gambar hiasan |
Menteri Besar, Dato' Ahmad Bin Said terharu dan bangga dengan pencapaian pelajar-pelajar negeri terengganu. Malah, keputusan itu turut mencatat rekod terbaik dalam tempoh empat tahun yang mana GPN meningkat 4.92 berbanding 5.03 pada 2010 serta mengatasi Gred Purata Nasional (5.04).
Inisiatif kerajaan negeri dalam memastikan pendidikan sebagai tunjang dalam penghasilan modal insan telah berjaya diterjemahkan dengan melihat kepada keputusan yang amat membanggakan ini. Beliau turut menambah, “Program penghantaran guru ke negara seperti Australia dan korea Selatan juga merupakan usaha penambahbaikan kerajaan negeri dalam menjayakan program 'Terengganu Anjung Ilmu',”.
Sejak dua tahun kebelakangan ini, Terengganu mampu menghasilkan lebih daripada 10 orang calon kategori Gred Cemerlang Tertinggi (A+) ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri, di Wisma Darul Iman, hari ini.
Hadir sama Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah dan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri, YB Haji Ahmad Razif Abd Rahman.
Katanya, daripada 22,702 calon yang mengambil SPM, seramai 19,755 orang (94.32 peratus) berjaya mendapat sijil SPM berbanding 20,348 orang (94.61 peratus) pada 2010.
“Daripada jumlah itu, seramai 15 calon sekolah KPM (0.06 peratus) berjaya memperoleh A+ bagi semua mata pelajaran berbanding 17 calon (0.08 peratus) yang mendapat keputusan itu pada 2010,” katanya.