Salam perjuangan dari saya khususnya warga DUN Bukit Payong. Bagi penyokong UMNO dan Barisan Nasional , jadikanlah kekalahan kita dalam pilihanraya yang lepas sebagai pembakar semangat perjuangan yang seterusnya. Kita hanya kalah 115 undi kepada PAS. Kita harus bekerja kuat dari sekarang. '1 Malaysia, rakyat didahulukan, prestasi diutamakan' . itulah kata kata hikmah YAB Perdana Menteri yang akan menjadi motto kita. Kepada semua pemimpin di semua peringkat, sebagai pemimpin rakyat akan menjadi keutamaan yang perjuangan kita. Kita jangan berprotokol dengan rakyat di peringkat akar umbi.
Saya akan terus bersama sama tuan /puan bagi membela nasib rakyat dalam DUN Bukit Payong. Kita jangan patah semangat, membela nasib rakyat adalah menjadi agenda kita. 5 bulan pertama tahun ini kita telah melaksanakan pelbagai agenda bagi membantu warga DUN Bukit payong. Pembangunan Fizikal terus berkembang pesat di Bukit Payong di bawah Kerajaan BN. Pembinaan pasar baru Kedai Buluh terus berjalan, begitu juga dengan Pusat Sains Negeri di Kg. Laut juga sedang dalam pembinaan, Kita juga membina sebuah pusat kesiihatan baru di Pekan Bukit Payong yang berharga RM 18 juta. adalah diharapkan dengan siapnya pusat ini ia akan dapat meningkatkan taraf kesihatan warga DUN Bukit payong. Tapak Pasar Borong negeri juga dalam pembinaan. Bukit payong juga akan menjadi susur keluar Lebuh Raya pantai Timur. Pasar Kg. Laut baru sahaja disiapkan dengan kos RM 1.8 Juta. insyallah tidak berapa lama lagi pasar ini akan dapat digunakan oleh peniaga dan memberi kemudahan kepada penduduk sekitar.
Masjid Kg. Surau Panjang juga baru disiapkan dan telah digunakan oleh para jamaah pada bulan April baru baru ini. Masjid Kg. Tok Dir yang berharga RM 4 juta masih dalam pembinaan dan apabila siap nanti rakyat di Kg. Tok Dir akan dapat menunaikan dengan lebih selesa. Kerajaan BN juga akan membina 2 buah Gelanggang rakyat iaitu di Kg. Belukar jambu dan Kg. Surau Hj. Yaacob. Adalah diharapkan ia nya akan memberi peluang kepada anak muda untuk menggilapkan bakatnya di sini. 5 bulan pertama ini juga Kerajaan telah membelanjakan lebih kurang RM 2 juta bagi membina prasarana seperti jalan kampung, wakaf, membina balairaya dan sebagainya. kita juga akan membina rumah bagi keluarga miskin di DUN Bukit payong. rumah yang uzur pula akan dibaiki.
Kerajaan juga akan menukar rumah rumah atapnya bocor. 100 buah rumah akan ditukar atap kepada atap yang baru dalam sedikit masa lagi. Kita akan membelanjakan RM 500,000.00 untuk menukar atap penduduk di DUN Bukit Payong.
Disamping projek fizikal, kita juga akan terus melaksakan pembangunan modal insan dengan konsep mesra rakyat. Orang miskin , sakit akan terus dibantu bagi meringankan beban mereka. Begitu juga nasib Ibu tunggal akan terus dibela. Bagi anak anak yang akan melanjutkan pelajaran ke Universiti juga akan dibantu. Pelajar boleh lah berhubung terus dengan Yayasan Trg jika mendapat tawaran Ke IPT awam atau swasta.
Bagi anak anak yatim pula, kita sediakan tempat untuk mereka. Asrama Anak Anak Yatim Darul Falah dibina bagi membantu anak anak yatim. Mereka akan ditempatkan disini dfengan pelbagai kemudahan seperti asrama, makan minum, kemudahan pembelajaran dan sebagainya.
Inilah Tanggungjawab kerajaan Barisan Nasional. Rakyat tetap dihati, Yang Susah kan dibantu. Dengan ini akan melahirkan masyarakat dan negara Baldatun Toiyibatun, Warabbun Ghafur, Insyallah
Bagi anak anak yatim pula, kita sediakan tempat untuk mereka. Asrama Anak Anak Yatim Darul Falah dibina bagi membantu anak anak yatim. Mereka akan ditempatkan disini dfengan pelbagai kemudahan seperti asrama, makan minum, kemudahan pembelajaran dan sebagainya.
Inilah Tanggungjawab kerajaan Barisan Nasional. Rakyat tetap dihati, Yang Susah kan dibantu. Dengan ini akan melahirkan masyarakat dan negara Baldatun Toiyibatun, Warabbun Ghafur, Insyallah
kita mendoakan semoga dalam pilihanraya ke 13 BUKIT PAYONG DAPAT KITA RAMPAS KEMBALI. WAHAI WARGA DUN BUKIT PAYONG, BERILAH SOKONGAN KEPADA BN YANG SENTIASA MEMBELA NASIB RAKYAT.
WASSALAM