Pages

Subscribe:

26 April 2010

UM (26 April 2010)

Pegawai DUN Bukit Payung taja Utusan Malaysia


Zaidi Muda (lima dari kanan) menyerahkan replika tajaan kepada Ketua Biro Utusan Terengganu, Wan Ramli Wan Muhamad di majlis penajaan akbar Utusan Malaysia kepada sekolah-sekolah di DUN Bukit Payung, Marang, kelmarin.


MARANG 25 April - Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung, Zaidi Muda menaja akhbar Utusan Malaysia bernilai RM7,000 dalam usaha membantu pembelajaran pelajar di 10 buah sekolah di kawasan DUN itu mulai bulan ini.

Replika cek tajaan itu disampaikan Zaidi kepada Ketua Biro Utusan Malaysia cawangan Terengganu, Wan Ramli Wan Muhamad sempena mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Mansur di sini, kelmarin.

Hadir sama Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Mohd. Rozali Salleh; Pengetua SMK Sultan Mansur, Sayed Masri Sayed Ibrahim dan Penolong Pengurus Pemasaran Kumpulan Utusan Zon Timur Azlan Aziz.

Dalam ucapannya Zaidi berkata, tajaan itu merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial pihaknya kepada masyarakat khususnya di kawasan DUN Bukit Payung. Diantara sekolah yang mendapat manafaat dari tajaan akhbar ini ialah SMK Seri Payong, SMK Sultan Mansor, SMK Tun Telanai, SK Bukit Payong, SK Paya Resak, SK Undang, SK Atas Tol, SK Kg. Bukit, SK Kedai Buluh dan SK Tok Dir.

Jelasnya, sumbangan tersebut diharapkan bukan sahaja membantu pelajar menghadapi peperiksaan malah meningkatkan ilmu di kalangan pelajar. Semoga kualiti penguasaan ilmu pengetahuan dikalangan pelajar akan meningkat melalui penajaan ini. Insyallah.

08 April 2010

Kerajaan disalahkan 100%?

Salam bloggers

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu berakhir hari ini. Alhamdulillah , semua YB mengambil bahgaian dalam Persidangan ketiga Dewan Undangan Negeri ke 12. Namun adalah menjadi perkara biasa pihak pembangkang terus menghentam kerajaan. Kerajaan terus disalahkan dalam segala perkara.

Saya tidak terdengar pihak pembangkang memuji kerajaan. Maaflah kalau saya tersilap dengar. Itulah nasib kerajaan yang memerintah agaknya. Kerja yang dilaksanakan untuk untuk kesejahteraan rakyat terus diperlekehkan dan dipersenda oleh wakil wakil pembangkang.

Selepas ini, mereka sudah pasti akan mengadakan ceramah diseluruh pelusuk negeri bagi menerangkankan kepada rakyat berkaitan isu isu di dewan yang mulia ini. Sekali lagi Kerajaan akan terus dihentam selanyak lanyaknya, seolah olah mereka saja yang betul 100% macam malaikat.

Gejala Mat Rempit, anak tidak saf taraf, gejala dadah, pil khayal, judi, arak, rasuah, Stadium runtuh, bangunan runtuh dan sebagainya yang berlaku adalah salah kerajaan. Semuanya salah kerajaan yang memerintah. Mereka yang tidak buat apa apa memang tidak ada salah.

Adakah betul gejala tersebut salah kerajaan. saya tertarik dengan jawapan YB Khazan, kita tidak boleh meletakkan semua kesalahan tersebut dibahu kerajaan. Dalam pendidikan anak anak, mereka yang paling penting ialah ibu bapa. setiap anak yang dilahirkan ialah bersih seperti kain putih, maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikan ia Yahudi, Nasarani atau pun Majusi.

Kalaulah sesuatu yang berlaku itu salah kerajaan yang memerintah, kenapa bukan semua orang yang terlibat dengan dadah. Hanya sebahagian kecil belia yang terlibat dengan dadah ini manakala sebahagian besar dari mereka tidak terlibat pun. Bagi saya keluargalah yang harus diletakkan kesalahan utama. Keluarga lah syurga dunia bagi anak anak.

Seperti yang diduga, isu bangunan runtuh menjadi topik hangat dalam persidangan kali ini. Dalam kawasan saya, terdapat kain rentang yang menggelarkan Terenggganu Darul Runtuh. Ia dibuat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan dayus. Yang peliknya tidak terdapat pula kain rentang yang memuji kerajaan BN yang menjadikan Terengganu johan dalam UPSR 9 tahun berturur turut. Mengapa? jawab sendirilah.

Sesiapa pun tidak mahu ia runtuh sebagaimana kita buat rumah . Adakah kita nak rumah kita runtuh menyembah bumi?. sudah pasti tidak. Begitu jugalah kerajaan. Namun kita akui mungkin ada kesilapan teknikal berlaku. Saya percaya kerajaan akan mengambil langkah yang lebih baik bagi mengelakan kejadian ini dari terus berlaku.

Namun apabila bercakap soal bangunan runtuh seolah olah mereka lupa kepada Allah. Ini salah kerajaan. Kerajaan korup dan sebagainya. mereka lupa ayat quran yang dibaca. Ini juga sebahagian dari kuasa Allah. Kalau Allah kata runtuh, maka runtuh lah ia. Adakah mereka ingat islam ini hanya berkait soal hukum sahaja. Inilah padahnya jika hanya meletakkan kesahalan kepada orang lain semata mata tanpa tilik pandang kepada diri sendiri.

Kita tidak pelik kerana itulah mentaliti pembangkang di Malaysia. 100% bangkang je kerjanya. Kesian kat mereka, kerana apa mereka mencari kesalahan kerajaan. Jawapannya ialah kerana mereka tak sabar sabar nak memerintah dan menjadi kerajaan dan mengaut segala keuntungan apabila menjadi kerajaan nanti. Rakyat akan terus dikelirukan dengan harapan meraka menang dalam pilihanraya yang akan datang.

wassalam

Contributors