Pages

Subscribe:

21 October 2009

Pakat Tunggu Ucapan Bajet 2010

Salam bloggers

Seluruh rakyat Malaysia sedang menunggu nunggu ucapan bajet 2010 oleh YAB Perdana Menteri pada 23 Oktober ini ( jumaat ini jam 4 ptg). Bajet ini amat penting kerana ini lah ucapan bajet YAB Perdana Menteri selepas mengetuai kerajaan pada tahun lepas.

Kita percaya bajet pada kali ini akan memberi tumpuan kepada rakyat selaras dengan konsep 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan. Sebelum ini, kerajaan pernah menyuarakan bahawa Bajet 2010 yang akan dibentangkan ini merupakan bajet berhemat dengan memberi impak kepada rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan masyarakat luar bandar.

Sejajar dengan hasrat tersebut, tentunya kerajaan akan berusaha mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah di luar bandar dengan menyediakan perkhidmatan dan kemudahan sewajarnya melalui peruntukan Bajet tersebut.

Pada masa sama, sumbangan melalui pakej rangsangan ekonomi yang disediakan kerajaan sebelum ini telah menyumbang ke arah pemulihan ekonomi negara selain dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi pelbagai pihak.

Sebelum ini, beliau telah memberikan bayangan bahawa teras bajet itu adalah untuk akan memastikan negara keluar daripada krisis ekonomi dengan tumpuan kepada usaha mencari sumber pertumbuhan baru, selain merancakkan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI).

Kerajaan juga maklumkan bahawa perbelanjaan mengurus akan dikurangkan dalam bajet kali ini. Jika dalam bajet yang lepas memang perbelanjaan mengurus lebih besar dari pembangunan. Dengan ini seluruh jentera kerajaan kena lah berjimat cermat bagi memastikan pembaziran tidak berlaku.

Bagi kakitangan awam pula, mereka juga sedang menunggu sama ada kerajaan akan membayar bonus atau tidak kepada dalam bajet ini. Semuanya terletak kepada kemampuan kewangan kerajaan. Sebelum ini kerajaan telah mengumumkan bonus kepada kakitangan sokongan gred 38 ke bawah sebanyak RM 500 seorang.

Perlu diingat bonus ini bukanlah hak mutlak kakitangan awam. Walau pun begitu saya yakin Dato' Sri Najib faham kehendak seluruh kakitangan awam terutamanya kepada mereka yang bertugas di bandar besar dan berpendapan rendah. Tapi kita jangan lah mengamuk jika apa yang ditunggu tunggu itu tidak kesampaian.

Kita sama sama tunggu pada 23 Oktober 2009 ini.

1 comment:

Anonymous said...

Pemimpin bawahan sekat ahli baru masuk Umno: Dr Mahathir


PUTRAJAYA: Kepimpinan Umno perlu sedar bahawa keputusan yang dibuat oleh pemimpin cawangan atau peringkat bawahan mungkin menghalang orang baru iaitu golongan profesional muda menyertai parti itu.

Bekas Perdana Menteri yang juag bekas Presiden Umno. Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata tidak akan berlaku pembaharuan tanpa orang baru dalam parti serta parti itu akan semakin kecil.

"Saya fikir perkara penting bagi kepimpinan Umno adalah kesedaran bahawa Umno semakin kecil kerana pemimpin peringkat bawahan sebenarnya menyekat kemasukan orang baru menyertai Umno.



"Jika tiada pembaharuan, mereka (pemimpin peringkat bawahan) akan menjadi tua dan bersara namum mereka sahaja yang ada untuk rakyat membuat pilihan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada majlis siri wacana Perdana ke-10 bertajuk "Peranan Wanita dan Pemuda Dalam Pembangunan Negara" di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Semasa sesi soal-jawab mengenai ucaptamanya, Dr Mahathir juga mengulas bahawa is bukan kegagalan sistem tetapi salah guna pendekatan yang berlaku di peringkat bawahan.

Beliau menjelaskan bahawa untuk menjadi seorang ahli Umno, seseorang itu terlebih dahulu perlu menyertai cawangan berbanding berdaftar secara langsung dengan parti.

Bagaimanapun, pemimpin peringkat bawahan mungkin melihat orang baru ini sebagai ancaman kepada kedudukan mereka dan berkomplot untuk menyingkirkan orang baru ini.

"Sistem ini bukan teruk tetapi pemimpin peringkat cawangan perlu memahami bahawa untuk Umno berjaya, Umno memerlukan lebih ramai pemimpin handal," katanya.

Mengenai krisis MCA, Dr Mahathir berkata parti itu perlu mengutamakan kepentingan parti dan bukan kepentingan peribadi.

Dr Mahathir juga mengingatkan golongan pemuda supaya memberi lebih tumpuan kepada pendidikan dan menimba ilmu serta kemahiran supaya menjadi pemimpin yang berwibawa dan tidak membuang masa mengadakan demonstrasi.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata undang-undang dan peraturan yang dilihat mendiskriminasi golongan wanita perlu dikaji.

Katanya dalam masyarakat Islam terdapat beberapa injunksi Islam yang perlu dikaji sama ada ianya benar-benar Islam atau tidak yang mendiskriminasi wanita.

Bagaimanapun, katanya, negara ini bertuah kerana keadaan tidak begitu buruk di sini berbanding negara Islam lain.

"Kebebasan Islam di negara ini jauh lebih baik berbanding negara Islam lain dan dalam keadaan tertentu negara bukan Islam juga," katanya.

so..apakah terdapat juga hal2 macam ni dibawah tuan ppdun...moga2 tuan berhati dengan pencacai-pencacai dalam senyap itu.bilakah umno dun bukit payung akan lebih perkasa - Bernama

Contributors