Pages

Subscribe:

30 August 2009

MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA

Salam bloggers

Jam di dinding menunjukkan pukul 2.25 pagi. Ini bermakna hampir 2 jam 25 minit usia kemerdekaan negara masuk ke 52 tahun. Alhamdulillah, Kami hamba hamba mu mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga atas segala nikmat kurniaan mu.
Walaupun berada di bulan Ramadhan, kita masih sempat merayakan sambutan kemerdekaan negara tercinta. DUN Bukit payong tidak ketinggalan memperingati hari yang penuh bersejarah ini. saya baru pulang dari melancarkan Program Gerak Sahur Merdeka peringkat DUN Bukit Payong yang diadakan di Kg. Surau Hj. Daud sebentar tadi. Majlis dimulakan jam 10.30 malam.

Lebih dari 500 orang hadir bagi memeriahkan majlis ini. Kita mengadakan majlis dengan sederhana sesuai dengan bulan Ramadhan. Pelbagai aktiviti diadakan seperti perarakan motosikal dengan membawa bendera Malaysia, tayangan dokumentari kemerdekaan, Ucapan pemimpin, upacara menaikkan bendera, nyanyian lagu negaraku, teriakan merdeka, bacaan puisi dan sebagainya.

Program diakhiri dengan makan sahur secara beramai ramai. Kemuliaan Ramadhan, kita sambut ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 52. MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA .

Wassalam

No comments:

Contributors