Salam bloggers'
Saya tertarik dengan kenyataan Tunku Abdul Aziz Ibrahim, Naib Presiden DAP ( dia ni melayu rupanya) yang menyatakan bahawa konsep 1 Malaysia adalah agenda politik dan helah BN untuk kekal berkuasa. Ini adalah tohmahan yang tidak berasas sama sekali. Lebih mendukacita kan ia dinyatakan oleh melayu islam DAP.
Ini lah masalah masyarakat kita. Kalau sifatnya pembangkang, semua dibangkangnya sama ada ianya baik atau tidak baik. Kalau kerajaan tidak melaksanakan gagasan ini, mungkin dituduhnya kerajaan tidak punyai agenda untuk mengeratkan perpaduan kaum di negara ini. Bila kerajaan bertindak melaksakan gagasan ini, dituduhnya pula sebagai agenda politik dan helah untuk mengekalkan kuasa. Inilah padahnya kalau kita mempunyai parti pembangkang bermentaliti kelas 4.
YAB. Dato Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri kita yg ke 6 telah memperkenalkan gagasan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan. Objektifnya adalah untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum dengan menerapkan 8 nilai nilai bagi tujuan tersebut. 8 nilai ini ialah ketabahan, penerimaan, pendidikan, intergriti, meritokrasi, rendah diri, kesetiaan dan budaya cemerlang.
Konsep perpaduan yang ingin dibawa adalah berbeza dengan negara lain. Konsep asimilasi yang dibawa oleh negara lain terus melenyapkan identiti kaum dan digantikan dengan identiti nasional. Namun, dalam konsep 1 Malaysia, identiti kaum masih lagi dikekalkan dan setiap kaum perlu hornat menghormati antara 1 kaum dengan kaum yang lain. Melayu dengan identitinya, begitu juga cina, india dan bangsa bangsa lain.
Ia amat berlainan sekali dengan konsep ' Malaysian Malaysia" yang diwar warkan oleh DAP terutamanya. Konsep pembangkang ini memperjuangkan keadilan dan kesamaan hak bagi semua kaum dengan menghapuskan pemerintahan Beraja, kedudukan Agama Islam dan Bahasa Melayu serta hak keistimewaan oarang melayu.
Konsep ini juga tidak sekali kali bercanggah dengan perlembagaan negara terutama perkara 3 berkaitan dengan Islam, Perkara 4 ( Undang undang utama persekutuan), Perkara 152 ( Berkaitan Bahasa Melayu) dan perkara 153. Konsep ini masih lagi mengamalkan sikap keterbukaan kerajaan selagi ia tidak mengancam keselamatan, perpaduan, pembangunan ekonomi dan kestabilan politik.
Dalam konsep ini, keadilan akan memainkan peranan utama sesuai dengan tema rakyat didahulukan.. Kerajaan akan memastikan tidak ada kaum yang ketinggalan dalam arus pembangunan negara. Semua kaum tidak akan dipinggirkan. Oleh sebab itu kita memperkenalkan Biasisiwa Nasional. Sesiapa yang menunjukkan kecemerlangan akan menerima biasiswa ini tanpa mengira kaum.
Wassalam
10 months ago