Pages

Subscribe:

16 January 2012

Salahkah Memperjuangkan Bangsa Sendiri.

Assalamualaikum semua. Rasenya sudah begitu lama saya tidak menjengah ke blog saya ini. Dikesempatan ini saya memohon berbanyak kemaafan kerana kekangan masa yang tidak mengizinkan. Insyallah selepas ini saya akan kembali aktif di arena penulisan bagi berkongsi pandangan dengan sahabat sahabat semua.

Masih belum terlambat rasanya saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat tahun baru 2012 buat semua rakan rakan.

Mutakhir ini banyak org mempertikaikan perjuangan mengangkat martabat bangsa. Katanya memperjuangkan bangsa ini merupakan menerapkan semangat Asabiah. Persoalan yang mungkin timbul ialah, apakah berusaha memamujukan bangsa sendiri itu keji, mempertahankan harta pusaka bangsa sendiri itu berdosa?

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Kita adalah sebuah negara yang sangat unik didunia. Namun kita dapat menikmati kemakmuran dan keamanan hasil dari kebijaksanaan pemerintah.Kita mempunyai parti yang membina bangsa masing masing dlm sebuah negara terbaik.

Oleh kerana kerajaan yang memerintah diterajui oleh orang orang melayu maka kerajaan berusaha memajukan bangsa melayu supaya setanding dengan bangsa bangsa yang lain. kita beri sedikit keistimewaan seperti biasiswa pendidikan, bahasa melayu, raja raja melayu, agama islam, pelbagai jenis subsidi dan lain lain lagi.

Begitu juga dalam soal perlantikan pegawai awam, polis dan tentera. Namun demikian bukanlah bermakna kita mengabaikan hak bangsa lain. Bangsa lain juga dibantu sehingga ramai dikalangan mereka menikmati kemewahan dan kesenangan di bumi bertuah Malaysia tercinta ini.

Orang melayu majoritinya beragama islam, bersongkok, berkopiah, ada yang berjubah, ada yang berjanggut, berbaju melayu, berkain pelikat, membaca kitab kitab agama, membaca al quran namun dia tetap akan dikenali sebagai bangsa melayu kerana tidak ada istilah bangsa islam. istilah yang wujud hanya umat islam.

Disini sering wujud pertanyaan, adakah memperjuangkan bangsa, mencintai bangsa,menyedarkan bangsa sendiri supaya menjadi bangsa yang cemerlang dan sebagainya itu dianggap sebagai asabiah. Rasulullah sendiri pun berbangga dengan suku kaumnya iaitu Bani Hasyim.

Dalam islam tidak ada dalil yang menyatakan perjuangan bangsa dan mencintai bangsa itu haram. Rasulullah sangat mencintai Bani hashim dan sangat berbangga dengan sukunya. Dalam sebuah hadis sahih, baginda bersabda " sesungguhnya Allah telah memilih daripadaku Bani Ismail iaitu suku Kinanah, iaitu suku Quraisy, daripada suku Quraisy, terpilih Bani Hasyim. Dan Allah memilihku daripada Bani Hasyim.

Dalam keadaan sekarang banyak pihak yang mempertikaikan perjuangan bangsa yg dibawa oleh UMNO. Katanya kita mesti memperjuangkan islam dan sebagainya. Adakah perjuangan UMNO ini bukan perjuangan untuk islam sehingga tertegaknya islam dibumi Malaysia ini.

Sekiranya segala usaha untuk membangunkan bangsa melayu islam ini haram. Sila bawakan dalilnya. Apakah mencintai bangsa itu haram, adakah usaha untuk memajukan bangsa itu keji, apakah untuk mempertahankan hak kita itu berdosa.
Sebenarnya inilah yang diperjuangkan oleh kita. Kita bina negara tercinta ini sehingga mencapai ke tahap ini. Kita juga ingin melihat melayu islam terus maju kehadapan, tidak terus ketinggalan jauh kebelakang.

Semoga usaha murni ini mendapat keredhaan Allah jua.




1 comment:

GBN said...

http://idhamlim.blogspot.com/2010/11/memilih-pemimpin-menurut-islam.html tengok dalam blog ni

Contributors