bersekongkol dengan mereka yang terang terang menentang islam yang maha suci. Kita tentu masih ingat ucapan ini. " LANGKAH MAYAT SAYA DULU SEBELUM MENUBUHKAN NEGARA ISLAM DI MALAYSIA". Apakah kita telah lupa segala galanya kerana mengejar keuntungan politik yang gilakan kuasa sehingga sanggup berbuat apa sahaja.

UMNO dan BN bukan lah parti yang lemah. Parti ini masih kuat untuk membentuk kerajaan. Kita tak perlukan pembangkang untuk membentuk kerajaan. BN masih lagi kerajaan yang berkuasa walaupun mereka menolak cadangan ini. UMNO menyambut pelawaan idea ini kerana nak melihat melayu bersatu. Kita tidak akan kuat kalau kita menjadi bangsa yang berpecah belah walaupun kita golongan yang sangat besar. Walaupun kecil, tetapi kalau kita bersatu hati kita akan kuat. Contoh yang paling jelas ialah dalam Perang Badar. 313 lawan 1000 , namun tentera islam menang walaupun jumlahnya sedikit kerana kesepaduan yang tinggi dikalangan umat islam.

PAS adalah parti yang agak kuat. Dengan 27 kerusi di Parlimen dan membentuk kerajaan negeri di Kelantan dan Kedah. Sepatutnya PAS boleh bersendirian dalam menentukan hala tujunya dan tidak ditelunjuki oleh mana mana parti. PAS akan berdepan dengan kesilapan yang sangat besar akibat berkawan dengan DAP dan PKR jika PAS ingin menubuhkan negara islam di Malaysia. PAS akan mengalami penyesalan yang tidak berkesudahan akhirnya.

Kepada pemimpin UMNO dan BN, marilah kita teruskan agenda kita. Kita tinggalkanlah PAS dalam dakapan serta belaian DAP dan PKR jika itu yang dikehendakinya. Rakyat akan terus kita dahulukan. Kita laksanakan tugas sebaik dan seikhlas yang mungkin. Lepas itu kita berserah kepada Allah. Insyallah kemenangan akan bersama kita.

UNDILAH BN

Fikir fikirkan lah

21 June 2009

Yang Tersurat dan Tersirat


Salam bloggers.

Beberapa minggu yang lepas bekas Perdana Menteri Singapura telah membuat lawatan ke Malaysia. Apa yang menghairankan saya ialah beliau mengunjungi semua pemimpin sama ada pemimpin kerajaan dan pembangkang. Beliau bersama rombongannya yang kebanyakannya terdiri daripada pemimpin muda menjelajah Semenanjung Malaysia bertemu dengan pemimpin kerajaan dan juga pembangkang. Ini menimbulkan tanda tanya dikalangan banyak pihak. Adakah beliau bimbang dengan situasi politik di Malaysia?.

Lee Kuan Yeuw tidak perlu takut dengan situasi di Malaysia. Kita telah membuktikan bahawa demokrasi di Malaysia telus. Disini ada Kerajaan yang diterajui oleh BN, Ada kerajaan yang diterajui oleh Pakatan Rakyat. Ini lah sistem demokrasi di Malaysia. ( Namun demikian pembangkang terus hentam bahawa Malaysia negara zalim, kejam dan sebagainya, saya pun tak tahulah bagaimana rupa bentuk negara yang dia orang nak) Pemimpin Malaysia dengan penuh sopan menerima lawatan ini walaupun ini lah orang yang bertanggungjawab mengeluarkan Singapura dari Malaysia. Tentu rakyat Malaysia masih ingat luka tersebut sehingga ke hari ini. namun pemimpin kita baik hati.

Malaysia amat berlainan dengan Singapura walaupun Singapura dikatakan negara demokrasi. Singapura tidak punyai Yang Di Pertuan Agong, Tidak punyai Raja, Negara mereka tidak punyai pelbagai parti macam Malaysia, Singapura juga tidak punyai pelbagai kerajaan sebagaimana Malaysia ,Singapura hanya mempunyai 1 parti sahaja iaitu PAP. Malaysia yang bertuah ini mempunyai puluhan parti dan bebas untuk bertanding dalam pilihanraya. Singapura juga tidak punyai pembangkang. Lihat sahaja apa yang mereka buat kepada pembangkang. Singapura adalah 1 negara demokrasi yang tidak ada pembangkang. Lihatlah dan fikirkanlah dan bandingkanlah dengan negara kita tercinta.

Bagi generasi muda macam saya mungkin tidak mengetahui bahawa LKY ini adalah rakyat Malaysia dahulunya. Bukan setakat itu sahaja, LKY juga pernah menjadi Ahli Parlimen Malaysia antara tahun 1963 hingga 1965. Oleh sebab itulah kita hendaklah sentiasa berhati hati dengan org macam LKY ini. Saya tidak yakin lawatan ke seluruh Malaysia ini sekadar untuk makan angin bertemu dengan pemimpin. Saya yakin sudah pastilah ada yang tersurat dan tersirat dalam lawatan ini.

Pada pandangan saya mungkin LKY bimbang dengan situasi politik dalaman Malaysia. Beliau mungkin melihat kepada perkembangan terkini yang lebih memihak kepada pembangkang selepas pilihanraya umum dan juga beberapa siri pilihanraya kecil baru baru ini. Keadaaan ini sudah pasti akan juga memberi kesan kepada kestabilan politik Singapura. Oleh sebab itulah beliau terus mengunjungi pemimpin kerajaan dan juga pemimpin pembangkang di seluruh negara.

Lawatan ini juga mungkin bagi menarik sokongan org org cina bagi terus menyokong Barisan Nasional. Keadaan ini sudah dapat dibuktikan sejak tahun 1965, Kerajaan di bawah pimpinan BN mempunyai jalinan hubungan yang baik dengan Singapura. LKY mungkin bimbang kalau pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan dan mengubah dasar terhadap Singapura. Dengan lawatan ini , harapan beliau agar dapat menarik terutama org cina untuk kembali menyokong BN dalam pilihanraya yang akan datang.

Bekas Perdana Menteri Singapura ini juga sedar bahawa kestabilan politik Malaysia amat penting untuk kemakmuran ekonominya dan kestabilan politik Singapura. Kalau keadaan politik Malaysia tidak stabil maka Singapuralah negara pertama yang akan menerima kesannya. Oleh sebab itu pada pandangan saya lawatan ini amat penting kepada kestabilan ekonomi Singapura . Mereka amat takut jika politik Malaysia kacau bilau dan hura hara dan seterusnya memberi kesan yang tidak baik kepada ekonomi Singapura.

LKY sedar bahawa pembatalan rundingan isu-isu tertangguh antara kedua-dua negara seperti Perjanjian Bekalan Air, Tanah Keretapi Tanah Melayu di Singapura dan simpanan rakyat Malaysia dalam Tabung Simpanan Pusat (CPF) Singapura akan menjejaskan perhubungan jangka panjang. Ini lah kepintaran politik Lee Kuan Yew . Dalam hal ini kita harus banyak belajar dari beliau membangunkan sebuah pulau kecil yang asalnya sebahagian dari negara Malaysia menjadi salah satu gergasi ekonomi dunia.

Kita fikirkan bersama

20 June 2009

"Telaga Raya"






Salam bloggers,

Semalam 20 Jun 2009, Banyak program yang saya hadir dari pagi sampailah ke malam. Bukan saya sahaja tetapi ini lah jadual kerja pemimpin UMNO yang lain untuk terus berbakti dan bersama rakyat jelata besesuaian dengan konsep yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri ' 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan'. Insyallah.

Lebih jam 9.30 pg , saya ke Kg. Mak Kemas, salah satu kampung dalam Dun Bukit Payong bagi menyertai aktiviti gotong bersama masyarakat setempat. Kelihatan ramai warga kampung yang hadir dalam aktiviti gotong royong tersebut. Objek yang menjadi perhatian saya disini ialah kewujudan satu paip air besar yang berada dalam semak samun. Mengikut warga kampung tersebut paip air ini dipasang oelh kerajaan sekitar tahun 1960an . Maklumlah pada masa itu saya masih belum lahir ke dunia ini. Paip air besar ini lebih dikenali oleh orang kampung dengan panggilan ' Telaga Raya".

Pada zaman tersebut tidak wujud paip air ke rumah kita sebagaimana yang ada sekarang. Oleh sebab itu Kerajaan Barisan Nasional telah membuat satu paip besar untuk kegunaan orang kampung. Kebanyakan penduduk pada masa itu menggunakan air perigi sebagai sumber air. Apabila tiba musim kemarau, air perigi akan kering. Pada masa itulah penduduk akan bertumpu ke " Telaga Raya" ini sama ada untuk membasuh pakaian, mendapatkan minuman dan sebagainya secara percuma

Konsep 'Telaga Raya' ini sama macam Balai Raya iaitu untuk kegunaan dan kemudahan masyarakat setempat. Namun ia telah menjadi kenangan dan sejarah kepada penduduk disini. sesuai dengan peredaran zaman, Kerajaan Barisan Nasional telah melaksakan amanah yang diberikan denagn cemerlang. Kini hampir 95 % penduduk disini telah pun mempunyai paip air ke rumah masing masing sama ada dipasang oleh mereka sendiri, bantuan dari kerajaan dan melalui lain lain cara. Ini lah nikmat yang kita kecapi dari Allah s.w.t. Mudah mudahan kita menjadi insan yang bersyukur dengan nikmat ini dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan.

fikir fikirkan lah

19 June 2009

"Hisham Doa agar PAS Tidak Berpecah"

Salam bloggers

"Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin
Hussein berkata, beliau tidak mahu PAS berpecah
dalam isu perbincangan kerajaan perpaduan antara
kedua-dua parti itu.

“Saya berharap tidak berlaku perpecahan berhubung
sokongan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa
terhadap kerajaan perpaduan dengan Umno,” katanya
dalam sidang media di ibu pejabat Umno di ibu negara hari ini.

Bagaimanapun, kata Hishammuddin, jika ada syarat
dan perbincangan itu tidak dapat diadakan, maka ia
tidak bermakna Umno dan BN tidak boleh
meneruskannya mengikut caranya.

hishammuddin hussein 03“Perbincangan mengenai perpaduan, menurut
pendapat saya adalah baik dan diharap ia
menjadi kenyataan.

“Jika perbincangan ini menjadi kenyataan, Alhamdulillah.
Saya tidak mahu Umno berpecah. (Dan) mengapa (pula)
saya mahu melihat PAS bergaduh sesama sendiri."
____________________________________________

Saya amat tertarik dengan keikhlasan dan jiwa murni
Dato' Hishamuddin terhadap PAS dalam soal kerajaan
perpaduan ini. Ini lah wajah wajah UMNO sebenarnya.
Walau pun berlaku perbezaan ideologi politik antara
UMNO dan PAS tapi jauh dilubuk hati UMNO, kita
sayangkan islam dan bangsa melayu di negara kita yang
tercinta ini. Begitulah mulianya hati org UMNO.

UMNO tidak mahu PAS berpecah kerana isu ini. Apa
yang nak dibincangkan ialah soal perpaduan dan ikatan
ukhuwwah dikalangan umat melayu islam. Kalau PAS
tidak mahu, itu terpulanglah kepada PAS sendiri. Kalau
berlaku perpecahan dalam PAS bagi menangani isu ini,
maka perpecahan dikalangan umat melayu menjadi
semakin besar.

Dalam soal ini saya teringat akan peristiwa semasa
Rasulullah berhijrah ke Thaif. Apabila tiba di Thaif , org org
Thaif termasuk kanak kanak telah mengusir baginda
dengan membaling batu ke arah baginda sambil memaki
hamun. Akibatnya darah keluar memancut dari kaki
baginda. Akibat tidak tahan melihat Rasulullah dalam
keadaan seperti itu, maka datanglah malaikat Jibril dan
berkata' "wahai Muhammmad , itu sudah terjadi, dan apa
pula yang engkau kehendaki?. Jika engkau hendaki
aku hempapkan gunung ini keatas mereka, aku
akan melakukannya.

Tapi Rasulullah menjawab," Jangan, aku berharap
agar Allah mengeluarkan dari kalangan mereka
orang orang yang menyembah Allah dan t
idak menyekutukannya.
Begitulah mulianya Rasullullah
s.a.w. Walaupun diperlakukan sebegitu rupa tapi jauh jauh
dilubuk hatinya mahu melihat agar akan ada generasi
mereka selepas ini yang kan menyembah Allah yang maha
besar. Ini lah jawapan dari seorang pemimpin agung yang
amat patut dicontohi.

Walau pun PAS berhasrat untuk menghancurkan UMNO
dan BN dalam pilihanraya yang akan datang, pemimpin
UMNO terus mendoakan kebaikan kepada PAS. Kita
doakan semoga Dato' Hj. Abdul Hadi dan Nasharuddin
Mat Isa terus diberi kekuatan demi perpaduan
umat islam. Insyallah

Fikir fiki kan lah




15 June 2009

YAB Menteri Besar Melawat Bekas YB ADUN Binjai (kini dikenali DUN Bukit Payong)

(YAB MB bersama En. Mohd Khan , Pengerusi JKKK Atas Tol)
( YAB Dato' Ahmad Said bersama Tuan Hj. Abdul Rahman)



(YAB MB Bersama PPD Bukit Payong)


Salam bloggers.


Dalam mengharungi kesibukan tugas sebagai Menteri Besar Terengganu, YAB Dato' Ahmad bin Said bersama isteri sempat meluangkan masa untuk melawat bekas ADUN Binjai ( Sekarang dikenali DUN Bukit Payong) Tuan Hj.Abdul Rahman bin Ali yang diserang stroke pada 21 April yang lepas. Beliau adalah bekas ADUN Binjai ( Sekarang Bukit Payong) selama 2 penggal iaitu bermula tahun 1974 hingga 1981. Tuan Hj. Abdul Rahman juga adalah bekas Presiden Persatuan Parajurit Malaysia Cawangan Terengganu selama 20 tahun. Tuan Hj. Abdul Rahman kini berumur 74 tahun. Semasa menjadi Wakil Rakyat di DUN ini, beliau telah banyak menabur jasa dan bakti kepada masyarakat di DUN ini.


Ini lah komitmen dan kesungguhan seorang Menteri Besar yang sentiasa dekat dihati rakyat. Saya difahamkan sebelum beliau melawat Tuan Hj. Abdul Rahman , beliau juga melawat Dato' Hajjah Rogayah Sulong , Bekas Qariah Antarabangsa yang pernah mengharumkan nama negara dan negeri Terengganu pada suatu ketika dahulu yang kini terlantar sakit tua dirumahnya. Ini amat bersesuaian dengan motto pentadbiran YAB MB iaitu ' Merakyatkan Pembangunan dan Pentadbiran'.

Alhamdulillah kesihatan Tuan Hj. Rahman sudah beransur pulih jika dibandingkan dengan lawatan saya ke rumah beliau pada bulan lepas. Tuan Hj. Abdul Rahman sempat juga menyampai ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada YAB Menteri Besar kerana datang melawat beliau. Marilah kita sama sama berdoa semoga Tuan Hj. akan cepat sembuh dan dapat meneruskan khidmat baktinya kepada masyarakat DUN Bukit Payong.
wassalam

13 June 2009

Antara Realiti dan Fantasi

Salam bloggers.

Alhamdulillah, pada pagi ini saya terus diberikan kesihatan yang baik berkongsi pandangan dengan sahabat sahabat sekalian. Selepas Muktamar PAS baru baru ini, isu kerajaan perpaduan diantara PAS dgn UMNO masih hebat diperkatakan. UMNO menyambut baik cadangan ini demi keutuhan umat melayu dan islam di negara kita. DAP dan PKR nampaknya melenting sehingga Karpal Singh memohon Dato' Hj. Abdul Hadi memohon maaf terhadap Pakatan Rakyat.

Saya juga menyokong muzakarah diantara PAS dan UMNO diadakan. Saya juga melihat ia sebagai jambatan untuk merapatkan Umat melayu dan islam yang berpecah belah. Sesungguhnya umat melayu tidak mampu lagi untuk berpecah. Jangan nanti nasi dah jadi bubur baru kita nak sedar, ia sudah tidak berguna lagi. Namun demikian ada suara dalam PAS yang menentang pertemuan 2 parti melayu ini termasuklah Dato' Nik Aziz. Adakah Nik Aziz lebih rela bersekongkol dengan org yang terang terang menetang islam dan penubuhan negara islam iaitu DAP. Setakat ini masih belum kedengaran lagi yang DAP bersetuju dengan penubuhan negara islam malah DAP menentang sekeras kerasnya penubuhan Malaysia sebuah negara islam. Adakah kita masih ingat ?. Adakah kita rela bergabung dengan mereka. Fikirkanlah.

Apa sudah jadi pada Nik Aziz yang nampaknya tidak mahu islam bersatu. Katanya UMNO kena ubah dasar kebangsaan kepada dasar islam barulah PAS akan ikut UMNO. Adakah DAP dan PKR ikut islam?. Ini adalah cakap untuk kepentingan politik sahaja. Adakah kita sesama islam tidak boleh bersama walaupun ada perbezaan pandangan, tetapi kita boleh bersama dengan orang yang terang terang menetang islam. Oleh yang demikian kita harus menolak DAP dan PKR. Untuk pengetahuan semua PKR dan DAP ini adalah untuk orang orang yang kecewa dan ditolak oleh parti lain akibat sikap tamak mereka.

Semasa muktamar PAS baru baru ini, saya juga tertarik dengan seorang wakil dari Dewan Ulamak PAS yang meminta agar PAS bersedia untuk memimpin negara Malaysia dan sekali gus menjadi Perdana Menteri selepas pilihanraya umum ke 13 nanti. Adakah wakil ini sedar apa yang dicakapkan itu, saya pun tak tahu. Adakah PKR dan DAP akan merelakan PAS menjadi Perdana Menteri nanti kalau PR menang. cuba kita fikirkan.

Adakah Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang akan merelakan ia berlaku?.
Adakah PAS akan diberi kerusi yang lebih banyak dalam pilihanraya ke 13 nanti?.
Adakah PAS akan menang semua kerusi yang dipertandingkan?
Mengapakah dalam pilihanraya ke 12, PAS hanya diperuntukkan kerusi yang sedikit berbanding dengan PKR yang baru setahun jagung dalam politik negara?

PAS juga harus sedar bahawa ia adalah ia adalah parti yang paling kecil dalam Pakatan Rakyat jika dilihat keputusan pilihanraya ke 12 baru baru ini. Adakah orang kecil ini akan diberi menjadi ketua. Saya berpandangan adalah ia adalah sesuatu yang mustahil. Saya melihat org yang nak sangat jadi PM ini ialah Anwar Ibrahim. Sebab itu lah PAS hanya dipergunakan untuk membolehkan hasrat tersebut tercapai. Jadi PAS janganlah berangan angan untuk menjadi Perdana Menteri dalam Pakatan Rakyat.

Oleh yang demikian PAS harus memulakan muzakarah bersama UMNO bagi kita menyelesaikan masalah perpecahan umat melayu islam di negara kita. Kita lihat YAB Dato' Sri Najib pun bersikap terbuka dalam hal ini. Jika UMNO dan PAS bersatu hati , Orang melayu islam akan terus berkuasa di Malaysia. Jika ke 2 parti ini masih membawa haluan masing masing, adalah tidak mustahil kita akan tersungkur dan menyesal tak sudah sudah.

Fikir fikirkalah

wassalam.

12 June 2009

Cuti Sekolah vs Kenduri kahwin

Salam bloggers.

Musim cuti sekolah sudah sampai ke penghujungnya. Minggu depan pelajar pelajar dan guru guru akan kembali ke sekolah semula. Kepada warga kota yang balik ke kampung mungkin sudah membuat persiapan pulang semula ke kota. Kepada mereka, berhati hatilah dijalan raya agar perjalanan kita selamat tiba ke destinasinya, insyallah. Sekolah akan mula sibuk setelah pelajar dan guru bercuti selama 2 minggu. Pelajar dan guru sudah pastilah akan menumpukan sepenuh tenaga bagi menghadapi peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.

Cuti persekolahan selama 2 minggu ini telah digunakan sepenuhnya oleh sebahagian masyarakat untuk melaksanakan kenduri kahwin. Saban hari , pasti ada saja kenduri kahwin . Hari Sabtu minggu lepas adalah hari yang paling banyak kenduri kahwin di DUN Bukit Payong. Pada hari tersebut saya menerima undangan Kenduri Kahwin sebanyak 11 undangan. Yang saya tak terima undangan pasti banyak lagi.

Pada pagi tadi saya sempat bersama dengan warga Kg. Padang Pak Su Man bergotong royong 'siang daging' (Potong Daging) . Biasanya di DUN Bukit Payong , setiap persiapan kenduri kahwin dilaksanakan secara bergotong royong. Seluruh masyarakat kampung akan hadir bagi membantu tuan rumah. Pagi tadi saya perhatikan ramai masyarakat kampung yang hadir. 2 ekor lembu yang disembelih begitu cepat dapat disiapkan dan dimasak. Inilah uniknya masyarakat melayu di DUN Bukit Payong walaupun DUN ini terletak di pinggir bandar Kuala Terengganu namun semangat gotong royong masih kuat diamalkan.

Kepada pengantin baru yang melangsungkan perkahwinan pada cuti penggal persekolahan ini, saya ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU. Moga ikatan perkahwinan ini akan berkekalan hingga akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang soleh, berbakti kepada agama , bangsa dan negara . Jagalah ikatan ini agar tidak tersungkur ditengah jalan.

SELAMAT PENGANTIN BARU & SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

wassalam.

11 June 2009

Sembahyang Jumaat

Salam bloggers.

Hari hari bergerak deras dan pantas, malam ini malam yang sangat mulia iaitu malam jumaat. Alhamdulillah dengan izin Allah kita masih dipanjang umur untuk terus bernafas dan mendapat segala nikmat ilahi. Kalau kita nak hitung nikmat ini nescaya tidak terhitung oleh kita sebagai hambanya.


Malam ini saya nak menarik perhatian terhadap isu sembahyang Jumaat. Sudah sekian lama saya perhatikan trend sembahyang Jumaat bukan di masjid tempat kita bermastautin. Saya melihat ada beberapa buah masjid yang menjadi tarikan jemaah dan tak perlu saya sebutkan disini. Ribuan jemaah datang ke masjid ini setiap minggu untuk menunaikan sembahyang jumaat. Hati kecil saya sering bertanya, kenapa mereka ini sembahyang di masjid lain, sedangkan di kg mereka ada masjid. Boleh dikatakan hampir keseluhuran kampung di bumi bertuah Terengganu ini ada mempunyai masjid. Adakah sembahyang jumaat di masjid di kampung masing masing tidak sah atau berdosa atau kurang pahala dan sebagainya. Setiap minggu jamaah ini melalui ikut masjid kampungnya untuk ke masjid lain. Ada sesetengahnya tidak pandang pun kearah masjid di kampungnya apabila melalui jalan berkenaan, ada pula yang berpaling jugok ke arah masjid kampungnya tapi tak berhenti pun, mereka lalu untuk ke masjid lain untuk menunaikan solat jumaat.



Adakah mereka berbuat demikian atas dasar parti atau imam di masjid kampung tidak berilmu, ataupun mereka rasa tidak sah sembahyang di kampungnya, atau pun pahala sembahyang di masjid lain dapat pahala lebih, saya tak tahulah. Hanya mereka yang dapat memberi jawapannya. Hal yang sedemikian bukan berlaku sekali, bahkan setiap kali jumaat mereka ini berduyun duyun ke masjid berkenaan. Setahu saya tidak disebut pula masjid masjid ini ada keistimewaan dalam agama kita islam. Yang saya tahu masjid yang ada kelebihan kalau kita beribadat didalamnya ialah Masjidil Haram di Mekah, Masjid Nabawi di Madinah dan Masjid Al- Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin. dok dengar pulak masjid lain di Terengganu .



Apabila mereka meninggal dunia, saya lihat mereka akan dikebumikan di tanah perkuburan kampung dia jugok. Hairan bin Ajaib jugok rasenya. Muslimin sekalian. Marilah kita pakat imarahkan masjid di kampung kita masing masing. Ini juga adalah Rumah Allah yang sangat suci. Mengapa kita tidak bersembahyang di Rumah Allah ini. Setiap masjid adalah Rumah Allah yang mesti diimarahkan. Apabila kita berduyun duyun ke masjid kampung masing maka jalinan ukhuwwah antara kita akan bertambah erat. Insyallah.

fikir fikirkan lah



wassalam.

09 June 2009

Pengajaran Dari Selatan Thailand

Salam bloggers

KEJAM...Waris dan penduduk kampung melihat jenazah ahli keluarga yang ditembak mati ketika berjemaah solat isyak di Masjid Al-Furqan, Kampung Air Tempayan di selatan Thailand, kelmarin. – UTUSAN/HAFIZ JOHARI



Setelah selesai solat Subuh pagi ini, saya terus melayari internet bagi mendapat berita terkini mengenai serangan keatas jemaah yang sedang menunaikan solat di Narathiwat, Thailand. RASA TERKEJUT, MARAH, KECEWA dan SEDIH apabila membaca berita serangan ke atas penduduk yang sedang solat berjemaah di dalam masjid. Kejadian yang berlaku di Masjid Al-Furqan, Kampung Air Tempayan, Narathiwat mengundang pelbagai persoalan kenapa serangan ke atas rumah Allah itu dilakukan.

Serangan keatas penduduk islam di Thailand sudah kerap kali berlaku. Pihak berkuasa Thailand hendaklah melakukan siasatan menyeluruh atas serangan yang berlaku dan membawa mereka yang bertanggugjawab ke muka pengadilan. Pada satu ketika dahulu kita dikejutkan dengan serangan di Masjid Kerisik, Pattani 28 April 2004 yang mengorbankan 107 orang. Namun serangan malam kelmarin dianggap LEBIH kejam dan tidak berperikemanusiaan kerana seranga dilakukan ketika umat islam mengadap Allah.

Kekejaman seumpama ini tidak boleh diterima oleh seluruh umat manusia. Saya merasakan selepas peristiwa ini penduduk di selatan Thai terutama yang beragama Islam lebih bimbang dengan keselamatan mereka. Ini kerana sejak Januari 2004, lebih 3,500 orang terbunuh apabila kumpulan pemisah meneruskan kempen bersenjata bagi memerdekakan wilayah majoriti penduduk Islam iaitu Yala, Narathiwat dan Pattani.

Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur kerana kejadian seumpama ini masih tidak berlaku di Malaysia. Kita masih lagi bebas melakukan ibadat masing masing dengan aman. Kita boleh melaksanakan ibadat sebanyak mana yang kita mahu. Cuma kadang kadang kita yang malas untuk melakukan itu semua. Harus kita ingat bahawa sesuatu peristiwa itu tidak mustahil boleh berlaku di negara kita jika hubungan kaum dan sentimen politik keterlaluan tidak dikawal. Insyallah selagi Barisan Nasional diberi mandat besar oleh rakyat , keadaan ini tidak akan berlaku, insyallah. Kita juga panjatkan doa semoga roh mereka yang terkorban ketika menunaikan solat dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org org soleh.

Wassalam.

Bantuan Khas Hari Raya Idul Fitri

A'kum buat semua warga DUN Bukit Payong. Dipanjatkan doa semoga sihat sejahtera menjalani kehidupan harian bersama keluarga tersayang.

Alhamdulillah, Dengan izin Allah, kerajaan negeri sekali lagi berjaya melaksanakan bantuan Khas menyambut Ramadhan dan Hari Raya Idul Fitri pada tahun ini. Bagi DUN Bukit Payong , borang borang permohonan telah mula diedarkan melalui kampung masing masing mulai minggu ini.

Bantuan ini meliputi beberapa kategori iaitu orang miskin, pekerja sendiri, pekerja sektor awam, orang kurang upaya (OKU), Warga emas berumur 65 tahun keatas, ibu tunggal dan duda. Mereka yang bergaji RM 1500.00 kebawah layak untuk memohon bantuan khas ini. Bantuan adalah berupa wang tunai sebanyak RM 300.00 seorang.

1 lagi tanda keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional terhadap rakyat Terengganu. Ini merupakan 1 hadiah yang amat bermakna bagi mereka yang memerlukan bantuan lebih lebih lagi bagi menghadapi Puasa Ramadhan dan Menyambut Hari Raya Idul Fitri tahun ini. Adalah diharapkan bantuan ini dapat digunakan sebaik yang mungkin seperti menyediakan makan minum untuk berbuka puasa , membeli kelengkapan anak anak untuk hari raya dan sebagainya.

Kerajaan Terengganu akan terus melaksanakan bantuan ini selagi Barisan Nasional terus diberi mandat untuk membantuk kerajaan di Terengganu, insyallah. Kepada penerima bantuan , kita bersyukur banyak banyak diatas nikmat kurniaan ilahi ini dan kita berterima kasih lah kepada kerajaan yang telah memberikan bantuan ini. Dengan ini Insyallah negara kita akan terus dilimpahi dengan nikmat yang melimpah ruah.

wassalam.

08 June 2009

Perjuangan dan Keikhlasan

Salam blogers.

Firman Allah: (maksudnya) Dan sesungguhnya Tuhanmu (Wahai Muhammad) sentiasa melimpah-ruah kurnia-Nya kepada umat manusia tetapi kebanyakan mereka tidak bersyukur. (Surah al-Naml: 73).

Sebagai org politik, macam macam tuduhan dan adu domba terpaksa ditempuhi. Saya ucap terima kasih kepada yang memberikan komen dan pelbagai tuduhan keatas saya. Semuanya saya ucapkan terima kasih banyak banyak terutamanya kepada saudara Ahmad. Semasa saya dipilih sebagai Calon BN Bukit Payong baru baru ini saya sudah nekad akan mengharungi kehidupan dunia politik dengan tabah dan sabar. Ini lah yang dinamakan takdir Allah yang maha kuasa keatas saya. Ianya bukan saya pinta, bukan saya mohon dan tidak saya duga, tp Allah lebih mengetahui disebalik pemilihan saya sebagai calon BN. Kita jangan melihat bahawa , ia adalah kerana org nak mencantas karier Dato' Dr. Latif. Selain menyalahkan org lain yang sudah menjadi kerja kita , kita kena juga muhasabah diri kita. Kita ni hamba , dan sebagai seorang hamba sudah pastilah kita kita lemah walaupun kita ada PHD sekali pun. Jangan pula kita hina org yang cuma ada SPM. Kadang kadang org yang ada SPM ini lebih cerdik dan mulia dari kita. Inilah hakikat seorang hamba yang mesti kita terima. Mungkin jugak ada hikmah tertentu yang berlaku disebaliknya. Jasa dan sumbangan Dr. Latif tetap akan dikenang oleh seluruh rakyat Bukit Payong. Beliau telah banyak membantu dan menjadikan Bukit Payong sebagai lambang kebanggaan org Bukit Payong. Kita berdoa semoga jasa beliau akan mendapat ganjaran pahala yang besar disisi Allah s.w.t. Insyallah

Namun demikian ,sebagai manusia biasa, kita mengalami badai kehidupan bagaikan gelombang. Ada masa kita berada diatas, ada masa kita dibawah. Ada masa kita jadi pemimpin , ada masa kita jadi pengikut. Ini hakikat yamg mesti kita terima. Oleh sebab itu masa kita diatas, hidup jangan lah sombong sesama manusia kerana semua yang kita miliki adalah bersifat sementara. Jawatan sementara, pangkat sementara, isteri pun sementara. Saya Menyeru kepada diri saya sendiri dan semua pemimpin supaya kita tidak sombong dan bongkak dengan jawatan kita. Sebagai seorang islam juga kita mesti menerima hakikat ini. Kita mungkin kecewa pada akhir hayatnya. Namun yang berbuat jasa kerana Allah Yang Maha Esa lalu mengharapkan ganjaran-Nya tidak akan merana jiwa. Biarlah manusia melupakan, namun Tuhan tidak pernah mengecewakan hamba-hamba-Nya yang jujur. Maka seorang pejuang mestilah terlebih dahulu membetulkan titik tolak ini dalam hidupnya.

Nabi s.a.w. apabila ditanya: “Seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, seseorang yang berperang agar dipuji dan seseorang yang berperang untuk memperlihatkan kehebatannya, siapakah di antara mereka yang berada di jalan Allah?” Rasulullah menjawab: Sesiapa yang berperang untuk meninggikan kalimah Allah (tertegak), maka dia berada di jalan Allah.(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Jika titik tolak ini tidak dibetulkan, hidup kita akan dipenuhi kekecewaan. sedangkan kita cukup yakin bahawa pemimpin itu pergi dan datang. Janganlah mengaggap kita saja yang terbaik, org lain semuanya tak baik dan ada kekurangan. Kita saja yang hebat sedangkan org lain semuanya dok rok. Kalau fahaman ini ada pada pada pemimpin maka akan rosak lah umat. Justeru, bagi para pejuang , atau pemberi sumbangan jasa kepada umat manusia, ubat paling utama untuk dibekalkan dalam jiwa adalah keikhlasan dengan mengharapkan pahala dari Allah dalam semua gerak kerja. Saidina Abu Bakar pun pernah berkata ketika Mula mula dilantik sebagai khalifah bahawa aku bukanlah yang orang yang terbaik dikalangan kamu.

fikir fikirkan lah

wallahuaklam.

07 June 2009

PERAK , sudah sudah lah tu

Salam bloggers.

Hari ini saya tertarik dengan ucapan dan desakan seorang perwakilan Perak dalam Muktamar PAS ke 55 yang mendesak agar ditubuhkan Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat apa yang dikatakan rampasan kuasa di Perak oleh Barisan Nasional. Saya nak menyeru kepada PAS, sudah sudah lah tu. Kita terima lah hakikat bahawa PAS telah kehilangan majoriti di Perak. Biarlah BN Memerintah di Perak. Kalau selepas ini ada ADUN yang istihar masuk PAS/DAP/KEADILAN maka PR ambil alihlah kuasa di Perak tu.


Percayalah sahabat sahabat sekalian, Nanti bukan sahaja UMNO hilang kuasa, malah PAS sendiri pun belum tentu akan berkuasa di Perak. Mungkin kalau pilihanraya umum berlaku, DAP akan memenangi lebih banyak kerusi, UMNO mungkin semakin kurang kerusi. Apa akan jadi kalau PR menang 2/3 majoriti dan dari 2/3 itu DAP adalah parti yang paling banyak kerusi. PAS pula mempunyai kerusi yang paling sedikit. Apakah PAS akan terus diberi jawatan Menteri Besar, Apakah perlembagaan Perak yang menyatakan hanya org melayu islam yang boleh menjadi MB boleh dipinda jika PR mendapat majoriti 2/3. Sekarang ini PR tidak boleh meminda undang undang negeri kerana PR tidak memperolehi majoriti 2/3 di DUN Perak. Cukuplah PAS menjadi kuda tunggangan DAP di Perak. Berkemungkinan juga DAP akan meletakkan calon melayu islam mewakili partinya jika diadakan pilihanraya nanti. PAS jangan lah nak berangan angan jadi MB dengan jika jumlah kerusi yang ada dikekalkan. Inilah mainan politik DAP yang berhasrat untuk berkuasa di Perak. Calon yang paling sesuai, ialah Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim. Dengan pengalamannya bersama Guthrie Corporation Ltd.

Kita yakin DAP akan tetap dan terus mendesak Nizar untuk minta perkenan Sultan Perak untuk membubarkan DUN Perak. DAP akan terus menekan sepupunya itu (Nizar) untuk terus menderhaka kepada Sultan Perak. Kita berpolitik kena faham situasi sebenar. Janganlah kita menyokong secara membuta tuli. Kita perlu berfikiran waras sebelum mengambil sesuatu tindakan.

Buat rakyat Perak…tidak kiralah yang menyokong UMNO, PAS mahu pun KEADILAN….fikir-fikirkan masa depan anak bangsamu. Jangan sibuk berpolitik hingga boleh mengadaikan masa depan anak bangsa, agama, bangsa dan tanahair kita sendiri.

04 June 2009

Erdogen Vs Pro Muqabalah

Salam bloggers.

Hari ini bermulalah Muktamar PAS yang ke 55. Saya tidak berhasrat untuk campur tangan hal dalaman parti lain tp sekadar ingin berkongsi pandangan bersama sahabat sahabat semua demi agama, bangsa dan Negara Malaysia tercinta. Muktamar ini adalah penting kepada PAS kerana akan berlaku pertandingan merebut jawatan tertinggi parti seperti Timbalan Presiden, Naib Presiden dan lain lain lagi.Perebutan jawatan ini adalah membuktikan wujudnya demokrasi dalam PAS.

Perkara yang menarik perhatian saya dalam pertandingan ini ialah wujudnya 2 kumpulan dalam PAS iaitu kumpulan Erdogen yang lebih pro kepada Pakatan Rakyat dan amat terpengaruh kepada Anwar Ibrahim. 1 lagi ialah kumpulan Pro Muqabalah yang dilihat lebih mehihat kepada kepentingan melayu dan islam di Malaysia. Ini membuktikan bahawa budaya berpuak puak ini juga berlaku dalam PAS. Saya percaya pada ketika ini kumpulan kumpulan ini sedang hebat berkempen untuk menang jawatan tertinggi parti ini. Saya ucapkan selamat berkempen.

Hasil dari pemerhatian saya, golongan Pro Muqabalah ini mewakili golongan ulamak yang mahu melihat islam dan melayu bersatu dan golongan Erdogen terang terang menolak cadangan muzakarah bersama UMNO dan BN. Tidak ada gunanya kita melayu islam bercakaran diantara satu sama lain. Cuba kita renung bersama, kita orang orang melayu islam hanya ada 60% dari keseluhuran penduduk Malaysia. Keadaan bertambah parah apabila kita sudah berpecah kepada 3 parti. Ada melayu islam yang masuk UMNO, ada yang masuk PAS dan ada yang masuk KEADILAN. kalau 60% dibahagi 3 = 20%. Bermakna sekarang ini melayu islam ada kuasa undi 20% sahaja kalau ikut parti masing masing. Kalau kita terus berpecah tidak mustahil melayu islam akan kehilangan kuasa suatu hari nanti walaupun kita adalah majoriti penduduk Malaysia. Saya melihat sekarang ini UMNO, PAS dan KEADILAN mengharapkan ihsan kaum lain untuk menang dalam pilihanraya dan mendapatkan kuasa. Undi kaum lain yang akan menentukan sama ada BN, PAS atau KEADILAN yang akan menang.

Apakah PAS tidak boleh menyokong UMNO dan bersama UMNO dan bersama orang islam. Adakah PAS lebih rela bersama DAP yang terang terang menentang islam dan tidak bersetuju Malaysia dinamakan negara islam. Apakah penyokong PAS tidak mengetahui hal ini. Saya tak pernah dengar lagi berita yang menyatakan DAP menyokong penubuhan kerajaan islam di Malaysia. Saya masih ingat apabila bekas PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa negara Malaysia adalah sebuah negara islam. Siapa kah orang yang pertama menentang Malaysia diistiharkan sebagai negara islam. Fikir fikirkan lah.

Kepada yang menang dalam muktamar ini, saya berharap kita memikirkan nasib melayu islam di Malaysia. Saya juga sering berfikir, inilah nasib umat islam bukan sahaja di Malaysia bahkan diseluruh dunia. Walaupun kita adalah umat yang begitu ramai tapi akibat perpecahan sesama sendiri , islam menjadi mangsa kepada bangsa bangsa lain dan terus menjadi umat yang mundur.

Kepada semua perwakilan PAS, Selamat Bermuktamar.

wassalam.

Contributors