Salam Bloggers.

Piliharaya kecil Manik Urai telah melabuhkan tirainya. Rakyat telah membuat keputusan. Inilah indahnya demokrasi di bumi bertuah Malaysia. Akhirnya PAS menang dengan majoriti tipis 65 undi. Pilihanraya ini adalah satu proses untuk memilih wakil Rakyat yang akan mewakili rakyat ke Dewan Undangan Negeri. Namun dalam keghairahan untuk mencipta kemenangan itu nampaknya PAS telah menggunakan apa sahaja cara untuk mencapai kemenangan terutamanya dalam soal agama islam yang maha suci.

Pelbagai tuduhan liar telah dibuat terhadap UMNO dan pimpinan UMNO. Antaranya ialah UMNO menolak islam, Syahadah antara orang UMNO dan PAs tidak sama, Mengundi PAS akan masuk syurga, UMNO adalah parti sesat macam Ayah Pin dan UMNO sama dengan komunis dan sebagainya. Ini lah antara elemen yang amat tidak sihat dalam kempen PAS yang diketuai oleh Nik Aziz yang dipanggil Tok Guru oleh pengikut mereka.

Rakyat mungkin sudah bosan dengan tuduhan demi tuduhan sebegini sedangkan negeri masih ditakuk lama. Kehidupan rakyat susah, Jambatan untuk menghubungkan 2 buah kampung pun tak mampu untuk dibina. Kalau bercakap bergegar dunia. Ini lah kelemahan orang islam sebenarnya. Kalau UMNO nak majukan negara, dikatakan pula sekular dan UMNO hanya bercakap soal dunia sahaja. Biasanya orang kuat bercakap ini tak buat kerja pun. Apa yang Nik Aziz buat untuk Kelantan. banyak sangat bersyarah sambil mengata orang dan yang sedihnya selang seli laungan takbir oleh pengikut PAS.

Nampaknya rakyat telah bmula menolak kepimpinan NIk Aziz dalam pilihanraya kali ini. Kalau kita lihat analisis pilihanraya ini seperti di Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama adalah kubu kuat PAS selama ini tetapi pada kali ini UMNO telah menang di peti undi ini.

Isyarat jelas rakyat juga boleh ditafsir jika dilihat perbandingan jumlah undi yang diperolehi kedua-dua parti pada pilihan raya kecil kali ini berbanding dengan pilihan raya umum Mac 2008.

Bagi UMNO, parti itu memperolehi sokongan tambahan 919 undi. Ini berdasarkan undi yang diperolehi parti itu pada Mac 2008 ialah sebanyak 4,364 undi sedangkan pada pilihan raya kecil ini BN memperolehi 5,283 undi.

Berbanding dengan PAS, parti itu mengalami kemerosotan perolehan undi sebanyak 398. Pada pilihan raya umum 2008 PAS memperolehi 5,746 undi tetapi pada pilihan raya kecil ini, undi yang diperolehi hanya 5,348.

Seperti biasa PAS akan menyalahkan orang lain dengan kemenangan tipis ini. Malah bagi menutup ‘malu’ atas kemerosotan prestasi PAS itu, Husam sebaliknya terus menuduh UMNO mencapai prestasi yang baik itu kerana menggunakan wang untuk mempengaruhi pengundi. Satu alasan atau tuduhan yang sudah lali didengar.

Sedangkan Husam tidak boleh menutup hakikat kenyataan Nik Aziz yang jelas boleh memesongkan akidah umat Islam dengan menjanjikan syurga kepada mereka yang menyokong PAS. Sedangkan urusan syurga neraka adalah urusan Allah.

Namun hakikatnya, tidak dapat dinafikan suasana di pusat pengumuman keputusan, kemenangan PAS itu tidak dirasai seperti apa yang ‘dibanggakan’ oleh Husam. Muram, sepi dan longlai sahaja suasananya. Kira-kira hanya 1,000 orang sahaja berkumpul di luar dewan itu pun para penyokong dari luar yang telah siap sedia untuk balik ke tempat masing-masing.

Mungkinkah kemerosotan prestasi PAS di Manek Urai merupakan lanjutan kepada penolakan kepada kepimpinan Nik Aziz sejak Muktamar parti itu di Shah Alam yang menolak semua calon dari Kelantan untuk memegang jawatan dalam parti itu kecuali Datuk Kamruddin Jaafar yang lebih dilihat sebagai orang Kanan Nik Aziz.

Walau pun PAS menang, kita ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pengundi di Manik Urai yang telah mengundi PAS atau pun BN. Kepada Wakil Rakyat baru, kita ucapkan selamat bertugas. Kita tengoklah macam mane Saudara Mohd Fauzi bersama rakyat Manik Urai. Segla galanya terletak dibahu beliau selaku Wakil Rakyat di kawasan tersebut. Jangan lah lagi menyalahkan orang lain kalau tak mampu membawa perubahan kepada DUN Manik Urai.
wassalam