Salam bloggers
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu berakhir hari ini. Alhamdulillah , semua YB mengambil bahgaian dalam Persidangan ketiga Dewan Undangan Negeri ke 12. Namun adalah menjadi perkara biasa pihak pembangkang terus menghentam kerajaan. Kerajaan terus disalahkan dalam segala perkara.
Saya tidak terdengar pihak pembangkang memuji kerajaan. Maaflah kalau saya tersilap dengar. Itulah nasib kerajaan yang memerintah agaknya. Kerja yang dilaksanakan untuk untuk kesejahteraan rakyat terus diperlekehkan dan dipersenda oleh wakil wakil pembangkang.
Selepas ini, mereka sudah pasti akan mengadakan ceramah diseluruh pelusuk negeri bagi menerangkankan kepada rakyat berkaitan isu isu di dewan yang mulia ini. Sekali lagi Kerajaan akan terus dihentam selanyak lanyaknya, seolah olah mereka saja yang betul 100% macam malaikat.
Gejala Mat Rempit, anak tidak saf taraf, gejala dadah, pil khayal, judi, arak, rasuah, Stadium runtuh, bangunan runtuh dan sebagainya yang berlaku adalah salah kerajaan. Semuanya salah kerajaan yang memerintah. Mereka yang tidak buat apa apa memang tidak ada salah.
Adakah betul gejala tersebut salah kerajaan. saya tertarik dengan jawapan YB Khazan, kita tidak boleh meletakkan semua kesalahan tersebut dibahu kerajaan. Dalam pendidikan anak anak, mereka yang paling penting ialah ibu bapa. setiap anak yang dilahirkan ialah bersih seperti kain putih, maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikan ia Yahudi, Nasarani atau pun Majusi.
Kalaulah sesuatu yang berlaku itu salah kerajaan yang memerintah, kenapa bukan semua orang yang terlibat dengan dadah. Hanya sebahagian kecil belia yang terlibat dengan dadah ini manakala sebahagian besar dari mereka tidak terlibat pun. Bagi saya keluargalah yang harus diletakkan kesalahan utama. Keluarga lah syurga dunia bagi anak anak.
Seperti yang diduga, isu bangunan runtuh menjadi topik hangat dalam persidangan kali ini. Dalam kawasan saya, terdapat kain rentang yang menggelarkan Terenggganu Darul Runtuh. Ia dibuat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan dayus. Yang peliknya tidak terdapat pula kain rentang yang memuji kerajaan BN yang menjadikan Terengganu johan dalam UPSR 9 tahun berturur turut. Mengapa? jawab sendirilah.
Sesiapa pun tidak mahu ia runtuh sebagaimana kita buat rumah . Adakah kita nak rumah kita runtuh menyembah bumi?. sudah pasti tidak. Begitu jugalah kerajaan. Namun kita akui mungkin ada kesilapan teknikal berlaku. Saya percaya kerajaan akan mengambil langkah yang lebih baik bagi mengelakan kejadian ini dari terus berlaku.
Namun apabila bercakap soal bangunan runtuh seolah olah mereka lupa kepada Allah. Ini salah kerajaan. Kerajaan korup dan sebagainya. mereka lupa ayat quran yang dibaca. Ini juga sebahagian dari kuasa Allah. Kalau Allah kata runtuh, maka runtuh lah ia. Adakah mereka ingat islam ini hanya berkait soal hukum sahaja. Inilah padahnya jika hanya meletakkan kesahalan kepada orang lain semata mata tanpa tilik pandang kepada diri sendiri.
Kita tidak pelik kerana itulah mentaliti pembangkang di Malaysia. 100% bangkang je kerjanya. Kesian kat mereka, kerana apa mereka mencari kesalahan kerajaan. Jawapannya ialah kerana mereka tak sabar sabar nak memerintah dan menjadi kerajaan dan mengaut segala keuntungan apabila menjadi kerajaan nanti. Rakyat akan terus dikelirukan dengan harapan meraka menang dalam pilihanraya yang akan datang.
wassalam