Pages

Subscribe:

22 September 2010

Jangan Tangguh Lagi

Salam 2 all

Nampaknya saudara Anwar Ibrahim terus menggunakan institusi mahkamah untuk melengah lengahkan perbicaraan kes liwat terhadapnya. Kalau boleh ia ingin kes liwat tersebut tidak dibicarakan. Beliau nampaknya akan menggunakan apa cara sekali pun bagi menyelamatkan dirinya.

Namun mahkamah nampaknya telah membuat keputusan untuk membicarakan beliau pada 14 Oktober hingga Disember akan datang. Persoalan yang sentiasa bermain dalam fikiran kita ialah, kenapa beliau beriya iya benar supaya kes liwat ini digugurkan?. Adakah beliau takut untuk menghadapi segala kemungkinan yang berlaku sama didapati bersalah atau sebaliknya.

Kalau Anwar benar benar tidak bersalah, apa yang hendak ditakutkan. Perbicaraan dijalankan di mahkamah, cukup dengan peguam dan saksi serta orang ramai yang mengikutinya. mereka semua boleh menilai sama ada Anwar bersalah atau tidak.

Biasanya orang yang takut adalah orang bersalah. Tu kebiasaannya lah. Sama ada kita percaya atau tidak kes yang dihadapinya terserahlah kepada kita. Namun yang betul betul tahu ialah diri Anwar dan Saiful sendiri.

Saiful telah mengaku diliwat, bahkan ia juga telah bersumpah telah diperlakukan sedemikian. Anwar pulak kata , sumpah itu tidak mengikut ajaran islam. Kita juga menunggu nunggu bagaimanakan sumpah mengikut ajaran islam dari Anwar. Namun seperti biasa ia amat takut untuk bersumpah. Apa maknanya tu?. Tuan puan sendiri yang boleh menjawabnya.

Apa pun , saya berharap kes ini tidak ditangguh lagi. Jalankan perbicaraan secepat yang mungkin bagi menentukan siapa yang benar. Allah lebih mengetahui peristiwa yang sebenarnya. Jika kita terlepas di dunia, ingat kita akan menerima pembalasan di akhirat.

18 September 2010

Kenapa Anwar tidak bertanding.

Salam 2 all

PKR mengalami satu episod pertandingan merebut jawatan yang paling hebat sejak ia ditubuhkan. Sebagaimana yang kita sedia maklum, penubuhannya adalah untuk membela nasib Anwar yang dipenjara pada waktu itu.

Saya bukanlah nak masuk campur dalam pertandingan tersebut, cuma ingin berkongsi cerita bersama pembaca blog. ramai pemimpin PKR berebut untuk berada di puncak atau memegang jawatan kanan dalam parti. hal yang sedemikian berlaku kerana mereka inginkan jawatan utama dalam kerajaan jika parti mereka menguasai Putrajaya.


Itulah matlamat mereka. Oleh yang demikian mereka akan menggunakan apa cara sekali pun untuk mencapai tujuan tersebut. Namun apa yang menghairankan Anwar dimaklumkan tidak akan bertanding bagi jawatan Presiden PKR.

Adakah Anwar takut untuk bertanding bagi jawatan nombor satu dalam parti. Yang menghairankan lagi, walau pun beliau bukan Presiden parti tapi segala perjalanan parti akan ditentukan oleh beliau. Presiden hanyalah boneka hidup yang tidak mempunyai kuasa.

Bagi jawatan Timbalan presiden, saingan sengit adalah antara Saudara Azmin Ali dan pendatang baru Dato' Zaid Ibrahim. namun setakat ini, Azmin menerima sokongan dan pencalonan yang lebih banyak dari Dato' Zaid. Anwar nampaknya menyokong Azmin manakala anaknya Nurul Izzah nampaknya menyokong kepimpinan Dato' Zaid.

Anwar memang lebih mahir dalam pertandingan ini kerana beliau mempunyai pengalaman semasa berada dalam UMNO dahulu dan berjaya menyingkirkan allahyarham Tun Ghafar Baba. Kita tengoklah nanti bagaimana Anwar menggunakan kelicikannya dan menentukan kemenangan kepada Azmin atau Dato' Zaid.

Anwar memang seorang yang licik, namun cita cita beliau masih belum dikabulkan oleh Allah. Jika kita berfikir, tentu ada hikmat disebalik kegagalan beliau menjadi Perdana Menteri semasa dalam UMNO dahulu. yang ini jarang antara kita berfikir. Biasanya kita akan marah dan tuduh kerajaan zalim menangkap Anwar. Kita tidak berfikir itu semua adalah ketenytuan Allah.

Dengan kelicikannya itulah, beliau berjaya memperdaya supaya jawatan PM diberikan kepada belia jika berjaya membentuk kerajaan walaupun parti mereka baru setahun jagung berbanding dengan PAS dan DAP. Beliau juga memperdayakan PAS supaya tidak mewar warkan soal penubuhan negara islam.

Kita akan dapat melihat bagaimana pemilihan pucuk pimpinan PKR ini. Adakah ia bebas dari amalan politik wang?, Adakah pemilihan dibuat secara telus?, Adakah apa yang meraka syarah akan mereka ikuti atau hanya cakap cakap sahaja?. Sama sama kita tunggu dan lihat.

15 September 2010

Happy Birthday Malaysia.

Salam 2 all

Hari ini 16 Sept 2010, hari kita merayakan sambutan Hari Malaysia. Sebagaimana yang kita maklum bahawa negara kita merdeka pada 31 Ogos 1957. Selepasa 6 tahun kita mencapai kemerdekaan, Malaysia ditubuhkan pada 16 sept 1963. Pembentukan Malaysia ini merangkumi Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Serawak.

Hari in i telah diumumkan oleh kerajaan sebagai hari cuti untuk seluruh rakyat Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, kita tidak sepatutnya hanya bercuti tanpa sedikit pun memikirkan dan menghayati hari yang penuh bersejarah ini.

Kini pembentukan Malaysia sudah mengjangkau usia 47 tahun. Dalam tempoh tersebut telah banyak onak dan duri telah kita tempuhi. Namun ianya dapat kita selesaikan dengan semangat muafakat dan toleransi sesama kita. Hasilnya kita dapat menikmati kehidupan yang baik dalam tempoh 47 tahun tersebut.

Dalam kita mengenang 16 sept 1963, Kita juga mengenangkan peristiwa tahun 1965 apabila Singapura ditendang keluar dalam gagasan Malaysia. Negara yang pada satu ketika begitu gah dengan kesultanan melayu dan sejarah Sang Nila Utama serta Hang Nadim telah berubah sama sekali. Melayu dan Islam di negara tersebut telah menjadi bangsa kelas 2.

ini adalah angkara Lee Kuan Yew yang tidak putus putus mendatangkan masalah kepada Tunku Abdul Rahman sejak negara mencapai kemerdekaan. Oleh sebab itulah pada tahun 1965, Singapura telah ditendang keluar oleh Tunku.

Peristiwa yang menjadi lipatan sejarah buat kita nampaknya diwarisi oleh anak didik Lee Kuan Yew iaitu DAP. Kalau kita tidak sedar diri dan berpuak puak antara kita, tidak mustahil peristiwa ini akan berulang dlm lipatan sejarah negara kita.

16 Sept juga sangat menarik kerana sebahagian dari kita telah ditipu oleh Dato' Seri Anwar kononnya PR akan membentuk kerajaan pada tarikh tersebut. Namun ia tidak menjadi kenyataan kerana MP Malaysia bukan lah bodoh untuk menjual kepercayaan dan kehendak rakyat yang masih mahukan BN memerintah negara tercinta ini.

Perjuangan mesti diteruskan oleh generasi baru bagi membina Malaysia yang lebih cemerlang. Perpaduan adalah tonggak utama bagi mencapai tujuan tersebut. Kita berdoa semoga negara Malaysia terus selamat, aman dan makmur di bawah nauangan kerajaan BN.

Semuanya akan berlaku dengan kehendak dan kuasa Allah s.w.t. Malaysia Boleh. INSYALLAH.

HEPY BESDAY MALAYSIAKU.

07 September 2010

Salam Idul Fitri


Salam 2 all

Dikesempatan ini Saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat meyambut Hari raya Idul Fitri kepada muslimin dan Muslimat khususnya buat kedua ibu bapa saya, ibu bapa mertua, sahabat handai serta rakan taulan.

Ucapan ini juga saya tujukan buat YAB Perdana Menteri, YAB Timbalan Perdana Menteri, Menteri menteri kabinet, YAB Menteri Besar Terengganu dan seluruh pimpinan negara tercinta.

Buat pengundi pengundi dan rakyat saya di DUN Bukit Payong serta saf kepimpinan UMNO & Barisan Nasional , Selamat menyambut Hari kemenangan. Tidak lupa buat rakan rakan FB, Twitter dan pembaca setia blog saya.

Ucapan Hari raya ini juga saya tujukan buat semua kakitangan Pusat Khidmat dan kakitangan APMT DUN Bukit Payong. Juga tidak lupa kepada rakan rakan seperjuangan ketika di alam persekolahan di SK. Bukit Payong, SMK Bukit Sawa, SMK Padang Midin dan d Universiti Sains Malaysia. Buat guru guru dan pensyarah yang sentiasa setia memberi ilmu dalam dunia keilmuan.

Buat rakan rakan di Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Kementerian Belia & Sukan Malaysia dan Jabatan Belia & sukan Negeri Terengganu. Disinilah tempat saya mencari rezeki sedikit masa dahulu.

Dikesemptan ini saya ingin menjemput semua ke rumah Terbuka saya dan DUN Bukit Payong pada 14 September 2010 bersamaan 5 Syawal 1431H bertempat di rumah saya 2769 Kg. Surau Hj. Yaacob, Bukit Payong, 21400 Marang Terengganu bermula jam 11 ph hingga 3 ptg.

Dihari yang mulia ini, saya mendokan agar negara kita terus aman dan makmur bagi menjamin kesejahteraan hidup rakyat Malaysia.

Selamat Hari raya Idul Fitri. Maaf zahir dan batin

05 September 2010

Klimaks Ramadhan 1431 H

Salam 2 all

Kederasan waktu membuatkan kita kurang sedar, Ramadhan sudah sampai ke penghujungnya. Bulan seribu rahmat ini sudah beransur ansur meninggalkan manusia dengan seribu kenangan sepanjang 1 bulan kita bersama.

Bagi yang telah menggunakan segala peluang , rasa sayang dan sayu untuk melepaskan ianya berlalu pergi. Perasaan sedih dan hiba akan menyelubungi mereka dan mendoakan agar dipanjangkan umur untuk bertemu lagi pada tahun yang akan datang. Mereka akan melepaskan Ramadhan pergi bersama tangisan.

Bagi yang tidak merasa apa apa menggunakan tetamu Ramadhan, kerugian yg amat sangat akan bersama mereka. Kita tidak tahu sama ada akan dapat bersua lagi dengan Ramadhan yang akan datang. Hanya Allah saja yang tahu.

Selepas ianya berlalu pergi , Tiada lagi Solat Sunat Terawih, majlis berbuka puasa, bersahur, tadarus al quran yang biasanya hanya terdapat dibulan Ramadhan. Baki 2 malam lagi harus diisi dengan sebaik mungkin.

Kita sudah boleh bermusabah diri, setakat mana penghayatan Ramadhan kita pada tahun ini. Hanya kita yang mampu untuk menghitungnya. Apakah selepas ini kita akan menjadi insan yang lebih baik ataupun sama sahaja ataupun lebih buruk?. Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri.

Kita mendoakan agar dipanjangkan umur untuk bersua dengan Ramadhan 1432H. Semoga pentarbiahan Ramadhan tahun ini akan menjadikan kita insan yang lebih baik, sentiasa mengabdikan diri kepada Allah, sentiasa bersabar, meninggalkan segala kemungkaran, suka membantu org susah dan sebagainya.

Selamat tinggal Ramadhan 1431H.

Contributors