Pages

Subscribe:

15 August 2013

Bumi Mesir Bermandi Darah.

Salam 2 all

Konflik di Mesir nampaknya kian meruncing. Terbaru ratusan jiwa yang tidak berdosa terkorban, khabarnya ribuan tercedera. Kerakusan pihak tentera menggunakan peluru hidup dan segala kelengkapan tentera bagi menyuraikan penyokong Morshi di Mesir. Begitulah jika manusia kejam yang rakus kuasa mendapat kuasa. Satu ketika dahulu, saya mengandaikan setelah pilihanraya umum diadakan, Dr Morshi yang mendapat mandat dari rakyat, seterusnya menjadi Presiden Mesir, keamanan akan dapat dikecapi oleh rakyat Mesir. Ekonomi Mesir juga dapat dibangunkan setelah sebahagian rakyat Mesir dihimpit kemiskinan di era Hosni Mubarak, namun harapan kita meleset kerana suasana telah menjadi semakin tegang.

Kalau diperhatikan, Gelombang Arab Springs yang bermula dari Tunisia yang kemudiannya turut menghempas bumi Mesir ternyata masih belum boleh meredakan keadaan negara itu. setelah mendapat mandat rakyat melalui proses pilihanraya Dr.Morshi yang berkelulusan ijazah sarjana dalam bidang kejuruteraan telah melancarkan kempen bersama " Bersama Bangunkan Mesir" yang menawarkan kesihatan percuma, memulihkan 2000 buah sekolah dan mewujudkan Pasar Murah bagi mengurangkan beban rakyat berikutan kenaikan harga barang.

Tetapi sebahgian rakyat tidak sabar dan menuntut Morshi menyelesaikan segera masalah rakyat. Mana mungkin dalam masa 6 bulan memerintah, Morshi dapat melakukan itu semua. Mereka mendakwa ekonomi Mesir semakin tenat sehingga ramai rakyat menderita kerana kemiskinan. Kita  tahu bahawa Morshi mengambil alih kerajaan dikuasai oleh Hosni Mubarak lebih kurang 30 tahun. Mustahil dalam masa 6 bulan semua masalah boleh diselesaikan.

Kita tidak dapat menduga pihak tentera akhirnya mengambil tindakan merampas kuasa kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Saya percaya rampasan kuasa ini didokong oleh pihak barat terutama Israel dan Amerika Syarikat yang tidak senang dgn Morshi. Walau apa pun alasan pihak tentera terhadap rampasan kuasa tersebut, ia tidak boleh diterima oleh manusia yang mempunya tamaddun. Sebagai sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat, ia boleh ditukar dengan hanya melalui proses pilihanraya juga. Kalau kita tidak suka kan kerajaan tersebut , tunggulah pilihanraya akan datang untuk kita menukar kerajaan tersebut. Dengan itu keamanan akan dpt diwujudkan dan rakyat dapat hidup dalam suasana harmoni.

Ia memberi pengajaran yang besar kepada rakyat Malaysia. Jangan sekali kali menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan kerana ia akan memudaratkan keadaan. Sekali kita dicemari kekucar kaciran, amat sukar untuk kita pulihkan. Bagi membangunkan negara, kita perlukan 50 tahun namun untuk meruntuhkannnya kita hanya perlukan masa 1 hari sahaja. 

Morshi , tokoh islam daripada ikhwanul muslimin, dianggap oleh barat boleh mengancam kedudukan Israel dan kedudukan beberapa negara Arab yang masih tegar mengamalkan sistem Raja Mutlak. Namun barat menganggap rampasan kuasa itu mendapat sokongan sebahagian besar rakyat Mesir. Inilah permainan Yahudi laknatullah kerana mereka membuat andaian jumlah yang berhimpun hanya 2 juta orang sedangkan jumlah rakyat Mesir 80 juta. 

Dalam keadaan demikian kita tentu tertanya tanya, bagaimanakah masa depan rakyat Mesir?. Satu pertanyaan yang ternyata amat sukar untuk dijawab. Kepada siapakah diiharap akan membantu mereka. Negara Islam manakah yang akan dpt membantu mereka. Lebih mendukacitakan lagi, negara islam lain pun berhadapan dengan pelbagai masalah perpaduan yang sangat lemah. Benarlah apa yang digambarkan oleh Rasulullah saw: " Akan tiba suatu masa nanti seluruh umat manusia akan mengelilingi kamu seperti mereka mengelilingi hidangan makanan. Seorang sahabat bertanya : adakah kerana bilangan kami kecil pada masa itu.

" Baginda menjawab, tidak, bahkan bilangan kamu amat besar tetapi kamu pada masa itu seperti buih buih dilautan. Pada masa itu Allah mencabut perasaan gerun dari hati hati musuh kamu dan tersemat dihati kamu panyakit wahan, iaitu penyakit cintakan dunia dan takutkan mati " ( riwayat abu dawud dan ahmad dari Thawban).

Bagi kita di Tanah Air, hanya doa yang mampu kita panjatkan ke hadrat Allah agar menghentikan segera musibah dibumi Ambia itu. Mereka juga mengimpikan kehidupan seperti kita, lebih lebih lagi disaat menyambut syawal yang mulia ini.


15 Ogos 2013.


No comments: