Pages

Subscribe:

26 July 2009

Bakti Remaja, Syukur Alhamdulillah, Terima Kasih Kerajaan

Salam bloggers

Saya doakan kepada semua remaja berada dalam keadaan sihat sejahtera disamping menjalani kehidupan harian. Sudah menjadi lumrah alam, setiap insan mestilah bekerja untuk menyara kehidupan masing masing. Dalam hal ini, ia bergantung kepada rezeki dan usaha masing masing. Oleh sebab itu dalam dunia ini ada orang kaya, ada sederahana dan ada orang miskin.

Sebagai belia dan beliawanis, usaha yang bersungguh sungguh harus diutamakan bagi menjamin kelesesaan hidup. Kita jangan rasa rendah diri jika kita hanya seorang Tukang Rumah atau seorang Buruh atau pun kita hanya seorang nelayan. Sebenarnya peranan kita amat penting bagi kehidupan yang harmoni kepada seluruh masyarakat. Manusia sebenarnya saling perlu memerlukan diantara satu sama lain. Kalau tidak ada nelayan atau tukang rumah atau buruh, kehidupan manusia akan menjadi bercelaru kerana tidak akan ada ikan di pasar, rumah kediaman tidak akan tertegak jika pekerja ini tiada.

Kerajaan Barisan Nasional Terengganu amat menghargai jasa dan semangat yang ditunjukkan oleh para belia dan beliawanis negeri ini. Semua belia dan beliawanis adalah penyumbang kepada kekuatan dan kemakmuran ekonomi negeri ini sehingga kita semua boleh hidup dengan sempurna. Oleh yang demikian Kerajaan BN telah memperkenalkan Program Bakti Remaja 2009 sebagai tanda penghargaan sumbangan anda semua.

Bagi peserta yang terpilih, mereka akan menerima saguhati daripada kerajaan sebanyak
RM 200.00 seorang. Syarat penerima pula ialah yang berpendapatan RM 1200.00 kebawah, belum berkahwin, berumur 21 hingga 40 tahun dan rakyat Terengganu. Sumbangan ini adalah sebagai tanda terima kasih kerajaan atas sumbangan saudara dan saudari kepada negeri yang kita sayangi iaitu Terengganu Darul Iman. Bagi DUN Bukit Payong jumlah penerima ialah seramai 2215 Orang. Program ini telah dilaksanakan bermula 18/07/2009 dan dijangka akan berakhir pada 15/08/2009.

Sebagai hamba Allah kita hendaklah bersyukur dengan nikmat ini. Kita doakan supaya nikmat ini akan berkekalan dimasa masa yang akan datang. Disamping itu kita tidak lupa untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kerajaan yang amat prihatin terhadap nasib remaja sekalian. Saya cukup yakin jika para remaja dan belia sekalian terus memberi kepercayaan kepada Kerajaan Barisan Nasional Untuk memerintah , mentadbir negeri dan negara ini ,bantuan ini akan diterus diberi kepada anda semua. Insyallah.

' Trima Kasih Buat Semua Belia & Beliawanis DUN Bukit Payong, Marilah kita Terus Bersama UMNO dan Barisan Nasional'.

Fikir fikirkanlah

1 comment:

pahlawan melayu said...

Terima Kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional Negeri Terengganu kerana menghargai golongan belia dan beliawanis.
Pada pandangan saya, semasa hari penerimaan saguhati tersebut elok diselitkan sesi pendaftaran pengundi baru kepada yang belum lagi mendaftar sebagai pemilih.

Contributors