Pages

Subscribe:

13 August 2013

 PEMILIHAN PEMIMPIN UMNO.

Salam 2 All


Alhamdulillah, Kita baru saja merayakan Idul Fitri yang mulia, masih belum terlambat rasanya, saya ucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitri, maaf zahir batin. Rasanya sudah sekian lama saya tidak mencoretkan sesuatu dalam blog ini dek kesibukan yang terlampau. Lebih lebih lagi kini sudah banyak medium di alam maya yang menghantui kita. 

Negara telah pun selesai melaksanakan pilihanraya umum ke 13 bagi memilih kerajaan yang memerintah untuk jangka masa 5 tahun yg akan datang. Seperti yang diduga Baraisan Nasional berjaya mengekalkan tampuk kekuasaan untuk penggal yang ke 13 walaupun tanpa sokongan majoriti 2/3. Namun rakyat masih lagi memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional , parti pilihan rakyat Malaysia. Ini merupakan satu rekod dunia kerana BN adalah parti yang paling lama bertahan dan mendapat kepercayaan rakyat Malaysia. Tidak ada parti lain didunia yang boleh bertahan sebegini lama memerintah sesebuah negara melainkan Barisan Nasional. Tahniah BN.

Kini rakyat Malaysia tertumpu pula kepada pemilihan UMNO yakni parti yang mendominasi pemerintahan di Malaysia. UMNO akan mengadakan pemilihan dari peringkat akar umbi hingga ke pemimpin utama. Bermakna, ia bermula diperingkat cawangan, Bahagian dan Majlis Tertinggi. Demikian juga diperingkat sayap sayap yakni Puteri, Pemuda dan juga Wanita. Semuanya akan mengalami proses pemilihan pemimpin baru atau pengekalan yang lama. Semua bergantung kepada perwakilan yang akan membuat pilihan.

Pada kali ini UMNO membuat perubahan yang drastik bagi meyakinkan org melayu bahawa parti itu telus dalam memilih pucuk pimpinan. Mereka yang hendak bertanding tidak perlu lagi mendapat pencalonan dari cawangan, mereka hanya perlu medaftarkan diri di pej. Perhubungan UMNO negeri masing masing. Perwakilan yang memilih pemimpin juga semakin ramai bg membolehkan mereka yang benar benar layak memimpin UMNO sehingga pilihanraya yang akan datang dipilih.

Semua ahli UMNO yang berkelayakan boleh bertanding untuk memegang jawatan utama dalam UMNO. UMNO memerlukan perubahan besar dalam kepimpinan disaat genting seumpama ini. Pemimpin yang dipilih nanti mempunyai tanggungjawab besar untuk memastikan UMNO terus mendapat kepercayaan rakyat dalam PRU yang akan datang. Jawatan yang disandang nanti bukanlah untuk kepentingan peribadi, mengkayakan peribadi, tidak membantu parti dan sebagainya. Pemimpin yang seumpama ini harus ditolak awal awal oleh para perwakilan. Kalau tidak parti akan terjerumus ke lembah kehinaan dan akan tersungkur dalam plihanraya yg akan datang.

Saya menjangka tidak akan ada pertandingan presiden parti. YAB Presiden parti haruslah diberi ruang untuk melakukan transfomasi parti untuk jangka masa 5 tahun yang akan datang. Begitu juga diperingkat Timbalan Presiden. Bagi jawatan Naib Presiden, jawatan ini terbuka untuk ditandingi. Saya merasakan Dato Hishamuddin, Dato Zahid Hamidi dan Dato Shafei Afdhal akan dicabar oleh pemimpin UMNO yang lain. Kepada yg menunjukkan prestasi kurang memuaskan akan kalah dlm pertandingan itu nanti.

Bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, saya menjangka YB Khairy Jamaludin tidak akan dicabar. Beliau telah berkhidmat dgn cemerlang sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Kelantangan  dan kebolehan beliau dlm memimpin pemuda diperlukan untuk menghadapi pembangkang. Beliau juga dilihat sebagai idola anak muda Malaysia , bukan sahaja atas sifat sebagai pemimpin pemuda tetapi kecemerlangan beliau dalam akademik.

Bagi sayap wanita, mungkin akan ada pertandingan. Dato Shahrizat Abdul Jalil berkemungkinan akan dicabar oleh bekas bos saya di Kementerian Belia dan Sukan dahulu, YB Dato Azalina Othman Said. Saya sedikit sebanyak mengenali Dato Azalina, beliau merepakan seorang pemimpin yang tegas. Sepanjang beliau berada di KBS , byk sekali program program dilaksanakan diperingkat akar umbi sehingga pegawai KBS " muntah' dengan pelbagai program. Saya kurang mengenali Dato shahrizat, namun dikatakan beliau amat disayangi dikalangan pemimpin wanita UMNO diseluruh negara.

Sebagai sebuah parti yang mengamalkan demokrasi, setiap org berhak untuk menawarkan diri untuk bertanding. Janganlah ada halangan yang direka cipta oleh kita sendiri. Janganlah kita mereka cipta , kepada yang kalah dlm pilihanraya yg lepas jangan bertanding kerana telah ditolak oleh rakyat. Harus diingat, yang kalah dalam pilihanraya lps itu adalah parti, bukan individu, rakyat menolak parti iaitu BN. Mereka hanyalah alat atau mewakili parti untuk bertanding dlm pilihanraya tersebut.

Nama nama besar yang tewas dlm pilihanraya lepas seperti Dato Ali Rustam, Dato Saifuddin Abdullah, Dato Abdul Ghani Othman. Adakah mereka tidak hebat? tetapi rakyat dikawasan tersebut menolak BN, hatta siapa sekali pun yang bertanding akan tewas. Jd mereka ini harus diberi peluang untuk membuktikan kehebatan mereka setelah bertarung dgn nama nama yg hebat dari parti pembangkang.

Buat semua perwakilan, pilihlah yang terbaik untuk menjadi pemimpin kita. Apabila pemimpin baik, parti akan cemerlang. Moga UMNO terus dibawah naungan ilahi dan terus memimpin Malaysia tercinta.




No comments:

Contributors