Pages

Subscribe:

08 September 2009

Fasa 10 Terakhir Ramadhan


Salam blogger

Kita telah memasuki fasa 10 terakhir Ramadhan. Sepanjang 20 hari yang lepas kita telah mengharungi bulan Ramadhan ini dengan rasa gembira. Pelbagai aktiviti dan program dilaksanakan sepanjang bulan yang mulia ini. Setiap hari begitu banyak majlis berbuka puasa dianjurkan. Kadang kadang saya menerima 10 jemputan majlis berbuka puasa dalam 1 hari. Beginilah mewahnya suasana kehidupan di negara kita.

Alhamdulillah, nampaknya masyarakat kita berlumba lumba membuat kebajikan dalam bulan ini. kepada yang miskin juga tidak dilupakan. Begitu juga dengan anak anak yatim. dalam DUN saya terdapat 1 rumah anak anak yatim iaitu Rumah anak Yatim Darul Falah. Setiap hari mereka dijamu dengan majlis berbuka puasa di merata tempat.

Disamping itu anak anak yatim ini juga mendapat duit raya dan baju raya sumbangan dari orang ramai dan syarikat tertentu. Kadang kadang saya lihat mereka lebih senang dari anak orang kampung yang masih punyai ibu bapa.

Apa yang lebih penting bagi kita ialah untuk menggunakan masa 10 terakhir Ramadhan ini dengan semaksima mungkin. Solat Sunat terawih jangan ditingglkan dan pelbagai amalan sunat lain. Janganlah hendaknya di akhir akhir Ramadhan ini, kita banyak menghabiskan masa dengan membuat persiapan Hari Raya sehingga lupa Ramadhan sudah berada di hari hari terakhir.

Insyallah, kita akan bertemu dengan satu malam yang dijanjikan Allah lebih baik dari 1000 bulan atau 83 tahun 4 bulan. Inilah malam yang dicari cari oleh setiap manusia. moga moga kita kita akan bertemu dengan malam ini, jika kita konsisten menghidupkan malam terakhir Ramadhan. Insyallah.

Mohon maaf lah kerana saya tidak banyak ulas isu isu politik dalam bulan puasa ni. Sebenarnya perkara yang saya nak bagi ulasan tapi tunggu lepas raya lah. Bulan yang mulia ini, kita pakat banyak muhasabah diri dan tumpukan kepada amal soleh.

Wassalam.

5 comments:

Unknown said...

MACAMANA SAYA NAK DAPATKAN BANTUAN MEMBAIKI RUANG DAPUR....

Unknown said...

MAK MERTUA SAYA SEORANG IBU TUNGGAL DAN ADA 3 ORANG ANAK OKU.
SAYA NAK TOLONG DAPATKAN BANTUAN MEMBAIKI RUANG DAPUR UNTUK RUMAH MAK MERTUA SAYA... MAK MERTUA SAYA TINGGAL DI BUKIT PAYUNG.... SO MACAMANA NAK DAPATKAN BANTUAN INI....

Anonymous said...

syafisaufi, try pergi rumah en zaidi kat surau haji yaakop...atau pejabat dia.

Anonymous said...

yer..pegi jer umah dia ataupun pejabat dia dan maklumkan perkara tersebut..insya Allah tuan akan dibantu..sudah menjadi tanggungjawab En. Zaidi untuk membantu..tambahan belia mmg seorang insan yg baik hati..

Anonymous said...

SORRY EN ZAIDI, SAYA TAK SEMPAT NAK KERUMAH EN ZAIDI, KALAU ADA MASA BOLEHLAH EN ZAIDI BUAT LAWATAN KE RUMAH MAK MERTUA SAYA DI ALAMAT LOT 2063 KG TEBAKANG, BUKIT PAYUNG, NAMA MAK MERTUA SAYA HASMAH MAMAT.... SAYA TAK TINGGAL KAT SITU,...

Contributors