Pages

Subscribe:

20 September 2016

Kajian Persempadanan kawasan Pilihanraya.

1. Saban tahun jumlah pengundi akan bertambah di setiap kawasan pilihanraya Parlimen atau pun Peringkat DUN. Dengan pertambahan pengundi, sudah tentulah ia akan menyukarkan Wakil Rakyat menjalankan tugas dengan baik bagi memenuhi kehendak rakyat.

2. Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah akan memberi keseimbangan masyarakat kepada wakil rakyat di kawasan bandar dan luar bandar.

3. Majlis Belia Terengganu berpandangan kajian yang dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seharusnya dipandang positif dan tidak ditolak tanpa fakta yang kukuh. Bagi kami , adalah lebih baik jika boleh dilaksanakan setiap DUN mempunyai jumlah pengundi 10 ribu pengundi. Ia akan membolehkan setiap Wakil Rakyat yang dipilih  dapat menyempurnakan tugasnya dengan baik.

4. Cuba kita bayangkan jika pengundi di sesuatu DUN terdapat 20 ribu atau lebih, manakala di kawasan Parlimen mempunyai 100 ribu pengundi, cuba bayangkan bagaimana seseorang Wakil Rakyat dapat memberi tumpuan kepada rakyatnya.

5. Ini adalah masa yang paling sesuai kajian persempadanan ini dibuat bagi memantapkan lagi perkhidmatan kerajaan kepada rakyat jelata. Kita berharap setiap Ahli Parlimen yang ada akan menyokong kajian ini dan diluluskan oleh Dewan Rakyat dan DUN masing masing.
Kajian ini tidak akan dilaksanakan tanpa mendapat undi dua pertiga di Parlimen.
SPR memerlukan persetujuan Parlimen.

Zaidi Muda
Majlis Belia Terengganu.

No comments:

Contributors