skip to main | skip to sidebar

Pages

  • Home
Subscribe:

Zaidi Muda

Catatan ZM

Labels

  • Islamic
  • Isu semasa
  • Politik
  • Program DUN

Tentang Saya


BlingPixie.com

27 June 2010

Ngauman Piala Dunia 2010

Salam 2 ll

Afrika Selatan kini menjadi tumpuan dunia kerana menjadi tuan rumah kejohahanan bola sepak Piala Dunia, piala paling berprestij di dunia. Ia merupakan pengiktirafan dari FIFA kepada benua Afrika setelah dipilih menjadi tuan rumah. Pada tahun 1966, Afrika memboikot Piala Dunia kerana FIFA tidak memperuktukkan walau satu slot siaran untuk mereka kerana dasar Arphatied yang diamalkan oleh kerajaan mereka.

Kini, setelah 16 tahun dasar Arphatied dihapuskan, mereka diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah dan dapat membersihkan imej negara mereka yang lalu. Bola sepak adalah sukan nombor satu dunia. Pada masa ini ratusan juta penduduk dunia tertumpu kepada kejaohanan ini.

Oleh yang demikian, pengaruhnya amat kuat terhadap masyarakat dunia. Piala Dunia mampu untuk menghentikan perang saudara di Ivory Coast setelah negara mereka berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia pada tahun 2006. Begitu juga di Iran pada tahun 1998, bila Iran berjaya mengalahkan Amerika syarikat , sebahagian rakyatnya menganggap kemenangan itu dengan menewaskan syaitan imperialis dunia.

Kini kejohanan berpestij ini telah hampir ke kemuncaknya. Beberapa kejutan telah berlaku dalam sejarah bolasepak kali ini kerana beberapa buah negara gergasi sukan ini telah kecundang ditangan negara yang selama ini dinggap lemah. Juara bertahan Itali telah kecundang, begitu juga dengan juara dunia tahun 1998 iaitu Peranchis juga tersingkir lebih awal. Nampaknya wakil Eropha dalam edisi ini kurang menyerlah.

Sebaliknya wakil Amerika Selatan terus membuktikan keunggulan mereka kerana kesemua wakil mereka layak ke pusingan kedua seprti Brazil, Argentina, Uruguay, paraguay dan Chile menempah tempah ke pusingan ke 2. Sebahagian besar penonton juga terhibur dengan corak permainan yang ditunjukkan oleh mereka. Malah tidak mustahil kalau diperingkat separuh akhir nanti akan dikuasai oleh mereka. Kita sama sama tunggu.

Pasukan dari Asia nampaknya terus muram setelah Korea Selatan tewas dalam pusingan ke 2 ditangan Uruguay. Kini hanya tinggal pasukan Jepun untuk meneruskan perjuangan benua Asia di Pusingan ke 2. Ini lah harapan benua Asia. Kita tidak pernah menjuarai Piala Dunia ini sejak ia diperkenalkan. Asia tenggelam dalam kehebatan pasukan dari benua Eropah dan Amerika selatan.

Pada kejohanan kali ini, kita dapat melihat pasukan kerdil seperti slovakia, Paraguay, Korea utara sudah mula menunjukkan taringnya. Cuma kita sering tertanya tanya, Bilakah agaknya pasukan kebangsaan Malaysia mampu melangkah ke pusingan akhir Piala Dunia ini?.

Fikir fikirkan.
Posted by Zaidi bin Muda at 12:16 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

19 June 2010

Tahniah Terengganu ku

Salam 2 all

Perkataan pertama yang saya mampu ungkapkan ialah setinggi tahniah dan syabas kepada kontijen Terengganu Darul Iman atas kejayaan cemerlang mengekalkan kejuaraan SUKMA ke 13 di Melaka pada tahun ini. Bagi rakyat Terengganu, kejayaan mengekalkan kejuaraan kali ke 2 berturut turut ini amat manis dan membanggakan.

SUKMA ke 12 berakhir di Melaka semalam (19 jun 2010). Terengganu memperolehi 47 emas, 30 perak dan 43 gangsa dan menyingkirkan gergasi gergasi lama seperti Selangor, wilayah Persekutuan dan Sarawak.

Dalam SUKMA kali ini, penyumbang utama pingat emas Terengganu ialah dalam acara kanu iaitu 12 emas, 3 perak dan 1 gangsa. Ia didikuti oleh berbasikal iaitu 8 emas, 2 perak dan 2 gangsa. Lakaran kejayaan ini bertambah manis apabila kita berjaya mengekalkan emas dalam acara bola sepak dalam temasya kali ini dengan menumpaskan Selangor 1-0.

Usaha gigih membawa kejayaan. Inilah slogon yang membawa kecemerlangan kepada kita. tentu kita masih ingat semasa SUKMA mula diperkenalkan dahulu. Terengganu sentiasa berada ditempat yang tercorot dari bawah. Walau pun begitu kita terus berusaha gigih hinggalah kita kecapi kejayaan ini bersama.

Kejayaan ini adalah hasil usaha bersama. Tahniah kepada para atlit yang sentiasa berusaha gigih. Tahniah kepada kerajaan negeri yang sentiasa memberi sokongan dan kewangan. Tahniah kepada Majlis Sukan Negeri, Tahniah kepada persatuan persatuan sukan yang terlibat dan tahniah buat semua rakyat Terengganu yang terus memberi semangat dan sokongan berterusan. Moga moga Terengganu ku terus ' nelang' di masa masa yang akan datang.

Tahniah
Posted by Zaidi bin Muda at 11:55 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

17 June 2010

Ke Mana Akhirnya Melayu.

Salam 2 all

Satu ketika dahulu melayu merupakan generasi yang lemah sama ada dari sudut ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya. Mereka hanya bekerja sebagai petani, nelayan, pekebun dan kalau berkhidmat dengan kerajaan pun hanya sebagai kerani rendah sahaja.

Hasil usaha kita dan juga rasa kebertanggujawaban pimpinan , Melayu telah mengorak langkah maju setapak demi setapak dalam semua bidang. Kini kita boleh berbangga kerana melayu sudah ramai melayu terpelajar, ramai sudah profesor melayu, hampir semua pegawai tinggi kerajaan juga adalah melayu, golongan profesional juga ramai melayu dan kini sudah ramai juga melayu yang bergelar jutawan.

Semuanya ini dapat kita kecapi kerana ekonomi negara berkembang pesat, politik negara stabil dan kebijaksanaan pemimpin yang bekerja keras dan akhirnya semuanya ini tercapai adalah dengan kehendak dan keizinan Allah jua.

Kini, semakin ramai cerdik pandai melayu, semakin bijaknya melayu, semakin majunya melayu, semakin kayanya melayu, semakin ramai ulamak melayu namun yang menghairankan ialah kita semakin tidak bersatu dan berpecah belah sesama sendiri. Apakah ini adalah hukuman terhadap apa yang dilaksanakan oleh kerajaan selama ini. Adakah semakin berilmu dan bijaknya melayu maka kita mula bertengkar dan berbalah sesama sendiri?

Kini kita sudah tidak boleh berbangga dengan kekuatan kita. Kerajaan akan terbentuk dengan kuasa undi. Kini melayu sudah tidak mampu untuk menentukan kuasa mereka di negara mereka sendiri walaupun melayu adalah majoriti di negara sendiri.

Melayu menguasai 60 % kuasa undi untuk menentukan kerajaan. Tp melayu tidak guna kuasa ini lagi untuk mereka. Kuasa undi melayu kini hanyalah kuasa minoriti dalam negara sendiri. Melayu sudah berpecah kepada 3 golongan besar iaitu melayu sokong UMNO, PAS dan PKR.

Kuasa melayu kini hanyalah 20% sahaja untuk menentukan kerajaan dinegara sendiri. Jika melayu masih tidak sedar, tengoklah dalam pilihanraya ke 13 nanti, siapakah yang akan menguasai kerajaan Malaysia. Ia bukan suatu perkara main main. Fikirkan secara serius perkara ini.

Kini DAP 28 Kerusi, PKR 24 kerusi dan PAS 23 kerusi. Jika kita andaikan jumlah 76 kerusi pembangkang ini akan membentuk kerajaan. Siapakah yang berhak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dan membentuk Kerajaan. Adakah PKR dan PAS layak untuk menjadi Perdana Menteri dgn jumlah kerusi yang mereka ada?

Sedarkah Melayu.
Posted by Zaidi bin Muda at 7:42 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

15 June 2010

Perak dalam kepeningan.



Ini baru cerita terbalik kot. Ahad lalu Ketua Penerangan PKR Perak Zulkafly Ibrahim buat sidang akhbar dakwa kononnya tiga ADUN BN Perak nak lompat parti.Katanya mereka sedang berunding dengan pimpinan PKR.

Sebaliknya tengahari Selasa lain pula jadinya. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP kawasan Malim Nawar negeri itu,Keshvinder Singh umum keluar parti untuk jadi ADUN Bebas yang sokong BN serta merta.

Beliau membuat pengumuman itu dalam sidang akhbar di sebuah hotel di Subang Jaya.

Tindakan ini menjadi tamparan hebat kepada Pakatan Rakyat negeri itu yang sedang mencari jalan nak rampas balik negeri itu setelah tiga ADUN dulu,dua PKR dan satu DAP umum jadi calon bebas yang sokong BN.

Katanya beliau mengambuil keputusan itu kerana fedup terlalu banyak politiking dalam Pakatan Rakyat.

Beliau nafi wujud tekanan atau kena beli malah tiada kena mengena dengan pimpinan DAP negeri termasuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming.

Wakil rakyat itu juga memberitahu beliau nampak prestasi BN Perak dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta konsep 1 Malaysia adalah yang terbaik untuk negara ini.

Beliau juga mendakwa DAP Negeri dan Pusat tidak membantunya mengendalikan kawasan pilihanraya kebelakangan ini.Katanya beliau banyak guna wang sendiri untuk tujuan itu.

Katanya, tindakan keluar parti itu kerana tidak mahu rakyat di kawasannya turut jadi mangsa dan tertinggal pembangunan berbanding kawasan lain.

"Saya sedar kawasan saya perlu banyak pembangunan. Hanya BN yang boleh bawa pembangunan dan kesejahteraan kepada rakyat," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau akan bertemu Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bagi membincangkan soal pembangunan dan bantuan kepada rakyat di kawasan Malim Nawar.

Menjawab soalan, Kashvinder berkata tidak ada pemimpin DAP bertemunya walaupun sebelum ini ada desas desus kemungkinan beliau akan keluar atau lompat parti.

Malah, beliau juga tidak tahu menahu kenyataan pemimpin PKR Perak kononnya ada tiga wakil rakyat BN akan lompat parti dalam masa terdekat.

Keshvinder memenangi kerusi DUN Malim Nawar semasa pilihanraya umum Mac 2008 selepas menewaskan calon BN-MCA Chai Song Poh dengan majoriti 1,362 undi. Beliau dapat 7,801 undi manakala Chai 6,439 undi.

Sebelum ini ADUN DAP yang keluar parti jadi calon Bebas ialah Hee Yit Foong dari kawasan Jelapang.

Kini Pakatan Rakyat Perak tinggal 27 kerusi,BN 28 dan 4 Bebas yang sokong BN.-15/6/2010

Posted by Zaidi bin Muda at 10:41 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

01 June 2010

Israel terus bermaharaja lela.

Salam 2 all

Beberapa hari lepas, sekali lagi dunia dikejutkan dengan serangan komando Laut Israel telah menyerang dan menggempur bantuan kemanusiaan ke Gaza. Serangan ini telah mengakibatkan 18 orang aktivis dari seluruh dunia telah terkorban dan berpuluh puluh orang cedera.

Dunia terpegun dengan serangan ini. Hari ini seluruh dunia mengutuk serangan ke atas bantuan kemanusiaan. Saya sering berfikir, apakah kesan dari kutukan ini terhadap Israel. Adakah Israel akan lumpuh atau mengambil cakna terhadap kutukan ini. Jawapannya, sudah pasti tidak.

Kerajaan juga mestilah mengambil tindakan tegas bagi menentang kezaliman ini. Mana mana kepentingan yang melibatkan Israel mestilah dipulaukan. Tekanan ini mestilah juga melibatkan rakyat jelata.

Keadaan yang berlaku ini sudah jelas menunjukkan bahawa, umat islam tidak boleh bergantung harap kepada sesiapa. Kita harus membina kekuatan kita sendiri melalui ilmu, ekonomi dan yang paling penting ialah perpaduan antara kita. Ini sajalah kekuatan yang mampu memenangkan Islam.

yang jelas juga kita tidak melihat perbezaan dasar kuasa besar dunia terutamanya Amerika syarikat. Dasar Obama dan dasar presiden sebelum ini adalah sama sahaja dalam isu Israel. Israel akan terus menggempur Palestin dan mana mana negara yang menentangnya. sesudah itu ia kana bersembunyi di belakang Washington.

Jika umat Islam bersatu menentang Israel, insyallah kita akan menang dalam perjuangan ini tetapi jika kita terus dibelenggu dengan episod pepecahan sesama umat, kita akan kalah setiap masa.
Posted by Zaidi bin Muda at 5:12 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Contributors

  • Unknown
  • Zaidi bin Muda

Catatan Perjalanan ZM


Undian

Get your own Poll!
Powered by Blogger.

Popular Posts

  • 13 Mei 1969, Pengajaran Amat Bernilai.
    Peristiwa 13 Mei 1969 Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi i...
  • Bukit Payong akan terus dibela.
    Salam bloggers Setelah sekian lama, saya menyepi diri dalam arena blog ini. saya mohon maaf kerana lama dah tidak update blog ini lantaran k...
  • Perlantikan baru, Transformasi Politik
    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kekal mengetuai UMNO Selangor manakala timbalannya ,Tan Sri Muhyiddin Yassin di Wilayah Persekutu...
  • Kenapa Selangor takut kepada Dato' Khusrin.
    Salam 2 all. Kerajaan Selangor sekali lagi porak peranda gara gara perlantikan Dato' Mohamed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan...
  • PIBG SMK Sultan Mansor
    Salam. Pada 04/05/2009 yang lps saya buat pertama kali mempengerusikan mesy. AJK PIBG SMK Sultan Mansor yang pertama. Saya ucapkan terima ka...
  • Petani moden
    Salam 2 all Pada hari ini saya menghadiri majlis perasmian mini estet padi peringkat negeri Terengganu. Terlebih dahulu saya ucapkan terima ...
  • Anak Terengganu Nelang Lagi.
    Tahniah buat pasukan Malaysia yang menjuarai kejohanan Piala Suzuki baru baru ini menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2. Kejayaan ini su...

Facebook

Twitter

Sahabat Blog

  • The Scribe A Kadir Jasin
    1 year ago
  • WARKAH PROF DATO DR SIDEK BABA
    [ REMAJA ] 1. Pelajar penyokong reformasi? -- Kesedaran politik tidak bermakna aktif berpolitik - Dr. Sidek 2. Zaman remaja permulaan baik untuk...
    5 years ago
  • RIDHUAN TEE
    *Pilihan raya PBT, siapa untung siapa rugi* *KERAJAAN jangan sama sekali tunduk desakan ultra kiasu untuk mengadakan pilihan raya PBT. Kawasan bandar akan ...
    5 years ago
  • Dato' Seri Haji Ahmad Said
    Tahniah kepada mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) berkuat kuasa se...
    5 years ago
  • Legasi Tamingsari
    1. Biru muka perokok tegar apabila kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia mewartakan bermula Januari 2019 maka larangan merokok di tempat awam t...
    6 years ago
  • Minda Tajdid
    Oleh: Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin 1. Ramai yang agak terkejut apabila melihat beberapa tokoh memulakan pendekatan dakwah yang berbeza d...
    6 years ago
  • Saifuddin Abdullah
    PETALING JAYA: An official statement on Pakatan Harapan’s registration as a coalition is set to be made on Thursday (May 17). Pakatan Harapan secretariat...
    7 years ago
  • Badut Rakyat
    Apa sahaja akan dibuat oleh DAP bagi hancurkan terus parti PAS.Sudah ditubuh parti PAN untuk lawan PAS.Tidak cukup dengan itu,PKR pula dipecahkan sesama...
    7 years ago
  • ZULKIFLI BIN NOORDIN
    *Bersama Syeikh Yusuf Abu Sunainah - Imam Masjid Al-Aqsa As-Syarief, Baitula-Maqdis* *AL-AQSA MENANGIS DARAH!!!** *Al-Aqsa* *Bumi para anbiya* *Kelahir...
    9 years ago
  • Yusri Mohamad | Laman Utama
    Siyasah Syar`iyyah Sebagai Instrumen Memelihara Keutuhan dan Kestabilan Negara Dr. Yusri bin Dato’ Mohamad Muqaddimah Tulisan ringkas ini akan cuba mengup...
    13 years ago
  • PAPA GOMO
  • chedet.cc/blog/
  • Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu
  • Khairy Jamaluddin
  • Agenda Daily: Real News For New People

Akhbar Dalam Talian

  • Kosmo Online
    Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata
    7 years ago
  • The Malaysian Insider :: ALL
    Terima kasih rakyat Malaysia
    9 years ago
  • RSS Sinar Harian: Semasa
    Pemandu maut rempuh lembu
    10 years ago
  • Utusan Online
    ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
    10 years ago
  • myMetro
  • Berita Harian Online
  • K o m u n i t i M e l a y u . c o m
  • UMNO Online
  • Malaysiakini
  • Official Site of the Premier League | premierleague.com
  • Buletin Online - Media Informasi Terkini

Kerajaan Malaysia

  • 1 MALAYSIA
  • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
  • Jabatan Perdana Menteri
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • Kem. Pembangunan Wanita & Pembangunan Masyarakat
  • Kementerian Belia Dan Sukan
  • Kementerian Dalam Negeri
  • Kementerian Luar Bandar Dan Wilayah
  • Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Kementerian Sumber Manusia
  • KERAJAAN MALAYSIA
  • PARLIMEN MALAYSIA
  • Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia

Terengganu Dalam Talian

  • Kenyataan Banjir Negeri Terengganu
  • Agensi Anti Dadah Marang
  • Jabatan Perkhidmatan Haiwan Marang
  • Pejabat Pelajaran Daerah Marang
  • Majlis Daerah Marang
  • Pejabat Daerah Marang
  • Kerajaan Terengganu

Feedjit

Shoutbox

Followers

Blogroll

Blog Archive

  • ►  2016 (6)
    • ►  November (1)
    • ►  September (4)
    • ►  February (1)
  • ►  2013 (2)
    • ►  August (2)
  • ►  2012 (5)
    • ►  March (2)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (6)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  January (1)
  • ▼  2010 (84)
    • ►  December (10)
    • ►  November (7)
    • ►  October (4)
    • ►  September (5)
    • ►  August (11)
    • ►  July (5)
    • ▼  June (5)
      • Ngauman Piala Dunia 2010
      • Tahniah Terengganu ku
      • Ke Mana Akhirnya Melayu.
      • Perak dalam kepeningan.
      • Israel terus bermaharaja lela.
    • ►  May (9)
    • ►  April (2)
    • ►  March (11)
    • ►  February (15)
  • ►  2009 (112)
    • ►  December (5)
    • ►  November (7)
    • ►  October (13)
    • ►  September (12)
    • ►  August (18)
    • ►  July (14)
    • ►  June (17)
    • ►  May (26)
  • ►  2007 (1)
    • ►  October (1)

Waktu Solat

Warisan

 
Copyright © 2025 Zaidi Muda. Designed by InMotion Hosting Review - HostGator Coupon 2012, Costumes 2012, Top Toys