28 February 2010
Binatang bertopengkan manusia
Minggu ini kita dikejutkan dengan berita yang amat menyanyat hati. Perasaan sedih, marah dan geram menyelubungi diri ini. Adik Syafia Humairah yang masih tidak mengerti akan kehidupan ini mati dalam keadaan penuh kengerian akibat didera oleh kekasih ibu mangsa.
Mangsa yang berumur 3 tahun dilaporkan disepak, dipukul dengan benda tumpul, dipijak, dicucuh dengan puntung rokok dan lain lain penyiksaan dipersembahkan kepada kanak kanak malang ini. Perlakuan ini berada diluar kotak kelakuan manusia biasa.
Adakah orang yang melakukan perkara ini sudah hilang nilai kemanusiaan dan bertuhankan nafsu serakah, berkiblatkan syaitan durjana dek kerana dadah durjana. Kita tak dapat nak bayangkan bagaimana penderitaan yang dialami oleh adik ini setiap hari akibat diperlakukan sedemikian. Kesakitan dan kesengsaraan yang dialaminya ini telah membawanya menemui Allah yang maha kuasa.
Kematian ialah suatu perkara yang wajib dialami oleh manusia tetapi kematian dalam bentuk penyiksaan yang diperlakukan ini amat kejam dan tidak berperikemanusiaan. Allah lebih sayangkan adik Syafia Humairah. Dari pandangan mata kasar kita memang lebih baik adik ini mati dari menanggung penyiksaan yang amat kejam ini.
Difahamkan ayah mangsa masih berada di penjara kerana terlibat dengan dadah. Teman lelaki ibunya yang merupakan suspek utama yang mendera adik Syafia Humairah juga didapati positif ganja. Maha benarlah firman Allah yang membawa maksud " manusia itu seperti binatang, bahkan lebih teruk dari binatang".
Saya mengambil kesempatan dalam tulisan ini, menyeru kepada adik adik yang bakal membina mahligai perkahwinan agar sentiasa berhati hati memilih pasangan masing masing. Jangan kerana cinta dan kasih kita hilang pertimbangan. Masa bercinta, semuanya indah. Pasir pun rela dimakan. Tapi hakikat kehidupan ini tidak semudah cinta tersebut. Buat pertimbangan sebelum memilih pasangan masing masing supaya hidup kita menikmati kebahagiaan dimasa depan dan bukan kesengsaraan.
Walaupun mati akibat penderaan yang melampau ini, Alhamdulillah adik Syafia Humairah akan bersemadi di alam baqaa dalam ketenangan dan kesejahteraan. Seluruh masyarakat mengharapkan pelaku jenayah ini akan menerima hukuman yang setimpal dengan kezaliman yang dilakukannya.
Al Fatihah buat adik Syafia Humairah.
24 February 2010
STPM dalam debaran
Khamis 25 Feb 2010 , debaran akan menggamit anak anak remaja. Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia akan diumumkan hari ini. Pada malam tadi, mungkin ada diantara adik adik yang tak lena tidur dek memikirkan bagaimana keputusan yang akan diperolehi hari ini.
Saya masih teringat peristiwa 16 tahun lalu. Ketika itu, hati saya juga berdebar debar seperti adik adik semua. Pada malam ini , fikiran melayang entah kemana. Setelah kita menghabiskan masa selama 13 tahun dialam persekolahan, STPM lah akan menentukan masa depan. saya yakin setiap pelajar yang mengambil peperiksaan ini nak keputusan yang cemerlang bagi melayakkan anda memasuki universiti.
Universiti adalah destinasi impian semua pelajar. Keputusan sudah tidak boleh diubah. Dalam peperiksaan ini terdapat pelajar yang akan mendapat keputusan yang cemerlang, sederhaha cemerlang dan akan ada pelajar yang gagal.
Itu semua amat berkait rapat dengan usaha kita semasa di alam persekolahan. Kepada yang rajin mengulangkaji pelajaran, insyallah kejayaan akan bersama mereka. Kepada yang leka dan malas, berkemungkinan besar kegagalan akan bersama mereka.
Hakikat itu mesti diterima. Kekesesalan tidak berguna lagi. Saya ucapkan setinggi tahniah dan syabas kepada yang berjaya. Teruskan perjuangan anda untuk menuntut ilmu setinggi yang mungkin. Berikanlah sekalung ucapan terima kasih kepada kedua ibu bapa dan guru guru kita yang sentiasa memberi dorongan tanpa jemu.
Bagi mereka yang kurang berjaya, janganlah putus asa. janganlah menganggap kehidupan ini sudah tertutup. Kita kena meneroka sejarah orang yang berjaya pada hari ini. Ada sebahagian dari mereka pernah gagal ditengah jalan sebelum bangkit dengan kejayaan.
Cemerlang dalam akademik hanya salah satu kejayaan. Banyak lagi kejayaan dalam bidang lain. Terdapat juga dikalangan kita yang tidak masuk Universiti pun, tetapi mampu menjadi seorang jutawan dengan usaha gigih melalui perniagaan. Ada juga dikalangan kita yang tak masuk universiti, tetapi mempunyai akhlak dan prilaku yang terpuji.
Bukan lah maksud saya untuk melemahkan semangat anda untuk masuk Universiti. Tujuan saya ialah untuk menguatkan semangat kepada yang kurang berjaya dalam STPM kali ini. Anda mungkin ada 2 pilihan sama ada mencuba sekali lagi atau menceburi bidang lain yang terbuka luas di Malaysia.
Setinggi tahniah saya ucapkan kepada yang berjaya. Moga anda teruskan perjuangan dan menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara di masa depan.
23 February 2010
Cabaran besar ekonomi Umat Melayu
Saban waktu, kita pasti akan terdengar masyarakat berbicara soal politik sama ada di kedai kopi, di warung, di wakaf wakaf, pejabat, masjid dan di merata tempat. Orang yang berbicara soal politik ini tidak mengenal batas usia, sama ada remaja, muda, dewasa dan orang orang tua. Bagi masyarakat Malaysia politik amat menarik minat mereka walaupun mereka bukan ahli politik.
Masyarakat Malaysia jarang berbicara soal ekonomi, begaimana keadaan ekonomi negara masa kini, siapa yg menguasai ekonomi negara dan sebagainya. Kadang kadang ada juga kedengaran org berkata, " sekarang kerajaan kita tak ada duit" itulah yang banyak diperkatakan org dizaman kemelesetan ekonomi kini.
Baru baru ini telah keluar senarai mereka yang terkaya di Malaysia. Ia masih lagi dimonopoli oleh org Cina dan Org India. Inilah yang harus kita belajar dan renungi bersama. Saya ada terbaca laporan Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Laporan Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu yg menganggarkan lebih 900 juta penduduk Asia diketegorikan sebagai miskin tegar. Takrif miskin tegar ini adalah mereka yang berpendapatan AS$ 1.25 (RM 4.25) sehari dan ia didominasi oleh penduduk india dan China.
Soalnya sekarang, rakan rakan sebangsa dengan mereka hidup miskin di negara sendiri tetapi mereka mampu mengubah corak kehidupan di Malaysia dengan membina empayar perniagaan yang berjaya. Orang Cina dan India di Malaysia yang punyai nilai harta RM 1B keatas ialah seramai 17 orang. Hanya terdapat 3 org individu melayu yang memiliki nilai melebihi RM 1B.
Daripada 20 org terkaya tersebut, 16 org daripadanya ialah bangsa cina dengan nilai keseluhuran aset mereka RM 106.302 B. Terdapat seorang bangsa india yang memiliki nilai aset berjumlah RM 27 B. Baki 3 org bangsa melayu tersebut hanyalah RM 9.935 B. Cuba bayangkan jumlah nilai yang dimiliki oleh ketiga tiga bangsa yang besar di Malaysia.
Persoalannya, dimanakah lagi usahawan melayu. Adakah hanya terdapat 3 orang sahaja usahawan melayu yang berjaya. Oleh yang demikian, pada pandangan saya bahawa melayu masih perlukan tongkat. DEB harus dipertahankan agar jurang ekonomi ini dapat diperseimbangkan.
Kita akui bangsa melayu telah banyak berubah semenjak merdeka hinggalah kini. Ramai dikalangan melayu telah mendapat pendidikan tinggi dan memegang jawatan penting dalam pelbagai bidang. Itu hakikat yang mesti diakui oleh semua orang. Namun sikap anak anak kita berlumba lumba utk memohon pelbagai jawatan dalam sektor awam apabila keluar dari universiti menyebabkan perkembangan ekonomi umat melayu tidak berkembang.
Budaya dan bentuk pemikiran ini mesti mesti diubah. Kurikulum universiti harus menekankan keusahawanan sebagai elemen penting dalam pendidikan. Mengapa org cina dan india kurang dalam perkhidmatan awam. Mereka kebanyakannya berada dalam pasaran perniagaan.
Disebalik kegusaran tersebut, saya kagum melihat 3 anak melayu yg tersenarai dalam kategori 20 terkaya di Malaysia kerana kekayaan ini adalah hasil titik peluh mereka sendiri dan bukan lah warisan kekayaan generasi keluarga mereka. Rahsia kejayaan mereka hendaklah dikorek utuk menjadi tatapan generasi akan datang.
Konsep, melayu menguasai politik, bangsa lain menguasai ekonomi merupakan sesuatu yang menarik untuk direnungi bersama.
Fikr
22 February 2010
Cabaran besar buat lelaki
Wanita adalah insan yang sangat istimewa dalam kehidupan dunia lelaki. Tanpa wanita, kehidupan seorang lelaki kelihatan tidak sempurna.
Saya tertarik dengan kenyataan yang dibuat oleh Cuepacs yang menyatakan kebimbangannya terhadap penguasaaan wanita dalam perkhidmatan awam di Malaysia. Fenomena ini nampaknya semakin ketara semenjak tahun 2000 keatas. Ia terjadi, hasil daripada keterbukaan kerajaan dalam memberi pendidikan kepada rakyat tanpa mengira gander.
Peluang pendidikan yang terbuka luas ini telah digunakan sepenuhnya oleh golongan hawa untuk menuntut ilmu setinggi mungkin. Saban tahun kita menyaksikan jumlah pelajar cemerlang didimonasi oleh wanita. Saya tidak lah menafikan terdapat pelajar lelaki yang cemerlang, namun jumlahnya sedikit berbanding dengan wanita.
Di kampus Uitm Shah Alam sebagai contoh, 70% peratus penuntutnya adalah wanita sehinggakan fakulti Kejuruteraan pun lebih 60 % adalah pelajar wanita. Begitu juga dengan universiti lain yang mana pelajar wanita mengatasi pelajar lelaki. Jika trend ini berterusan, adalah tidak mustahil, sektor awam pada masa depan akan dikuasai oleh wanita.
Kesan daripada tahap pendidikan ini, semakin ramai wanita berada dalam sektor awam sama ada di peringkat pembuat dasar & berada dalam Jawatan Utama sektor Awam (JUSA), Kumpulan Pengurusan dan Profesional gred 41 keatas dan kumpulan sokongan yang lain. Keadaan ini juga berlaku kerana sektor awam di Malaysia amat menekankan soal kelulusan akademik bagi mengisi jawatan dalam perkhidmatan awam.
Dalam soal ini, wanita tidak boleh dipersalahkan. Jawatan diberi kepada mereka kerana mereka layak dan telah melalui tapisan yang ketat. Bagi golongan lelaki pula, kita mestilah menyahut cabaran supaya trend ini tidak akan berterusan. Kita harus mulakan dari peringkat persekolahan sehingglah ke universiti. Jika pola nisbah lelaki dan wanita di pusat pengajian tinggi masih lagi tidak seimbang maka keadaan ini akan berterusan.
Namun demikian, luahan Cuepacs tersebut ada benarnya. jangan ada jurang yang ketara antara lelaki dan wanita dalam perkhidmatan awam. Jika guru guru wanita terlalu ramai di sekolah melebihi lelaki, adalah sukar untuk mereka mengawal disiplin pelajar yang semakin komplek dalam dunia moden tanpa kehadiran guru guru lelaki. Difahamkan nisbah guru wanita dengan lelaki pada masa sekarang ialah 70:30. Ketidakseimbangan ini sudah pasti akan mengundang masalah jika tidak dikawal dari awal.
Saya juga mendapat maklum bagi pengambilan jawatan baru PTD pada masa sekarang, 3/4 jawatan ini di isi oleh wanita. Ini adalah perkara yang harus dibuat kajian secara menyeluruh. Lelaki dan wanita mempunyai kekuatan masing masing. Kita tidak mahu keadaan ini berterusan dan akan mengganggu sistem sosial negara.
Statistil terkini pegawai awam yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam menunjukkan bilangan wanita memang melabihi pegawai lelaki. Bagi kumpulan pengurusan tertinggi , jumlah pegawai lelaki ialah seramai 1,847 orang iaitu 72% , manakala jumlah pegawai wanita pula ialah seramai 709 orang atau 28%.
Bagi kumpulan Pengurusan dan Profesional pula, bilangan pegawai lelaki hanya 111,659 org, manakala jumlah pegawai wanita ialah seramai 176,223 orang. Bagi jawatan sokongan yang lain pula jumlah pegawai lelaki ialah seramai 368,832 orang dan jumlah pegawai wanita pula ialah seramai 370,968 orang.
Jumlah keseluhuran pegawai awam di negara kita ialah seramai 1,30,238 orang. Dari jumlah itu seramai 547,900 orang atau 63% atau pegawai wanita. Seramai 482,338 orang adalah pegawai lelaki atau 47%.
Kepada adik adik lelaki, anda kena sahut cabaran ini. Anda jangan leka dengan keseronokan sehingga lupa mencari ilmu. Jika tidak penguasaan wanita dalam perkhidmatan awam akan terus berlaku dan anda akan bekerja dengan bos wanita.
Fikr.
18 February 2010
Jangan campur urusan negara kami.
Kes perbicaraan bekas Timbalan Perdanan Menteri amat mendapat perhatian umum bukan sahaja dalam negara namun ia melangkaui seantero dunia. Apabila saya mengamati perbicaraan ini, ingatan saya pasti akan menghala kepada filem hindustan/hindi kerana dalam filem ini orang yang ada pengaruh dan wang sentiasa mempermainkan undang undang negara.
Ini lah permainan Anwar dan barisan peguamnya bagi melengah lengahkan perbicaraannya di Mahkamah. Dalam catatan hari ini, saya tidak mahu fokus kepada soal pelengahan perbicaraan tetapi apa yang nak saya fokuskan ialah soal campurtangan kuasa asing dalam perbicaraan tersebut.
Sikap 50 org Ahli Parlimen Australia yang menghantar surat bantahan agar kerajaan menutup kes perbicaraan Anwar jelas mencampuri urusan dalam negara kita. Negara kita ada undang undang yg dibuta oleh ahli Parlimen. Negara mereka juga ada undang undang yang dibuat oleh Ahli Parlimen mereka. Untuk pengetahuan semua australia mempunyai seramai 226 org Ahli Parlimen.
Undang undang yang ada di Malaysia dan Australia adalah tidak sama. Di Australia , mungkin liwat dan seks bebas itu tidak menjadi satu kesalahan dalam undang undang mereka. Oleh sebab itu mereka bebas melakukan hubungan antara lelaki dengan lelaki. Bagi kita di Malaysia, liwat adalah sesuatu yang diharamkan. Mana mungkin ada hubungan sejenis antara lelaki dgn lelaki. Islam juga mengharamkan hubungan terkutuk ini.
Australia tidak seharusnya mencampuri urusan dalaman negara kita. Hormat menghormati antara sesebuah negara adalah perlu. Mereka juga sudah pasti tidak suka kita mencampuri urusan dalam mereka. Dalam kes perbicaraan Anwar ini, kita serahlah kepada mahkamah yang akan tentukan mengikut lunas undang undang.
Malaysia bukanlah sebuah negara yang zalim terhadap rakyatnya. Anwar telah diberi ruang yang secukupnya untuk mempertahankan diri. Lihatlah berapa kali kes ini sudah tertangguh kerana kita memberi ruang yang secukupnya kepada Anwar. Namun kadang kadang kita lihat , Anwar telah mengambil banyak kesempatan utk melengahkann kes ini. Jika benar seseorang tidak bersalah, kita nak kes diselesaikan dgn cepat supaya nama kita dibersihkan.
Apa yang dikesalkan pembangkang juga menyokong campurtangan asing dalam perbicaraan Anwar ini. Apakah pembangkang nak negara ini hancur. Sekali kita mengundang mereka, 100 kali mereka akan menerimanya. Jangan jadi macam Iraq, sampai bila pun Iraq akan dikongkong oleh mereka. Tidak sedarkah pemimpin PAS yang barat mengatakan bahawa undang undang Hudu yg dibawa oleh PAS sangat zalim.
Oleh yang demikian , kita mengutuk sekeras kerasnya tindakan campurtangan asing dalam perbicaraan ini. Biarlah undang undang Malaysia menentukan sama ada Anwar bersalah atau tidak. Jika camputangan asing berlaku dalam undang undang kita, ia seolah olah kita bukan sebuah negara berdaulat. Rakyat malaysia harus berwaspada.
Fikr
Robert Kuok Orang Terkaya di Malaysia (Agenda daily)
Kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia terus mencatat peningkatan dengan kekayaan mereka yang terkumpul bernilai RM156.7 bilion pada 15 Jan atau 63 peratus lebih daripada RM96.3bilion berikutan pemulihan dalam pasaran saham, demikian didedahkan hasil satu kaji selidik oleh Malaysian Business.
Bagaimanapun, menurut kenyataan hasil kaji selidik majalah itu yang dikeluarkan hari ini, kekayaan terkumpul mereka masih kurang daripada RM171.9 bilion yang direkodkan pada 2008.
Penanda aras FBM KLCI telah meningkat 44.3 peratus sejak kaji selidik terakhir ketika masyarakat dunia berusaha bangkit semula berikutan krisis kewangan global.
Senarai penuh 40 orang terkaya dan maklumat mengenai kekayaan mereka telah diterbitkan dalam majalah itu dalam keluaran 16 Februari. Seperti tahun lepas, kekayaan 40 teratas itu dinilai berdasarkan kepada nilai saham mereka di dalam syarikat yang tersenarai pada 15 Jan tahun ini.
Kaji selidik itu juga menunjukkan hampir separuh daripada senarai yang tercatat tahun ini melonjak 50 peratus atau lebih.
Bernama melaporkan ada lebih jutawan tahun ini -- 22 orang iaitu lebih lapan orang berbanding tahun lepas.
Tan Sri Robert Kuok dari Kumpulan Kuok yang melepaskan mahkotanya "Raja Gula" tahun lepas, masih mendahului senarai dengan kekayaan RM42.76 bilion, meningkat RM16.1 bilion daripada RM26.6 bilion, setahun lalu.
Hartawan telekomunikasi Ananda Krishnan berada pada kedudukan kedua dengan kekayaan RM27 bilion.
Tan Sri Lee Shin Chen dari IOI Corporation Bhd menduduki tempat ketiga dengan kekayaan RM11.92 bilion diikuti ahli perbankan terkemuka Tan Sri Teh Hong Piow dengan kekayaannya berjumlah RM10.86bilion.
Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting dengan kekayaan bernilai RM10.38 bilion, melonjak kepada kedudukan kelima. Ini kerana beliau mewarisi sejumlah besar kekayaan daripada mendiang bapanya Tan Sri Lim Goh Tong.
Tan Sri Quek Leng Chan dari Kumpulan Hong Leong menduduki tempat keenam dengan RM7.09 bilion manakala Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary dengan kekayaan bernilai RM6.01 bilion, menduduki tempat ketujuh.
Jutawan lain yang tersenarai dalam 10 teratas adalah balu Lim Goh Tong, Puan Sri Lee Kim Hua, Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group dan Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group.
Lima muka baru dalam senarai itu ialah Lee Swee Eng dari KNM Group, Datuk Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin dari Sapura, Datuk Seri Nazir Razak dari CIMB Group dan Ong Leong Huat dari OSK Holdings, yang muncul semula dalam senarai itu selepas tiada dalam tempoh setahun.
14 February 2010
Pulau Pinang batalkan Perarakan Maulidur Rasul
Hari ini hari ke 2 kita merayakan sambutan Tahun Baru Cina. Saya percaya masih ramai lagi dikalangan kita yang bercuti panjang bersama keluarga di kampung halaman masing. Apa pun saya ucapkan selamat bercuti bersama keluarga tersayang. Bagi masyarakat Cina pula , Kegembiraan sambutan ini masih lagi diraikan dan tradisi kunjung mengunjung akan diteruskan pada hari ini.
Isu yang mendapat perhatian saya hari ini ialah, pembatalan Perarakan Sambutan Maulidur Rasul di Pulau Pinang. Jika benar perarakan ini dibatalkan, saya amat kesal dan mengecam keras tindakan tersebut dan amat sesuai Guang Eng digelar sebagai Chauvinis, ekstrimis dan rasis serta mempunyai agenda perkauman yang sempit.
Keadaan ini amat bertentangan dengan semangat Tahun Baru Cina yang sedang kita sambut. Seluruh masyarakat dan pimpinan negara meraikan sambutan Tahun Baru Cina di pelbagai ceruk rantau seluruh negara. Tidak wujud perasaan syak wasangka dan prejudis terhadap bangsa lain di negara bertuah ini.
Yang peliknya, Guang Eng menafikan perarakan tersebut dibatalkan, namun surat pekeliling telah dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri memaklumkan pembatalan perarakan tersebut. Biasanya dalam pentadbiran kerajaan, surat tersebut akan dikeluarkan setelah mendapat arahan dari kerajaan yang diketuai oleh Ketua Menteri/Menteri Besar.
Bagi saya, ini adalah percubaan halus Guang Eng untuk meminggirkan islam. Namun saya percaya pasti akan ada orang islam yang akan menyokong tindakan Guang Eng ini. Ini lah yang disifatkan oleh junjungan besar kita Rasulullah saw, suatu ketika nanti akan ada datang zaman umat islam akan diratah oleh orang kafir walaupun pada ketika itu umat islam amat ramai yg berpecah belah.
Majlis sambutan Maulidur Rasul ini adalah salah satu usaha kerajaan mengajak umat islam memperingati junjungan besar kita Nabi Muhammmad saw. Oleh yang demikian kita hendaklah menentang sekeras kerasnya tindakan membatalkan Majlis Perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang.
Wahai rakyat Malaysia, fikirkanlah. Ini baru DAP berkuasa di Pulau Pinang. Bayangkan lah jika meraka memegang tampuk kekuasaan di Malaysia. Mungkin byk lagi program keagamaan akan dibatalkan oleh mereka. Kepada siapakah harapan kita di sekarang.
fikr
13 February 2010
Gong Xi Fa Cai
14 Feb 2010 kaum Tiong Hua akan merayakan Tahun Baru Cina. Sebagai rakyat Malaysia kita sudah tentu rasa berbangga kerana perayaan ini dapat dirayakan dalam suasana gembira, aman sentosa dan amalan kunjung mengunjung diteruskan. Pada malam ini, kaum keluarga mereka sudah pasti akan melaksanakan amalan Makan Besar bersama keluarga tercinta.
Dalam negara bertuah ini , rakyat berbilang kaum dapat merayakan perayaan mereka tanpa ada sekatan dan ancaman dari mana mana pihak seperti mana kita menyambut Hari raya Idul Fitri dan perayaan lain. Ini lah amalan demokrasi dan perkongsian kuasa yang diamalkan. Setiap kaum mempunyai hak masing masing termasuk dalam soal perayaan kaum dan agama masing masing.
Tahun Baru cina pada tahun ini dikenali dgn tahun Harimau. Harimau ini melambangkan keberanian dan kegagahan. Oleh sebab itu, kita tidak hairan jika kaum cina sangat berani dgn cabaran terutamanya dalam dunia perniagaan. Kejayaan meraka dalam aktiviti perniagaan di negara Malaysia haruslah dicontohi oleh bangsa lain terutamanya bangsa melayu. Mereka berjaya melahirkan ramai jutawan melalui dunia perniagaan ini.
Semua ini dapat dikecapi kerana kita dapat mengekalkan keharmonian kaum dan kestabilan politik dalam negara. Bayangkan kalau negara tercinta ini hura hara dan kestabilan politik tidak berlaku, sudah pastilah perayaan seumpama ini tidak dapat kita rayakan.
Sempena Tahun Baru yang kebetulan Tahun Harimau ini, marilah kita semua bersatu hati, eratkan perpaduan antara kita dan saling menghormati antara satu sama lain. Insyallah kita akan terus dapat menikmati kehidupan sebagaimana yang kita nikmati ini.
Kesempatan ini, saya ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua kaum Cina walau pun dimana kalian berada. Semoga sambutan tahun baru kali ini lebih bermakna kepada kita disamping dapat menanamkan nilai kasih sayang dalam keluarga masing masing.
Fikr
12 February 2010
Sinar Harian 12 Feb 2010
KAMPUNG ATAS TOL - Akibat menderita penyakit diabetes sejak dua tahun lalu, nasib seorang penjual kain kini berubah sama sekali setelah kaki kirinya dipotong sejak Oktober tahun lalu.:
Mariam Armughan @ Mohamed Sharif, 52, yang dahulunya aktif berniaga kain di sekitar Bukit Payong dan Kuala Terengganu kini tidak mampu lagi bergerak dan bergantung harap sepenuhnya kepada ahli keluarga lain.
Mariam ketika ditemui di kediamannya berkata, sejak kakinya dipotong, rutin hariannya berubah sama sekali namun dia reda dengan ketentuan Ilahi.
“Pada mulanya saya terfikir untuk memakai kaki palsu bagi memudahkan pergerakan tapi setelah dinasihati supaya tidak menggunakannya kerana bimbang boleh menyebabkan kaki luka dan sukar sembuh, saya akur.
“Sekarang saya hanya bergantung kepada anak-anak jika ingin bergerak dan menguruskan diri,” katanya.
Sebelum itu, Mariam menerima kunjungan Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong, Zaidi Muda yang singgah melawatnya dan menyampaikan bantuan kerusi roda serta kewangan.
Turut serta dalam lawatan itu, wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Atas Tol dan wakil daripada Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) DUN Bukit Payong.
Sementara itu, Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Terengganu, Mohd Anuwar Sabri yang turut menyertai lawatan itu berkata, Mariam kini bergantung kepada bantuan am bulanan sebanyak RM200.
“Kita telah mendapat maklumat mengenainya dan sekarang ini kita sedang dalam proses untuk mendapatkan bantuan persekutuan bagi penjaganya, sebanyak RM300 setiap bulan.
“Kita akan usahakan agar bantuan sebanyak itu dipercepatkan bagi membolehkannya menampung hidup,” katanya.
UMNO sememangnya juara rakyat
Program Juara Rakyat yg dicetuskan oleh YAB Dato' Seri Najib baru baru ini telah dapat membuka minda rakyat. UMNO dan BN yg sudah sekian lama memerintah negara dan telah membawa rakyat Malaysia ke mercu kejayaan. Sesungguhnya kerajaan, parti dan rakyat dan pegawai kerajaan tidak dapat dipisahkan bg menjamin kesejahteraan negara.
Bulan Feb. merupakan bulan kebajikan berdasarkan kalender Program Juara Rakyat manakala bulan Januari pula merupakan bulan pendidikan. Bulan Januari baru baru ini, UMNO telah meraikan kejayaan anak anak yang cemerlang dalam pepriksaan UPSR dan PMR. Ganjaran dalam bentuk wang tunai telah diberikan kepada anak anak pelajar yang cemerlang.
Hari ini 13 Feb 2010, pelancaran program UMNO Juara Rakyat bulan kebajikan ini akan disempurnakan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin di di Besut dan Kuala Tereangganu. Bagi Parlimen Marang pula ia akan disempurnakan oleh YB. Dato' Dr Awang Adek Hussin, Timbalan Menteri Kewangan pada 27 Feb 2010.
Tumpuan bulan ini adalah kepada penerima bantuan kebajikan dan penerima bantuan lain. Bantuan ini meliputi bantuan bulanan kepada warga tua, ibu tunggal, org miskin, orang kurang upaya, kanak kanak kurang upaya, pesakit kronik, penjaga kepada pesakit kronik, bantuan anak sekolah, bantuan kerusi roda, anggota palsu, bantuan cermin mata dan pelbagai jenis bantuan lagi yg dikurniakan kepada rakyat.
Begitulah komitmen kerajaan dan UMNO dalam menjamin kesejahteraan rakyat. Dalam suasana ekonomi yang suram, rakyat terus mendapat nikmat bantuan ini tanpa ada pemotongan dan sebagainya walaupun sebahagian besar jabatan kerajaan mengalami pemotongan bajet.
Pada hari Selasa lps saya bersama sama dgn Lembaga Pertubuhan Peladang mengagihkan bantuan peralatan kecil pertanian kepada petani bagi menggalakkan petani mengusahakan kegiatan pertanian.
Dalam masa terdekat juga, kita akan mengagihkan bantuan pakaian sekolah kepada keluarga miskin diseluruh negeri Terengganu. Oleh yang demikian , tidak ada sebab , rakyat dalam negara kita hendak menolak UMNO dan BN. Segala galanya telah tersedia, yang selebihnya bergantung kepada kitalah sama ada nak maju atau sebaliknya.
Menurut sumber Jabatan Kebajikan Masyarakat, lebih kurang 23,000 orang penerima bantuan kebajikan di Terengganu sahaja manakala di Marang pula terdapat lebih kurang 5000 org penerima bantuan ini.
Sebagai rakyat , kita mestilah bersyukur dengan nikmat ini dan jangan kita lupa ucapkan terima kasih kepada pemimpin yang sentiasa menolong kita. Sebagai manusia biasa, hari ini pemimpin UMNO menolong kita, namun kita juga harus menolong pemimpin UMNO terutama apabila tiba hari mengundi. Kita sokonglah org yang telah berbakti kepada kita dengan mengundi Barisan Nasional (BN). Konsep tolong menolong ini amat perlu kita eratkan.
Dengan itu , insyallah negara kita akan terus selamat sejahtera.
11 February 2010
PKR hilang 1 kerusi Parlimen
Salam perjuangan di hari Jumaat yang mulia. Hari ini , 11 Feb 2010 satu lagi tamparan hebat buat PKR. Dalam keadaan parti yang terumbang ambing, Ahli Parlimen Bayan Baru, YB. Dato' Seri Zahrain Hashim mengistiharkan keluar parti dan meletakkan semua jawatan dalam parti. Beliau juga mengumumkan akan menjadi Ahli Bebas dan tidak mesra BN.
Nampaknya politik PKR hampir berkubur, Itulah senario politik Pakatan Pembangkang yang hanya menunggu masa untuk tumbang dan berkecai. Detik kehancuran bermula apabila bekas Setiausaha Agungnya Datuk Sallehudin Hashim yang telah meletakkan jawatan sebulan yang lepas.
Sebab utama perletakan ini ialah kerana, rasa ketidakpuasan hati terhadap Ketua Menteri Pulaun Pinang yang dianggap sebagai pro komunis, cauvinis, dan diktator. Sebenarnya ramai dikalangan rakyat telah mula sangsi matlamat perjuangan pembangkang. PKR dan PAS hanya menjadi pak turut kepada DAP. Yang berkuasa sebenarnya adalah DAP. Dalam banyak isu , PKR dan PAS mengalah kepada DAP kerana ingin menjaga pengundi bukan melayu kononnya.
Beberapa isu yg berlaku telah membuktikan bahawa Guan Eng dan DAP hanya mempermainkan pakatan pembangkang demi kelangsungan kuasa mereka. Contohnya , seorang ADUN DAP Kedah mengistiharkan keluar dari pakatan pembangkang dalam isu pencerobohan pusat penyembelihan babi di Alor Star. Jefri Oii pernah melabelkan JIM sebagai ekstrimis teririts kerana mengkritik kerajaan Pulau Pinang.
Tonny Pua yang pernah mecampuri urusan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam yg merampas arak di Shah Alam juga menimbulkan banyak rasa tidak puas hati PKR dan PAS. Beliau juga pernah menuntut supaya Dato' Dr. Hassan Ali digugurkan dari senarai Exco Kerajaan Negeri. Apa tindakan MB Selangor?
DAP tidak hairan dengan pengaruh PAS dan PKR. Kedudukan Ketua Pembangkang yg disandang oleh penasihat PKR tidak menjadi halangan kepada DAP untuk menunjukkan siapa yang lebih kuat dalam Pakatan Pembangkang.
Dari segi nisbah kekuatan DAP lebih berpengaruh kerana memenangi lebih 50% dari kerusi yg ditandingi dalam pilihanraya yg ke 12. Daripada 47 kerusi yang ditandingi, DAP menang 28 kerusi, berbanding dgn PAS yg bertanding 66 kerusi tapi hanya menang 23 kerusi sahaja. PKR pula bertanding di 97 kerusi dan hanya menang 31 kerusi.
Atas sebab itu DAP cukup berkuasa di Pulau Pinang dan cukup kuat pengaruh keatas Kerajaan Selangor. Begitu juga semasa di Perak semasa PR berkuasa, cengkaman mereka amat kuat walaupun PAS yg menjadi Menteri Besar. PKR tidak mampu untuk memerintah Selangor tanpa sokongan DAP.
Namun di Pulau Pinang DAP mampu berdiri sendiri kerana mereka menang 19 kerusi, PKR 9 kerusi, PAS 1 kerusi dan BN 11 kerusi. Oleh sebab itu mereka tidak takut langsung kepada PKR di Pulau Pinang. Mereka bebas untuk memerintah dan melaksanakan sebarang dasar tanpa sokongan PKR.
Oleh sebab itu jika Zahrain, Zulkifli dan lain lain MP PKR menjadi Ahli Bebas, yang akan rugi ialah PKR , bukannya DAP. Itulah sandiwara DAP yang meyebabkan PAS dan PKR tertipu.
Dato Zahrain mengatakan bahawa, beliau telah hilang kepercayaan terhadap pronsip perjuangan PKR. Adalah diharapkan selepas ini ramai lagi MP PKR yang akan berbuat demikian. Sesungguhnya perjuangan dalam PKR adalah perjuangan kosong semata semata kerana nafsu pribadi seorang yang bernama Anwar Ibrahim.
Dalam keadaan sekarang kita dapat melihat dengan jelas, Anwar hanyalah sebagai alat untuk DAP mendapatkan kuasa. Bagi mereka sokongan orang melayu terhadap Anwar akan memungkinkan mereka mencapai cita cita mereka.
Fikr
Sinar Harian 11 Feb 2010
PEKAN BUKIT PAYONG - Kira-kira 1,700 peladang dan pesawah di negeri ini mendapat manfaat di bawah Skim Pemilikan Jentera dan Peralatan Kecil Peladang di bawah Dasar Jaminan Bekalan Makanan Negara sejak mula diperkenalkan pada 2007.
Menurut Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Terengganu, Shamsuddin Mat Rani, dasar itu adalah bagi menggalakkan peladang dan pesawah memiliki jentera sendiri dan peralatan untuk mengusahakan sawah dan ladang tanpa banyak bergantung pada penyedia perkhidmatan.
Katanya, ia secara tidak langsung dapat mengurangkan kos operasi, penyediaan tanah yang berkualiti bagi membolehkan sektor pertanian ditransformasikan ke arah yang lebih moden, dinamik dan berdaya saing.
“Sejak diperkenalkan pada 2007, LPP telah memperuntukkan sebanyak RM100,000 untuk pemberian jentera dan jumlah itu meningkat kepada RM500,000 pada 2008.
“Disebabkan sambutan yang cukup menggalakkan, peruntukan tersebut ditingkatkan kepada RM2.5 juta pada 2009 dan untuk tahun ini sahaja, kita memperuntukkan sebanyak RM600,000 kepada 200 ke 300 peladang dan pesawah di negeri ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian selepas Majlis Penyerahan Jentera dan Peralatan Peladang di bawah Skim Pemilikan Jentera dan Peralatan Kecil Peladang dan di bawah Dasar Jaminan Bekalan Negara yang diadakan di pekarangan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bukit Pa�yong.
Majlis itu dirasmikan Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong, Zaidi Muda.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi PPK Bukit Payong, Othman Muda.
Menurutnya, kebanyakan penerima bantuan tersebut adalah peladang yang mengusahakan tanaman padi selain pengusaha tanaman lain.
“Had pembiayaan maksimum bagi seorang peladang ialah RM5,000 dan jentera atau peralatan yang diberikan berdasarkan permintaan dan keperluan mereka.
“Kita berharap dengan usaha yang dijalankan ini, ia dapat meningkatkan pengeluaran pertanian dan menjadikan sektor ini sebagai penjana ekonomi negara dan memperoleh imbangan dagangan yang positif,” katanya.
Nizar semakin biadap
Semalam, mahkamah telah membuat keputusan YAB. Dato' Dr. Zamri adalah Menteri Besar Perak yang sah disisi undang undang. Ini bermakna keputusan yang dibuat oleh DYMM Sultan Azlan, Sultan Perak adalah mengikut lunas undang undang negeri Perak.
Lebih mengukuhkan kedudukan apabila semua panel 5 hakim menyebelahi Dato' Dr. Zamri. Keputusan ini sudah pasti menamatkan kemelut perlembagaan yang berlaku di Perak. Semua pihak harus menghormati keputusan mahkamah kerana ia adalah satu institusi keadilan negara kita. Kalau rakyat sudah tidak mempercayai keadilan mahkamah, sudah pasti negara kita akan kacau bilau.
Apa yang mendukacitakan kita ialah tindakan Nizar yg kelihatan mempertikaikan keputusan itu dan menyatakan sistem monarki mutlak masih diamalkan di negara ini. Ini adalah satu tuduhan yg tidak berasas sama sekali. DYMM Sultan membuat keputusan setelah berpuas hati bahawa jumlah sokongan terhadap BN melebihi sokongan terhadap PR apabila 3 Wakil Rakyat DAP dan PKR menyatakan sokongan terhadap BN. Dengan ini BN mempunyai kelebihan untuk membentuk kerajaan.
Begitu juga, jika sekiranya selepas ini ada wakil BN yang mungkin istihar bebas dan menyatakan sokongan terhadap PR, dengan ini PR akan membentuk kerajaan. DYMM Tuanku akan melantik YAB MB setelah baginda berpuashati sokongan majoriti ahli ahli Dewan terhadap sesebuah parti. Jadi tuduhan yang menyatakan, kita masih mengamalkan sistem monarki mutlak adalah sama sekali tidak berasas.
Disamping itu Nizar juga meletakkan 3 syarat sebagai tanda kerjasama PR terhadap BN. antaranya ialah:
i- Sivakumar hendaklah dilantik sebagai Speaker.
ii- Mohon dana khas untuk Wakil Rakyat pembangkang.
iii- Mohon kebenaran menggunakan Dewan serbaguna untuk kegiatan parti.
Dalam hal ini ada perkara yang boleh kedua dua parti ini berkerjasama. Namun ini adalah mainan politik Nizar untuk mendapat simpati rakyat. Lantikan Speaker akan dibuat oleh DUN berdasarkan sokongan dikalangan ahli dewan. kalau DUN telah menolak Sivakumar, bagaimana Sivakumar akan dilantik.
Soal penggunaan dewan serbaguna ini boleh dirujuk kepada kerajaan negeri. Kerajaan Terengganu pernah memberi kebenaran untuk PAS menggunakan dewan hak milik kerajaan negeri. BN adalah kerajaan yang bertimbang rasa dan mengutamakan rakyat.
Soalnya, Jika mereka menang dalam perbicaraan itu, mereka akan menyatakan bahawa mahkamah telah membuat keputusan yang tepat dan PR adalah betul, namun jika keputusan tidak meyebelahi mereka, mereka akan menghemtam mahkamah, mahkamah tidak adil, mahkamah dipengaruhi oleh parti pemerintah, mahkamah membenarkan rampasan kuasa di Perak dan pelbagai tuduhan lagi dilemparkan kepada mahkamah.
Kita harus rasional dengan keputusan mahkamah bagi mewujudkan keharmonian dalam negara. Tunggulah pilihanraya akan datang. kalau rakyat yakin kita benar, kita akan menang dalam pilihanraya akan datang.
Fikr
02 February 2010
Gaji polis naik lagi ?
Kerajaan akan mengumumkan struktur gaji polis baru hari ini. Ini bermakna para pegawai dan anggota polis akan menikmati gaji yang lebih menarik. Ini secara tidak langsung akan menarik minat generasi muda menceburi bidang kerjaya ini.
Namun disebalik berita gembira untuk anggota polis ini, saya juga menerima maklum balas yg mengatakan ini tidak adil. Pada pandangan sahabat saya ini, semua anggota perkhidmatan awam yang lain juga buat kerja untuk meningkatkan taraf ekonomi negara.
Saya merupakan bekas kakitangan awam. Kalau anda tanya diri saya sebagai bekas kakitangan awam selama 12 tahun, saya bersetuju dengan kenaikan sedikit gaji anggota polis ini.
Diantara sebabnya ialah kerana polis menjalankan tugas dengan mempertaruhkan nyawa. Nyawa mereka sentiasa terancam semasa menjalankan tugas demi memastikan kemakmuran negara kita berterusan. Keamanan dan kemakmuran adalah elemen utama yang membolehkan kita bergerak, beribadah, bekerja dan sebagainya. Jika negara kacau bilau, semua benda tidak dapat dirancang dan dilaksanakan.
Ini bermakna , bukan saya menidakkan sumbangan besar kakitangan awam lain. Polis juga menjalankan tugas 24 jam tanpa dibayar elaun lebih masa. kakitangan awam lain gred 38 kebawah akan dibayar elaun lebih masa jika bertugas diluar waktu pejabat.
Oleh yang demikian adalah wajar, gaji anggota polis ini dinaikkan sedikit bagi memastikan mereka lebih komited pada tugas masing masing. Saya juga berharap kerajaan tidak akan melupakan kakitangan awam yang lain kerana sumbangan mereka terhadap negara amatlah besar.
Kita harus ingat bahawa dalam suasana ekonomi yang mengalami kemelesetan ini, kenaikan gaji mungkin tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh. Oleh yang demikian , kita kena banyak bersabar.
Wassalam
01 February 2010
Bukit Payong akan terus dibela.
Setelah sekian lama, saya menyepi diri dalam arena blog ini. saya mohon maaf kerana lama dah tidak update blog ini lantaran kesuntukan masa. Saya ucapkan terima kasih atas keminatan saudara dan saudara terhadap blog saya.
Kini sudah hampir 1 1/2 tahun saya dilantik sebagai Pegawai Pembangunan DUN Bukit Payong dan juga Pengerusi Penyelaras DUN. Lantikan ini dibuat setelah BN kalah dalam pilihanraya umum ke 12 di Bukit Payong.
Akibat kekalahan tersebut, sedikit sebanyak telah membantutkan pembangunan di Bukit Payong. Sebagai wakil kerajaan Barisan Nasional, saya penuh keazaman dan semangat untuk terus bersama rakyat Bukit Payong bagi sesuai dengan hasrat YAB Perdana Menteri, 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Prestasi diutamakan.
Pendidikan merupakan elemen yg paling penting. Kini terdapat 10 buah sekolah di Bukit Payong. 7 buah sekolah rendah dan 3 buah sekolah menengah. Saya akan cuba sedaya upaya untuk menambah jumlah sekolah ini dalam RMK 10 nanti. Sama sama kita doakan.
Bukit Payong adalah 1 kawasan yg pesat membangun. Jika ditinjau dari kemudahan asas, Kita telah mendahului kawasan yg lain. Lebuh Raya pantai Timur, insyallah akan dapat kita gunakan lebih kurang 2 tahun lagi. susur masuk ke lebuhraya di Kampung bt 9 akan memesatkan ekonomi di Bukit Payong. Jalan baru yg menghubungkan Bukit kor Undang dgn Kg. Tertak Batu akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Kini kita berusaha untuk melebarkan jalan simpang Chendering ke Bukit Payong kepada 4 lorong. Dengan siapnya jalan ini, ia akan mengurangkan kesesakan dijalan tersebut.
Pasar Kedai buluh pula telah hampir disiapkan. Pasar yg berharga dalam lingkungan RM 8 Juta ini akan mula beroperasi tidak lama lagi. Pasar Kg laut yg berharga RM 1.8 juta pula telah pun beroperasi. Pada tahun ini, kerajaan akan mula melaksanakan Terengganu Agro Terminal di Kg. Batu 9. Pasar ini akan memberi ruang yg cukup besar bagi penduduk di Bukit payong dan Marang meningkatkan sumber ekonomi.
Kesihatan juga memainkan peranan yg penting. Pusat Kesihatan baru yg berharga RM 18 juta sedang dalam pembinaan betul betul di tengah Pekan Bukit payong. Klinik 1 Malaysia juga telah mula beroperasi. Klinik 1 malaysia ini adalah antara 3 klinik yg terdapat di Trg. saya mendapat maklumat, Klinik ini mendapat sambutan yg memberangsangkan iaitu sekitar 100 org lebih berkunjung ke klinik ini setiap hari.
Dalam bidang keagamaan pula, banyak masjid baru akan dibina dalam masa terdekat. Masjid Kg. Tok Dir yg berharga RM 4 juta masih dalam pembinaan. Insyaalah pada tahun ini, kita akan membina Masjid baru di Kg. Surau Hj. Yaacob, seterusnya Masjid Kg. Belukar Jambu, Masjid Sena Rendang dan Masjid Kg. Paya resak.
Belia dan sukan adalah elemen yg sangat penting. Oleh yg demikian, saya akan terus membela nasib mereka terutamanya penyediaan tempat untuk mereka berkulpul dan melaksakan aktiviti. Kita telah membina 2 gelanggang rakyat atau gelanggang pelbagai guna di Kg. Belukar jambu dan Kg. Surau Hj. Yaacob. Pada tahun ini kita membina 1 lagi gelanggang futsal di Kg. Undang. saya juga telah berusaha untuk membaik pulih padang Bolasepak Mak Kemas. Selain itu, Kerajaan juga akan membina sebuah Pusat Latihan Gimnastik di Bukit payong bagi memberi kemudahan kepada adik adik pelajar kita menjalani latihan.
Kemudahan Balairaya juga amat penting kepada masyarakat setempat. Pada tahun 2009 kita membina sebuah balairaya yg berharga RM 150,000.00 di Kg. Surau Panjang dan Balairaya Kg. Bukit. Pada tahun ini pula , penantian selama berbelas tahun penduduk di Kg. Bt 9 akan berakhir. Kerajaan akan membina Balairaya dan Dewan Badminton di Kg. Batu 9.
Bagi memberikan pendidikan seawal mungkin kepada anak anak kita, Kerajaan telah membina sebuah bangunan Taska Permata. Taska ini akan memberi ruang kepada ibu bapa yang berkerja untuk menempatkan anak anak mereka disini. Taska ini akan mula beroperasi Mac 2010 ini. Kita juga telah menambah sebuah lagi Tabika KEMAS di Kg. Tok Pong.
Kemudahan perumahan rakyat juga tidak dilupakan. Bukit Payong telah mempunyai beberapa Taman Perumahan. Antaranya Taman Perumahan awam Kos Rendah Bukit Payong. Kini 44 unit rumah kos sederhana sedang dibina berhampiran dgn PAKR tersebut. 1 lagi PAKR akan dibina di Kg. Mak Kemas tidak berapa lama lagi. adalah dianggarkan 250 unit rumah akan dibina. Ini akan memberi peluang kepada rakyat untuk mendapatkan rumah. Disamping itu banyak lagi taman perumahan yg dibina oleh sektor swasta.
Doakan Bersama, Insyallah kejayaan akan bersama kita.