Salam bloggers.
Salam Syawal kepada semua. Jalan raya kita terus dirundung malang. Kita berdukacita kerana di bulan Syawal yang mulia ini, nyawa manusia begitu murah diatas jalan raya. Jika di Afghanistan, sambutan Hari raya dihujani dengan puluru dan tembakan berlainan pula dengan Malaysia yang dihujani dengan kemalangan jalan raya.
Ops Sikap telah pun berakhir semalam ( 27 September 2009). Harapan kita untuk melihat angka kematian dan jumlah kemalangan berkurangan tidak kesampaian. Angka kematian dan kemalangan terus meningkat. Siapa yang patut dipersalahkan. Bagi saya kesalahan utama mesti disandarkan kepada diri sendiri kerana kitalah yang memegang stereng kereta.
Yang lebih mendukacitakan ialah , pada tahun ini jumlah kemalangan maut adalah yang yang tertinggi sejak ia dilancarkan pada tahun 2001. Jika semua pemandu ikut peraturan, saya berpandangan kemalangan ini dapat dikurangkan. Kerajaan telah beusaha menggunakan segala pendekatan seperti penguatkuasaan undang undang, teknologi moden, jalan diperelokkan dan lain lain lain lagi
Menurut Jabatan Keselamatan Jalan Raya, antara faktor utama kemalangan berlaku ialah kerana sikap pemandu yang memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan. Negara kita sekarang berada dalam senarai paling top dari segi kemalangan jalan raya dikalangan negara ASEAN.
Bagi nisbah 100.000 ribu penduduk, Malaysia mencatatkan 23.6 kematian berbanding dengan Thailand 19.6, Singapura 4.8 dan Filifina 1.3. Menurut perangkaan sejumlah 7,000 hingga 7,500 rakyat Malaysia mati diatas Jalan Raya.
Kepada pemandu, kita harus fikirkan bersama. jangan kita mengangggap bahawa orang lain yang ditimpa kemalangan, bukan kita dan bukan ahli keluarga kita. Jika semua antara kita sentiasa berhemah atas jalan raya, insyallah jumlah kemalangan ini akan dapat dikurangkan.
wassalam
10 months ago
4 comments:
Salam,
apa yang silap?
sikap? kenderaan? atau jalanraya?
aduh!terkedu dibuatnya...
APa pendapat YB ttg wakil BN kat Bagan Pinang.
Saya juga ingin sentuh berkenaan projek jalan kampung JKKK.
Kalau pemaju rumah cepat je dapat peruntukan jalan, rumah belum siap jalan dah dapat. Ada penduduk 20 tahun mintak jalan tapi x dapat2.
Dari pdgn parti lain, mgkin dia kata JKKK dapat habuan.
Apa komen YB.
salam;
"Ada penduduk 20 tahun mintak jalan tapi x dapat2. Dari pdgn parti lain, mgkin dia kata JKKK dapat habuan" -rokbelukar.
pndgn sy, hal ni mmg brmslah tp xde kne mgene dgn JKKK dpt habuan, xmasuk akal. hye yg bpdgn ngtif sje bsuare g2.
Cbe bndigkan dgn urutan krja n doc pemaju, status tanah dll. jgn ltakan ngetif d dpan. ketika gni la prluye JKKK yg tau skit sbyk prsdur pgrusan. mgkin yg muda2...
Brdoa kat msjid pun pntig, tp grakrja prlu ssuai ngn prturan.
Phon en zaidi, menilai smula brisan JKKK, beri kfhaman tp jgnla dilupakn jasa yg bejasa.
semoga Allah merahmati kita semua
Post a Comment