Pages

Subscribe:

13 July 2009

BN ATAU PAS


Salam bloggers

Lebih Kurang 10 jam, lebih 12,000 pengundi di Manek Urai akan menentukan wakil rakyat dan parti pilihan mereka Selasa ini selepas berada di bawah PAS.

Jika sebelum penamaan calon rata rata mengatakan adalah sukar untuk BN menang di kawasan ini. Dalam dunia ini tidak satu perkara yang mustahil boleh berlaku. Dengan usaha kuat dan gigih BN, jurang itu kini semakin rapat sehinggakan ada yang berpendapat BN boleh menggugat kedudukan PAS.

Ini kerana beberapa kawasan kubu kuat PAS misalnya di Chuchoh Puteri, Sungai Sok dan Lata Rek kini boleh dimasuki jentera BN. Perkara itu adalah mustahil sebelum ini. Faktor generasi muda yang dahagakan pembangunan juga menyumbang ke arah itu.

Tumpuan juga diberi kepada kawasan peti undi yang mempunyai populasi pengundi yang tinggi seperti di Sungai Perial dengan 2,019 pengundi, yang juga peti undi tertinggi daripada sembilan peti undi di Manik Urai.

Setiap hari PAS mempermainkan isu Islam dan dakwaan kerajaan persekutuan menganaktiri rakyat negeri itu melalui tuntutan royalti minyak. Inilah modal PAS sejak turun temurun. Modal sejak memerintah kelantan sejak 19 tahun yang lalu. Kalau cakap saja tapi tak ada tindakan, cakap hanya tinggal cakap saje lah. Manakala BN pula berjanji untuk membawa pembangunan dan menjadikan kawasan itu “anak emas” kerajaan persekutuan dengan islam akan terus diperjuangkan di bumi bertuah ini.

Sentimen pengundi pula dikatakan tidak “sehebat” ketika pilihan raya kecil Bukit Gantang sebelum ini yang “panas” dengan isu krisis perlembagaan selain demografi pengundinya yang berbilang bangsa.

Demografi pengundi yang bersifat “homogenus” dengan 99.2 peratus pengundi adalah Melayu, kebanyakannya daripada kelas bawahan seperti pekebun kecil dan penoreh getah menghadkan spektrum isu yang boleh dimanipulasikan di Manik Urai.

Di atas kertas PAS hanya mempunyai kira-kira 700 ahli di Manek Urai dengan Umno mempunyai lebih 4,000 ahli, namun angka itu tidak menjanjikan laluan mudah buat calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, bekas pegawai Kesedar.

Sungguhpun bilangan pengundi Cina dan India kecil, masing-masing 52 dan 28 orang, kedua dua parti yang bertanding turut bersaha mendapatkan sokongan mereka melalui parti komponen serta kelab penyokong parti.

Kempen kedua pihak dilihat semakin intensif dengan beberapa kejutan diumum. BN hari ini mengumum akan membina jambatan baru di Manek Urai Lama jika parti itu menang selain mahu menjadikan kawasan yang didominasi pekebun kecil, penoreh getah dan peneroka itu sebagai “kota agropolitan”.

“Kejutan” PAS dijangka diumumkan esok, kata pengarah pilihan raya PAS Kelantan Abdul Fattah Harun.

“Malam ini juga menyaksikan penceramah “heavyweight” pembangkang, termasuk Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan turun berkempen dan terus menabur janji janji kosong. Kalau Tan Sri Muhyiddin janji nak bagi Jambatan jika BN Menang, dikatanya rasuah. Akan tetapi jika Anwar janji harga minyak turun jika PR menang, itu pula bukan rasuah. Gia punya puok puok ni. kang benda sama tu.

Persoalannya, mampukan kejutan PAS itu mengekalkan memenangi kerusi ini yang sentiasa dimenanginya sejak tahun 1959. PAS hanya kalah pada tahun 2004 ditangan BN. Adakah BN akan menguasai semula kawasan ini. Segala galanya akan ditentukan oleh pengundi Manik Urai esok.

Fikir lah dalam ketenangan dan UNDILAH BARISAN NASIONAL.


1 comment:

Anonymous said...

saya mohon kepada TPM agar meneruskan pembinaan jamabatan baru di manik urai kerana BN menang 5 daripada 9 peti undi.

Contributors