Pages

Subscribe:

30 November 2010

Mereka yang gila kuasa

Salam 2 all

Kepimpinan PKR dan Pakatan pembangkang bertambah celaru dan semakin gila kuasa. Mereka akan berbuat apa sahaja asalkan dapat menguasai Putrajaya, Pusat pentadbiran negara yang hendak dilelongnya paada suatu ketika dahulu.

Dalam Kongres tahunannya baru baru ini , Wan Azizah secara terbuka akan menghapuskan ketuanan melayu dalam negara ini. Ini bermakna tidak akan ada lagi hak keistimewaan orang melayu sebagai penduduk asal di negara ini. Wan Azizah berbuat perkara ini adalah kerana nak menarik orang bukan melayu memberi sokongan kepada mereka.

Wan Azizah tidak sedar bahawa dengan ketuanan melayu inilah, orang melayu telah berjaya hingga kita tengok di tika dan saat ini. Bayangkan kalau tidak ada keistimewaan orang melayu, ditahap mana orang melayu akan berada dalam negara sendiri. Bayangkan kalau tidak ada biasiswa untuk orang melayu, kalau tidak ada kuota untuk melayu masuk universiti pada satu ketika dahulu, tidak ada kuota dalam pembahagian projek kerajaan.

Bayangkan juga penentang kerajaan dalam perkhimatan awam. Dimana mereka akan mencari rezeki kalau perkhidmatan awam juga tidak mengutamakan orang melayu. Bayangkan kalau kerajaan tidak membela nasib lulusan agama untuk masuk dalam perkhidmatan kerajaan melalui pelbagai cara seperti pewujudan guru J Qaf. Semua itu adalah untuk membantu anak anak melayu. Mengapakah mereka masih belum sedar?.

Ini tidaklah bermaksud orang melayu hendak membolot semuanya. Kita bertindak adil kepada bangsa lain. Oleh sebab itulah kita bangsa lain juga berjaya dalan sebuah negara yang bernama Malaysia ini, bahkan kejayaan dan kekayaan mereka melebihi apa yang dicapai oleh orang melayu.

Oleh kerana meraka ni gila kuasa, Anwar pula umum akan memberi jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Lim Kit Siang demi untuk mendapat sokongan orang orang cina. Apa sudah jadi kepada Anwar. nampaknya Anwar sudah dirasuk kegilaan yang melampau. Dimana kedudukan Hj. Hadi. Itu adalah pertanyaan yang bermain main di kepala otak pemimpin PAS.

Mungkin mereka hanya akan dilantik sebagai menteri menteri kecil. Kalau puak Anwar dan Lim Kit Siang ni memimpin negara maka dimanakah kedudukan orang melayu dan islam. Semua rakyat Malaysia harus memikirkan perkara ini dengan lebih mendalam sebelum nasi menjadi bubur.

Lebih parah apabila Wan Azizah menyatakan bahawa Anwar adalah anugerah Tuhan kepada kita untuk memimpin negara ini. Bukan Anwar sorang sahaja anugerah Allah bahkan kita semua adalah anugerah Allah.

Kuasa Allah mengatasi segala galanya. Kalau Allah nak Anwar jadi PM dah lama anwar jadi PM sebab peluang sudah terbuka luas. Jasa Dr mahathir yang membawa beliau hingga ke jawatan TPM tidak langsung dihargai sehingga beliau menghentam PM dalam perhimpunan agung UMNO dengan menuduh Dr. Mahathir dengan pelbagai tuduhan.

Wassalam.

23 November 2010

Anwar manusia lupa diri

Salam 2 all

15 tahun yang lepas seorang insan bernama Anwar Ibrahim disanjung oleh rakyat Malaysia. Beliau mendapat segala kemewahan dan segala galanya semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Namun kini Anwar telah berubah sama sekali. Negara yang disanjung pada satu ketika dahulu diganyang habis habisan dalam ceramah dan ucapan di luar negara. Beliau telah lupa semasa beliau mendapat segala nikmat di negara ini pada satu ketika dahulu.

Inilah manusia lupa daratan. Inilah negara yang menjadikannya seperti yang ada sekarang. Disinilah beliau dilahirkan, dibesarkan, diberikan pendidikan dan dinobat sebagai orang nombor 2 dalam kepimpinan negara.

Namun segala galanya itu telah tinggal kenangan. Hari ini beliau melabelkan Malaysia tempat beliau berteduh ini sebagai tempat yang paling buruk di dunia. Pelabelan ini akan berterusan sehingglah cita cita beliau untuk menjadi Perdana Menteri tercapai.

Sesungguhnya Allah maha mengetahui dan maha adil , Oleh sebab itulah beliau tidak sempat diangkat untuk menjadi Perdana Menteri. Jika beliau menjadi Perdana Menteri, hancur negara ini. PKR ditubuhkan dengan satu tujuan iaitu untuk mengangkat Anwar menjadi Perdana Menteri. Rakyat jangan tertipu.

Fikr

21 November 2010

Juara UPSR kali ke 10 berturut turut




Dua pelajar cemerlang Sek Keb Tok Randok, Hulu Terengganu menunjukkan keputusan UPSR mereka. - Gambar oleh Mastura Jamaluddin.

Oleh : AIDA ABD RAHMAN

Terengganu terus mengekalkan momentum kejayaan sebagai negeri terbaik buat kali kesepuluh berturut-turut bagi keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 yang diumumkan serentak di seluruh negeri, hari ini (11 November).

Kejayaan itu juga membuktikan bahawa penggunaan e-Book sebagai alat bantuan mengajar yang diperkenalkan Kerajaan Terengganu kepada pelajar Tahun Lima sejak tahun lalu memberi impak positif terhadap kecemerlangan peperiksaan awam itu.

Mereka menjadi kumpulan perintis yang menggunakan e-Book dalam persediaan berdepan UPSR 2010, baru-baru ini.

Kejayaan mengekalkan keputusan terbaik itu diumumkan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Encik Razali Daud, di Bilik Mesyuarat Alamanda, JPNT, Bukit Kecil, Kuala Terengganu.

Jumlah peratusan calon UPSR yang memperolehi keseluruhan A (5 A) meningkat 0.1 peratus pada tahun ini . Jumlah keseluruhan calon berkurangan 797 orang tahun ini berbanding seramai 23, 944 orang pada 2009.

Lima mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu Pemahaman(BM Pem) (Sekolah Kebangsaan (SK)), Matematik, Sains, BM Pem (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina) dan BM penulisan mencatat peningkatan peratusan pencapaian A dan minimum C.

Encik Razali berkata, sekolah yang berpencapaian tinggi (GPS kurang 1.80) di seluruh Terengganu banyak didominasi sekolah di luar bandar seperti SMK Chalok (1.14) , SK Bukit Tadok (1.18) , SK Kampung Baru Tok Dor (1.22), SK Kampung Tayor (1.23), SK Tepus (1.24) serta SK Dusun , SK Teris dan SK Mangkok masing-masing mencapai 1.38,

Beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri Besar, Dato’ seri Ahmad Said dan Kerajaan Terengganu dengan bantuan kewangan dan sokongan moral dalam menjayakan kecemerlangan UPSR 2010.

“Kita akan melakukan pencangan rapi bagi membaiki beberapa prestasi mata pelajaran yang kurang baik khususnya Bahasa Inggeris dan mata pelajaran lain.

“Salah satu cara bagi memperbaiki keputusan subjek BI adalah pendekatan ke arah kaedah pedagogi dan mengemukakan kepada pihak kementerian bagi mendapatkan tenaga mahir serta menggunakan kajian tertentu bagi memperbaiki keputusan,” katanya.

Dalam pada itu, SK Paya Bunga, Kuala Terengganu yang pertama kali melahirkan pelajar yang mendapat keseluruhan A dalam UPSR tahun ini bakal dijadikan sekolah elit Bandar Raya Kuala Terengganu mulai tahun depan.

Katanya, dua daripada 15 pelajar sekolah berkenaan berjaya memperolehi 5A dan perkembangan baik itu akan dikekalkan lbagi memastikan lebih ramai pelajar memperolehi keseluruhan A mampu dihasilkan di sekolah yang bakal dijadikan sekolah elit bandar raya itu.

Pihaknya menerusi pegawai pendidikan daerah juga akan mengenalpasti sekolah lain terutama di kawasan luar bandar untuk diangkat sebagai sekolah elit di Terengganu.

Pada tahun ini, seramai 23,533 murid Tahun Enam yang melibatkan 22, 813 (SK), 476 (SJKC) dan 248 Sekolah Rendah Swasta menduduki UPSR di 371 pusat peperiksaan melibatkan 354 sekolah seluruh negeri.

Unit Komunikasi Negeri

20 November 2010

Pelbagai Ramalan

Salam 2 all

Alhamdulillah kita baru sahaja selesai menyambut Hari Raya Idul Adha atau Hari Raya Korban. Di sana sini akan kedengaran orang bercakap tentang pengorbanan yang sangat di tuntut oleh agama kita. Mudah mudahan segala pengorbanan kita diterima Allah s.w.t.

Masyarakat kita percaya sangat membuat ramalan dan andaian. Adakalanya ramalan ini menjadi dan ada ketikanya ramalan ini merosot sama sekali. Namun sebagai manusia yang beragama islam kita percaya semuanya berlaku adalah ketentuan Allah, manusia hanya mampu merancang tp Allah yang akan menentukan.

Jabatan Kaji Cuaca dan orang ramai meramalkan Terengganu akan mengalami banjir lebih besar dari tahun lepas. Namun setakat ini ramalan tersebut belum menjadi kenyataan. Kita mendoakan agar banjir besar tidak akan berlaku di negara kita. Ramalan ini sebenarnya amat baik kerana kita mampu untuk membuat persediaan yang rapi sebelum bencana ini menjadi kenyataan.

Baru baru ini juga heboh diperkatakan tentang ramalan rombakan kabinet dan kepimpinan UMNO di semua peringkat. Maka heboh dibicarakan orang dari kedai kopi hinggalah ke pejabat. Pelbagai andaian dan ramalan dibuat. Ada yang kata menteri ini digugurkan, ada yang kata orang ini akan dilantik sebagai menteri dan ada juga orang biasa bukan wakil rakyat akan di lantik Senator dan akan dilantik sebagai Menteri.

Ramai juga yang membuat ramalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO akan diserah kepada Menteri Besar seperti Terengganu. Namun setakat saya menulis artikel ini, YAB Perdana Menteri masih belum membuat keputusan. Bagi menggugurkan dan melantik menteri, ia terletak dibawah budi bicara Perdana Menteri.

Disaat dan ketika peperiksaan SPM dan STPM akan berlangsung, soalan ramalan juga sangat hebat dibicarakan oleh pelajar dan guru guru. Bagi mereka yang kurang usahanya, soalan ramalanlah merupakan harapan untuk mereka mencapai keputusan yang cemerlang. Namun bagi mereka yang membuat persiapan rapi, mereka tidak mengharapkan soalan ramalan ini kerana apa jua soalan yang datang mereka mampu untuk menjawabnya. Oleh yang demikian, persiapan rapi amat perlu untuk bertempur didalam dewan peperiksaan.

Demikian juga ramalan kutipan pingat emas di Sukan Asia di China. Kita meramalkan akan memperolehi 10 pingat emas. Ramalan ini amat baik bangi memberi suntikan semangat kepada para atlit. Ramalan yang dibuat ini, sudah pastilah melihat kepada rekod dan prestasi atlit semasa. Kita tunggu dan lihat sama ada ramalan ini menepati sasaran atau sebaliknya.

Ramalan yang paling ditunggu ialah bilakah piliharaya umum ke 13 akan dibuat. Dalam hal ini pelbagai andaian dan ramalan dibuat oleh masyarakat kita. Perbicaraan politik ini sangat menarik dan menarik perhatian orang ramai.

Ada antara kita meramalkan pilihanraya akan berlaku pada tahun hadapan. Ada juga yang meramalkan ianya akan diadakan serentak dengan pilihanraya Serawak. Bagi makluman, tempoh kerajaan Serawak akan berakhir Julai 2011. Mereka meramalkan pilihanraya senrentak kerana bagi tidak memberi ruang pembangkang berkempen di Serawak kerana masing masing akan bertumpu dikawasan masing masing.

Terdapat juga ramalan, pilihanraya akan diadakan pada tahun 2012 kerana adalah terlalu awal pilihanraya diadakan buat masa ini. Kerajaan yang ada masih ada ruang untuk memerintah sehingga tahun 2013.

Begitulah hebatnya ramalan yang di war warkan oleh masyarakat kita.


wassalam.

16 November 2010

Petani moden

Salam 2 all

Pada hari ini saya menghadiri majlis perasmian mini estet padi peringkat negeri Terengganu. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada lembaga Pertubuhan Peladang terutamanya ketua Pengarah dan Pengarah LPP Terengganu yang memilih DUN Bukit Payong sebagai tuan rumah majlis pelancaran tersebut.

Kita selalu mempunyai pandangan bahawa kegiatan pertanian sinonim dengan kemiskinan. Persepsi ini telah turun temurun di pegang oleh masyarakat kita. Mungkin inilah yang menyebabkan generasi muda takut untuk bersama dengan aktiviti pertanian. Mereka lebih suka bekerja di kilang walaupun berpendapatan sekitar RM 600.00 sebulan.

Satu lagi fenomena yang dapat dilihat ialah apabila petani mengisi apa apa borang maklumat diri. Apabila pekerjaan petani mesti gaji yang diletakkan RM 600.00 kebawah sebulan. Adakah tindakan ini betul atau sebahagiannya berpura pura meletakkan pendapatan yang rendah.

Namun begitu, kita melihat ramai petani yang membanting tulang telah berjaya melahirkan anak anak yang berjaya dalam pelajaran dan kerjaya masing masing. Kita ucapkan tahniah kepada mereka semua.

Namun jarang jarang yang berjaya membentuk anak anak menceburi pertanian yang moden dan berjaya. Mungkin mereka telah membentuk anak anak supaya jangan terlibat dengan dunia pertanian kerana dunia ini hidupnya susah dan miskin.

Bidang pertanian mestilah di diberi nafas baru agar masyarakat melihat kerjaya sebagai petani juga sama hebat dengan kerjaya lain dan berpendapatan tinggi. Ia sangat penting kepada negara kerana asas kehidupan adalah makanan lebih lebih lagi padi dan beras. Ia boleh dikategorikan sebagai makanan keselamatan negara.

Jika tiada usaha bersungguh sungguh kita bimbang kalau terjadi apa apa kepada negara, dimana rakyat akan mencari beras untuk makanan mereka.

Salam Idul adha

15 November 2010

Salam Pengorbanan di Idul Adha


Salam 2 all

Pada saat dan tika saya menulis catatan ini, seramai 2.5 juta orang tetamu Allah sedang menunaikan ibadah wukuf di Padang Arafah iaitu salah satu rukun haji. Semuanya memakai ihram berwarna putih melambangkan manusia itu sama sahaja disisi Allah melainkan iman dan takwa. Kita mendoakan mereka semua selamat dan dikurniakan kesihatan yang baik bagi meneruskan ibadah ini hingga selesai dan mendapat haji yang mabrur.

Bagi kita di Tanah air, Hari Raya Idul Adha akan disambut pada hari rabu (17 Nov 2010). Idul Adha sudah pasti akan mengingatkan kita terhadap pengorbanan besar Ibrahim dan Nabi Ismail. Ini lah pengorbanan terbesar dalam sejarah manusia di muka bumi ini.

Setelah beberapa kali membaca sejarah pengorbanan ini, hati terasa sayu kerana mengenangkan dugaan Allah terhadap 2 insan ini. Bayangkan taktala nabi Ibrahim berkata kepada anaknya, " Hai anakku Ismail, sesungguhnya aku melihat dalam tidurku bahawa aku menyembelihmu, maka bagaimana pendapat mu".

Lantas si anak menjawab " wahai ayahku, lakukanlah apa yang diperintahkan kepada ayah, insyallah ayah akan mendapatkan saya termasuk ke dalam orang yang sabar". Ini lah jawapan dari seorang anak yang sanggup mengorbankan jiwa raga demi kerana Allah.

Ini lah contoh terbaik yang sepatutnya menjadi ikutan kita semua. Alhamdulillah di negara kita tercinta ini, ibadah korban banyak dilaksanakan di sana sini. Umat islam dinegara ini tidak sayangkan harta benda dan wang ringgit demi untuk melaksana perintah Allah ini.

Cuma apa yang mendukacitakan kita, Idul Adha ini tidak disambut semeriah Idul Fitri. Kebanyakan orang hanya menganggap Hari raya Haji ini adalah untuk orang yang pergi buat haji di Mekah. Ini adalah satu pandangan yang silap. Sepatutnya Idul Adha disambut dengan lebih meriah lagi berbanding dengan Idul Fitri.

Hari ini kita disunatkan membesarkan Allah dengan laungan takbir dan tahmid selama 4 hari berbanding dengan Idul Fitri yang hanya disunatkan bertakbir 1 hari sahaja. Ibadah korban juga boleh dilaksanakan dalam masa 4 hari.

Kita berdoa semoga dengan kedatangan Idul Adha ini lebih mendekatkan diri kita dengan yang maha pencipta dengan mengambil pengajaran yang besar dari peristiwa pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Ismail.

Dikesempatan ini saya ucapkan Salam Idul Adha buat semua warga Bukit Payong, buat keluarga saya, Ibu bapa, isteri dan anak anak tersayang.

salam Idul Adha juga buat pemimpin negara terutamanya YAB Perdana Menteri, YAB Timbalan perdana Menteri dan para pemimpin yang lain. Tidak lupa buat YAB Dato' Seri Menteri Besar Terengganu dan Exco Kerajaan Negeri. Akhirnya buat semua pimpinan di Bukit Payong.

Selamat Hari Raya Korban.

14 November 2010

Pemimpin kena banyak sabar.

Salam 2 all

Beberapa hari lepas seluruh warga Malaysia melihat kelentingan YAB Dato' Menteri Besar Kedah yang berang dengan persolan wartawan berkaitan banjir di Kedah. Sebagaimana yang kita maklum bahawa banjir di Kedah kali ini antara yang terbesar pernah dialami. Hampir 41,000 ribu orang terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan.

Ini merupakan ujian Allah terhadap hamba hambanya. Sebab musabab berlakunya bencana ini di Kedah, Hanya Allah yang maha mengetahui. Dalam keadaan sebegini semua orang akan mengalami kesusahan. Rakyat biasa hinggalah ke pemimpin akan berdepan dengan pelbagai keadaan untuk menyelesaikan masalah ini.

Apa yang mendukacitakan ialah sikap YAB MB Kedah yang mengamuk ketika ditanya persolan banjir ini. Sebagai seorang pemimpin yang waras sepatutnya segala persolan ini harus dijawab dengan baik oleh beliau selaku ketua kerajaan negeri Kedah.

Sebagai seorang pimpinan kesabaran mestilah diletakkan dibarisan hadapan. Inilah yang dialami oleh pemimpin BN pada setiap ketika apabila dihentam oleh pembangkang selama ini. Jika selama ini pemimpin PAS menghentam BN dalam segenap perkara, maka pada hari ini semasa mereka pula memerintah, segala mungkin cacian dan pandangan orang lain mestilah diterima dengan tenang.

Dalam hal ini, saya teringat akan peristiwa di zaman Rasulullah SAW. Baginda memang pemimpin contoh yang tiada tolak banding dalam segala segi. Pada ketika itu terdapat seorang pengemis yahudi buta selalu berada di Pasar Madinah.

Pengemis yahudi buta selalu mengingatkan orang di pasar berkenaan " Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammmad kerana dia adalah orang gila, dia tu pembohong, dia tu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya , maka kalian akan dipengaruhinya.

Namun demikian setiap pagi baginda akan mendatanginya dengan membawa makanan dan mengucap sepatah perkataan pun, baginda menyuapkan makanan kepada si pengemis berkenaan. Diriwayatkan baginda melakukan hal sedemikian pada setiap pagi sehinggalah baginda wafat.

Setelah baginda wafat maka tidak ada lagi orang menyuapkan makanan kepada si pengemis buta berkenaan. Pada suatu hari Saidina Abu bakar ke rumah anaknya iaitu Siti Aishah dan bertanya, " wahai anakku apakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan". Jawab Aisyah " Wahai ayahku, engkau adalah seorang Ahli sunnah dan hampir semua perkara engkau lakukan kecuali satu saja iaitu pada setiap pagi Rasulullah akan membawa makanan kepada seorang pengemis buta di Pasar Madinah.

Keesokan harinya Abu Bakar pergi ke pasar lalu menyuapkan makanan kepada pengemis berkenaan. Pengemis berkenaan mengherdik Abu Bakar. " Siapakah kamu?. Abu Bakar menjawab aku adalah orang yang biasa datang memberi makanan kepada kamu.

Pengemis berkenaan berkata bahawa engkau bukan lah orang yang selalu menyuap makanan kepadaku kerana orang yang biasa datang kepada ku itu akan menghaluskan makanan ini sebelum disuapkan kepada ku.

Mendengar kata kata itu, air mata tidak dapat ditahan dan sambil menangis, ia berkata kepada pengemis itu: " benar, aku ini bukan orang yang biasa datang kepada mu. Org yang mulia yang selalu datang dan menyuapkan makanan kepada engkau itu sudah wafat. Dialah Muhammad SAW.

Mendengar kata kata itu, si pengemis pun menangis kerana Muhammad ini yang selalu dihinanya dan difitnahnya. Dia tidak pula memarahi aku bahkan mendatangiku dan melayanku setiap pagi. Akhirnya pengemis itu mengucap dua kalimah syahadat.

Meski pun sebagai pemimpin kita tidak mampu meneladani sepenuhnya, alangkah baiknya kita berusaha kearah itu. Ingatlah , Kesabaran itu adalah senjata utama seorang pemimpin.

wassalam.

Contributors