Pages

Subscribe:

07 May 2009

Mesra rakyat bersama YAB Menteri Besar Trg

Hari ini saya bersama YAB Menteri Besar Terengganu dalam program sehari bersama YAB Menteri Besar ke DUN Rhu Rendang. DUN Rhu Rendang yang telah sekian lama diwakili oleh Pemimpin PAS sehinggakan pada tahun 1999, pemimpin PAS ini menjadi Menteri Besar Trg. Namun Rhu rendang tetap tidak berubah wajah. Saya cukup terharu apabila melihat YAB MB naik atas bumbung rumah dan memasang atap penduduk yang miskin. Sesungguhnya disini masih ramai lagi penduduk yang memerlukan pembelaan dari pemimpin.

Namun demikian Wakil Rakyat yang menang tidak kunjung tiba, apatah lagi nak menghulurkan bantuan. Bagi makluman sahabat sahabat semua, atas dunia ini cukup ramai orang yang pandai bersyarah, tapi bak laksana apa yang disyarah itu yang payah. itu lah hakikat yang berlaku. masa belum dapat kuasa kita boleh cakap macam macam, tapi bila dapat kuasa tak mampu buat apa apa. Masa menang halal pergi masjid kerajaan, tp bila parti dema kalah, entah kemana perginya jemaah ini, haram pulak pergi masjid. Kita niat ke masjid adalah kerana Allah atau kerana parti, sudah pastilah kerana Allah ,kan. Kalu selain dari kerana Allah, maka ia adalah perbuatan yang sia sia.

Penduduk di kampung Sentul Patah kelihatan begitu gembira kerana YAB MB telah umumkan masjid baru yang bernilai jutaan ringgi akan ditender pada 15 hb ini. Alhamdulillah. Zalim lagi kah kerajaan seperti ini. Kalau org kata zalim lagi kalau buat masjid ni, maka org itu layak digelar biul. Dalam lawatan ke Asrama Anak Yatim PERKAYA, sekali lagi YAB MB umum peruntukan sebanyak RM 400,000.00 untuk PERKAYA. kelihatan anak anak yatim sini cukup terharu sehingga ada mengalirkan air mata mendengar ucapan YAB MB. MB kata belajar sungguh sungguh , kerajaan akan tolong walaupun anak anak tidak ada ibu bapa tersayang disisi. Allah lebih sayang kepada Ibu Bapa kita, sebab itu kembali kepada Allah lebih dahulu daripada kita.
YAB MB juga melawat tapak Kolej Matrikulasi di Pulau Kerengga. Ini satu lagi projek untuk masa depan anak anak kita menimba ilmu. Kosnya lebih kurang RM 200 juta. Dalam ucapannya YAB MB juga umum, kerajaan negeri akan menumpukan kepada aspek pendidikan. Bajet pendidikan akan mendapat tempat yang utama dari dulu, kini dan selamanya jika rakyat terus memberi mandat terhadap Barisan Nasional.

Ini lah peranan yang akan terus dimainkan oleh kerajaan BN. Kita bukan hendak menipu rakyat, yang jelasnya kita nak membantu rakyat ke arah kesejahteraan hidup dunia dan akhirat. Jangan lah kita hanyut dengan janji pembangkang yang hanya menabur janji.

No comments:

Contributors