Pages

Subscribe:

01 October 2009

Bencana alam di sana sini

Salam bloggers

Hari ini 02 Oktober 2009, Hari Jumaat. Kita masih lagi berada di bulan Syawal yang mulia. Di sana sini masyarakat Malaysia lagi menganjurkan rumah terbuka. Setiap kali saya mengunjungi Rumah terbuka, begitu banysk hidangan lauk pauk dan kuih muih yang dihidangkan untuk para tetamu. Hari ini DUN Bukit Payong akan mengadakan Rumah Terbuka Idul Fitri bagi memberi peluang rakyat jelata mengeratkah tali silaturrahim sambil menikamati jamuan.

Selesai solat Subuh pagi ini, saya terus melayari internet bagi melihat perkembangan semasa dalam negara dan luar negara. saya perhatikan banyak bencana yang menimpa beberapa negara di dunia yang tak pernah berlaku di negara kita Malaysia tercinta.

Kita sedih melihat bencana gempa bumi di Sumatera Indonesia yang mengorbankan 1100 orang setakat jam 2.08 pagi ini. Rakyat Indonesia ni, sering ditimpa musibah dan ujian yang sangat berat pada pandangan kita. Mungkin bagi mereka itu sudah menjadi satu perkara biasa. Ratusan bangunan runtuh dan ada satu kawasan hampir 90% rumah musnah.

Gempa ini berlaku pada 7.6 skala Richter. Dalam kekalutan ini , rakyat akan panik dan banyak perkara diluar jangkaan akan berlaku. Bekalan makanan dan bahan lain akan menjadi lebih sukar. Difahamkan juga harga minyak Petrol sudah mencecah RM 5 satu liter.

Di Vietnam pula, 400 orang sudah terkorban dalam Taufan Ketsana. Taufan ini membawa angin kencang 185 kilometer sejam yang menyebabkan berlakunya banjir. seramai 170,000 orang sudah dipindahkan. Bencana ini mturut menyerang negara Kemboja dan juga Loas.

Disamping itu Tsunami terus menyerang Somoa. Sekurang kurangnya 150 orang terkorban dan puluhan lagi masih hilang. Gegeran berukuran 8 skala Richter disusuli dengan ombak setinggi 7.5 meter. banyak rumah telah ranap dan pantai yang dulunya putih bersih kini dipenuhi runtuhan bangunan, kereta, beg perabot dan barangan pribadi.

Semua ini berlaku disaat kita umat islam bergembira dengan sambutan Idul Fitri. Mereka ditimpa musibah dan ujian yang sangat menyayat hati. Dinegara kita lain pula ceritanya. kalau rakyat dinegara mati dalam suasana sebegitu, tapi rakyat kita banyak yang mati di jalan raya, mati akibat makan yang tidak terkawal lalu disusuli dengan pelbagai jenis penyakit dan sebagainya.

Kita tak ada bencana alam yang dasysat. Kalau berlaku pun skadar angin kuat yang hanya tercabut atap sahaja. Ptg kemarin Terengganu dilanda ribut yang agak kuat bagi kita. Di tempat saya cuma ada 8 buah rumah yang terlibat. Kita mengambil tindakan drastik dengan terus menggantikan atap yang tercabut.

Sesuai dengan pagi jumaat di bulan Syawal ini, kita perhatikan alam sekeliling kita. Kira banyakkan berfikir, kita muhasabah diri dan kita panjatkan doa supaya negara tercinta ini terus dilindungi dari sebarang bentuk musibah dan bala bencana.

Fikr

No comments:

Contributors