Pages

Subscribe:

15 May 2009

Siapalah Kita Tanpa Seorang Guru


(Guru Guru SMKBS 1992)



Salam buat semua guru.

Esok 16 Mei 2009 , 1 lagi hari penuh bersejarah buat kita khususnya buat warga guru. Mereka akan merayakan Hari Guru esok. 1 lagi bukti kerajaan BN mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh guru dalam pembangunan negara terutamanya pembangunan modal insan. Guru ialah insan yang amat berjasa kepada kita semua. Hasil berkat usaha mereka mengajar dan mendidik kita, kita menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Insayallah.

Pada tahun ini bumi bertuah Terengganu Darul Iman telah dipilih menjadi tuan rumah sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan esok. Majlis pelancarannya akan disempurnakan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. Sebagai warga negara Malaysia, saya melihat kerajaan telah banyak melakukan penambahbaikan terhadap profesyen perguruan bagi meningkatkan semangat dikalangan guru guru. Kerajaan telah meningkatkan Gred guru guru di sekolah sekolah seperti mewujudkan jawatan Guru Pakar, Pengetuan Cemerlang dan sebagainya. Kita juga sudah dapat melihat ramai guru disekolah pelbagai gred jawatan sehingga sudah sampai ke peringkat Gred JUSA C. Inilah pengiktirafan yang diberikan bagi menghargai jasa dan pengorbanan guru.

Di kesempatan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua Guru Guru di Malaysia Khususnya buat guru guru di DUN BUKIT PAYONG. Begitu juga buat guru guru yang pernah mendidik saya. Antara nama yang masih dalam ingatan saya ialah Cikgu Hasnah, Cikgu Ishak, Ustaz Jusoh ( Ayah Su),Cikgu Bariah (antara cikgu yang saya takut), Cikgu Mazlan Nordin, Cikgu Fatimah Embong, Cikgu Zubir Embong, Cikgu Salleh Busu, Cikgu Mohd Nor, Cikgu Asiah Shah Ayob,Cikgu wan Zaitong, Cikgu Zamli Muda, Cikgu Nawawi Rani, Cikgu Mohd Osman, Cikgu Syed Baharuddin, Cikgu Wee Peck Siang, Cikgu Mohd Noor, Ustazah Esah, Ustazah Fatimah, Cikgu Kalstom, Cikgu Abdullah dan Cikgu Meriah.

Tidak ketinggalan kepada pensyarah saya di USM, Dr. Khariah, Dr. Wan Asna, Dr. K. Ramanathan, Dr. Fauzi, Mr. George, Dr.Ishak, Dr. Noraihan, Dr. Abdul Rahman.
Semoga semuanya sihat dan sentiasa bahagia disamping tugas harian dan keluarga tersayang. Semuanya sentiasa dalam ingatan saya.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini Raja menaiki tahta,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini seorang jutawan tersohor,
sejarahnya bermula dari seorang guru,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis dan baca.
(Usman Awang)


SELAMAT HARI GURU.

Wassalam

No comments:

Contributors